Total Pageviews

Friday 24 June 2011

Selamatkah Kita?

Lebih kurang sebulan yang lepas, ada satu tajuk akhbar bertulis "Masyarakat Perlu Diberi Keyakinan Malaysia Negara Selamat".. Dalam artikel tersebut, diberitahu bahawa kadar jenayah di Malaysia bagi Januari & Februari tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 11% berbanding tempoh sama 2010.. Sejauh mana kebenaran berita ini? Jawapannya, statistik ini memang benar sebab ianya adalah statistik kadar jenayah yang dilaporkan sahaja.. Kalau tambah yang tak dilaporkan, peratusannya tentulah meningkat..

Untuk seketika, cuba kita berfikir adakah kita benar2 selamat.. Di kawasan perumahan kita ada terselit kedai2 judi yang tersembunyi, rumah2 menyimpan pelacur & tempat2 menjual arak.. Musykil dengan apa yang aku cakap?

Di kawasan rumah kita, bukan semua kedai tayar ialah kedai tayar, bukan semua kedai runcit ialah kedai runcit & bukan semua kedai handphone ialah kedai handphone.. Bunyinya macam pelik tapi benar.. Banyak kedai2 jual nombor 4D secara gelap dengan bermodalkan perniagaan lain sebagai cover je.. Kalau kita jalan2, nampak ada kedai yang pintunya terbukak separuh, pastu ada meja dengan sorang mamat duduk depan pintu, itulah kedai main kuda.. Dari luar nampak macam kosong & suram tapi kat dalam meriah.. Yang aku respek pasal kedai judi haram ni satu benda je.. Diorang tak perlu ada signboard, tak perlu ada iklan, tak perlu ada sales personnel, tak perlu ada promosi.. Tapi berduyun2 orang datang.. Walau letak terselit kat ceruk mana pun orang pasti boleh jumpa.. Punyalah hebat syaitan judi ni punya godaan..




Hasil dari lambakan kedai2 judi haram, jenayah rompak, pecah rumah, pecah kereta & ragut makin berleluasa.. Orang yang kalah judi lebih berpotensi jadi pencuri yang lebih handal dari mat2 gian.. Secara logiknya ikut adat, mat2 gian mencuri atau merompak sebab nak beli dadah.. Kebanyakan mat gian takde tanggungan.. So kadar kecurian disebabkan mat gian selalunya melibatkan jumlah yang sikit.. Tapi kaki2 judi ialah orang2 yang waras, kebanyakan ada anak bini, ada kereta, ada rumah.. Senang cerita diorang ada tanggungan.. Bila duit gaji diorang habis sebab kalah judi, diorang mesti cari alternatif.. Pilihan utama tentulah "abang long" (anyway iklan2 ah long pun banyak bertampal di kawasan perumahan kita).. Bila duit hutang ah long pun dah lesap sebab kalah judi, masa tu diorang akan kelam kabut.. Anak bini nak makan, hutang ah long nak bayar, sewa rumah, installment kereta.. Agak2 macam mana cara diorang nak lepaskan diri dari masalah ni? Mesti la dengan cara merompak, menyamun & mencuri..

Selain kedai2 judi haram, kawasan perumahan kita ni juga sebenarnya terselit 'rumah2 pelacuran'.. Ini bukanlah pelik.. Pelacur2 zaman sekarang dah tak suka cari pelanggan kat lorong2 belakang.. Diorang lebih suka jadi "Call Girl".. Lebih senang 'buat duit dari rumah' je.. Risiko kena tangkap pun kurang.. Macam mana cara diorang buat? Diorang kasi nombor telefon diorang pada bartender di pub2 atau bistro (rakan kongsi).. Bila ada customer di pub yang nak cari lampin pakai buang, si bartender akan call si pelacur.. Customer akan bagi duit pada bartender yang jadi rakan kongsi si pelacur tadi & si rakan kongsi akan bagi nombor contact & alamat si pelacur.. Malahan, ada pelacur yang tampal iklan "tukang urut" kat tiang2 lampu siap dengan nombor contact dia sekali.. Ada jugak yang extreme sampai iklankan khidmat pelacuran kat surat khabar dengan guna nama "khidmat urut"..


