Total Pageviews

Friday 17 June 2011

Bila Pendidikan Dipandang Remeh

Seriously, hari ni aku panas hati dengan Allianze University College of Medical Science (AUCMS).. Sebelum ni, nama kolej ni pun tak pernah dengar.. Aku tertanya2 jugak kolej ni jenis diiktiraf atau cuma sebagai 'kilang cetakan sijil' macam kebanyakan kolej2 swasta yang lain.. For information, AUCMS ni beralamat di Kepala Batas, Pulau Pinang.. Tak dapat dipastikan ada cawangan lain ke tak sebab kolej ni memang tak glamor.. Dengar pada nama, macam bagus - College of Medical Science..

AUCMS ni pada aku telah membuat tindakan yang teramat2 bodoh bila melantik orang2 yang takde pengetahuan langsung tentang medical atau sains menjadi "Duta" & "Idol" kolej ni.. Kalau sebelum2 ni masih ada perasaan baik sangka pada kolej ni, perasaan tu terus hilang setelah 6 orang tak bertauliah (Khai AF, Rosma AF, Salima AF, Aliff AF, Razlan Kristal & Zuraini Kasim) dilantik jadi "duta"..

Akademi Fantasia?!!!! Pada aku itulah rancangan hiburan paling buruk pernah diterbitkan dalam sejarah peradaban manusia.. Rancangan khas untuk orang2 yang suka tengok minah2 tudung yang 'beraksi' lebih teruk dari penari bogel Las Vegas.. Rancangan yang merosakkan akhlak & moral.. Bukan saja merosakkan budak2 muda, bahkan turut merosakkan mak bapak tua yang sepatutnya menghabiskan sisa2 hidup kat surau & masjid.. Rasa nak termuntah la bila tengok ada 'peminat' yang sanggup menangis2 bila peserta kesukaan diorang terkeluar.. Ingat kalau orang tu 'berjaya' menang AF korang dapat share ke? Kalau korang mampus esok lusa peserta AF nak duduk tepi kubur korang bacakan Yassin? Lagi buruk pulak kalau mak bapak menangis bila anak terkeluar AF.. Mak bapak ni tak tau ke anak yang ditangisi tu la bakal bala di hari kiamat nanti.. Anak2 macam ni la yang bakal seret mak bapak ke neraka.. Itu pun nak nangis sangat ke? Patut sebagai mak bapak korang naik atas stage, seret rambut atau tudung anak tu, bawak turun.. Biar 1 Malaysia tengok dia kena seret.. Mesti dia malu sampai tak nak keluar rumah.. Baru layak dipanggil mak bapak..

Berbalik pada issue kolej tadi, in my opinion, peserta AF adalah tidak layak sama sekali menjadi duta walaupun kolej muzik.. Inikan pulak kolej untuk sains perubatan.. Kalau dengar nama Medical Science semua orang mesti terbayang orang2 cerdik pandai.. Amatlah menghairankan bila College of Medical Science ambik orang2 yang belum tentu boleh kira jari sendiri sebagai duta.. Takde perbuatan yang lebih menjatuhkan nama baik kolej sains perubatan daripada benda2 macam ni..


Yang aku bulatkan tu muka2 idola student2 AUCMS yang dijadikan idola secara terpaksa.. Dan hasilnya, tengok la gambar2 kat bawah ni pulak.. Macam tak percaya je student kolej perubatan sains begitu rupa jadinya.. Mungkinkah kerana salah pilih idola?





Kalau camni la model2 student kolej sains perubatan, esok lusa bila budak2 ni dah graduate & bekerja, jangan la kita pelik kalau ada doktor yang salah kasi ubat, yang tertinggal gunting dalam perut pesakit masa operation, ada ahli farmasi yang curi ubat & ada jururawat buat MLM dalam hospital.. These students really don't have the look.. Dah la tu, tak malu pulak nak masukkan dalam page kolej dia gambar2 yang memalukan camni.. Bukan salah aku kalau gambar2 korang ni tersebar.. Admin page korang kan dah warning..


Pandai pulak admin AUCMS ni nak menasihat orang.. Walhal kat page kolej dia sendiri penuh dengan gambar2 student yang memalukan.. Tak salah kalau korang nak jadikan artis sebagai idola.. Tapi biarlah artis yang takde rekod buruk dan dikenalpasti ada ilmu pengetahuan.. Tapi hakikat memang susah diterima.. Seboleh2 masing2 cuba nak sembunyikan kebodohan sendiri.. Sheila Razlan (bini Razlan Kristal) ada berbunyi tak puas hati bila orang kata laki dia tak layak dijadikan duta kolej perubatan..



Alamak.. Dah la si Razlan yang tak layak tu dijadikan duta.. Bininya pun korang kasi berbunyi jugak ke? Bini dengan laki IQ lebih kurang je.. Lepasan diploma la sangat.. Konon si Razlan tu komposer yang dah menulis lebih 20 buah lagu.. Ades.. 20 buah lagu layak dipanggil komposer ke? Macam la kita ni duduk zaman batu tak boleh nak dapat information.. Razlan tu pemuzik copy & paste je.. Dia ciplak lagu2 lama, kasi bunyi2 rock sikit pastu ngaku lagu dia.. Apa benda tu? Kalau AUCMS nak ambik artis atau komposer jadi idola, biarlah artis atau komposer yang bertauliah.. Ada ramai la artis yang berkualiti kat Malaysia ni.. Ambik la M. Nasir ke, Ahmad Nawab, Noryn Aziz, Sheila Majid, Mamat Khalid.. Awie pun ok lagi.. Sekurang2nya nampak sikit kejayaan diorang dalam bidang seni..

Sepatutnya sebuah kolej perubatan mestilah diuruskan oleh orang2 yang bijak pandai.. Takkan benda2 macam ni pun orang ramai nak kena ajar? Kesian la kat student2 korang.. Aku tengok ramai jugak student2 AUCMS sendiri tertanya2 kenapakah artis yang tak laku ni dijadikan idola.. Ada student yang belajar kat sana kerana mak bapak mampu bayar.. Tapi ada jugak yang buat pinjaman & sanggup bersusah payah nak masuk ke kolej tu.. Takkan tak kesian kat diorang kot? Jangan la terlalu mementingkan glamor & sales sampai membebankan student korang sendiri..

2 comments:

  1. antara tugas sbg "DUTA" kolej AUCMS nie

    1. jadi pelakon tambahan dalam pementasan teater
    2. instructor POCO-POCO kuikuikui
    3. buat konsert amal waktu OPEN DAY kolej

    kuikuikui....kalau tengok tugasan yg dibuat, rasanya lebih layak digelar MASCOT daripada DUTA @_@

    ReplyDelete
  2. setuju! sepatutnya pihak kolej bekalkan mereka dgn costume ayam atau gajah..

    ReplyDelete