Selain tu, ada jugak tuan2 rumah yang menyewakan rumah diorang sebagai tempat 'one night stand'.. Ada ramai pasangan2 yang nak berzina tapi was2 kalau2 pilih hotel murah nanti kena cekup dengan Jabatan Agama.. Nak sewa hotel2 mahal tentulah takde duit.. So, rumah2 sewa satu malam jadi pilihan.. Rumah2 sewa one night stand ni tak menyediakan khidmat pelacur.. Sesapa yang nak berzina kena bawa pasangan sendiri.. Rumah2 sewa satu malam ni selalunya dah lengkap dengan perabot.. Supaya tak disyaki ada jalankan bisnes haram..

Perkara ketiga yang meragukan keselamatan kawasan perumahan kita ialah penjualan arak yang berleluasa.. Lagi satu perkara besar yang kita tak sedar sedang berlaku.. Definisi 'arak' ialah minuman yang memabukkan, bukan terhad pada beer, stout, whiskey & wine sahaja.. Yang aku maksudkan kat sini bukanlah pub & bistro, 7-Eleven atau kedai2 makan Cina yang ada jual beer.. Tapi apa yang aku maksudkan ialah penjualan home made liquor atau air tuak, air tapai, air langkau atau apa saja nama gelaran yang digunakan untuknya.. Arak jenis ni lebih mudah dibuat, lebih murah & tak memerlukan lesen jualan..

Air tapai ni asalnya memang minuman rutin orang2 Sabah & Sarawak.. Tapi aku tengok, rumah2 yang jual air tapai ni pelanggannya tak terhad pada orang2 Sabah & Sarawak je.. Dah jadi minuman multiracial.. India ada beli, Cina ada & Melayu pun ramai jugak yang beli.. Maklumlah, harganya murah.. Sebotol air tapai (selalunya diorang masukkan dalam botol air mineral size 1.5 liter) harganya cuma antara RM5 hingga RM10.. Setin beer harga biasanya antara RM8 hingga RM15.. Kalau minum setin kucing pun tak mabuk.. Kena beli satu carton baru mabuk.. So kosnya mahal.. Tapi air tapai sebotol boleh bikin mabuk 4-5 orang.. Satu alternatif yang 'bagus' untuk kaki2 botol..


Akibatnya, kawasan perumahan kita akan dipenuhi oleh orang2 mabuk.. Janganlah heran kalau tiba2 kat sebelah rumah kita ada orang mabuk bergaduh sampai berparang2.. Air tapai bukan minuman beralkohol terkawal macam yang terdapat di kedai2.. So tak dapat dipastikan kandungan alkoholnya setinggi mana.. Menurut sorang kenalan dari Sabah, dia kata semakin lama tapai diperam semakin tinggi potensinya memabukkan.. Maknanya, setiap botol air tapai mempunyai kandungan alkohol yang berbeza sebab cara prosesnya berlainan & kandungannya pun berlainan.. Tak kiralah buat pakai apa pun, arak tetap arak.. Kesannya tetap negatif..

Berbalik pada persoalan asal, selamatkah kita? Dengan adanya kedai2 judi haram, sarang2 pelacuran & penjualan arak secara bebas di kawasan perumahan kita, selamatkah kita? Kereta kita kena pecah, rumah jiran kita kena pecah, speaker masjid kena curi, kedai2 kena rompak, sampaikan manhole cover pun kena ambik jual kat kilang recycle.. Orang mabuk langgar pagar rumah kita, anak2 kita terpengaruh dengan persekitaran yang tak bermoral, orang2 asing lalu lalang depan rumah kita sesuka hati.. Selamatkah kita dengan keadaan macam ni? Pikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment