Total Pageviews

Thursday 29 September 2011

Hudud - Persediaan Sebelum Perlaksanaan

At the moment, aku perhatikan banyak betul isu tentang Hudud.. Dari bicara ahli politik yang ada mandat, sampailah komen2 ahli politik kedai kopi kat Facebook & Twitter, semua sekarang sibuk berdebat pasal isu Hudud.. Semua nak sangat kerajaan melaksanakan Hudud.. Anyway, aku ni bukanlah penyokong current government pun.. Nak kata sokong pembangkang pun tidak.. Bagi aku mana2 parti politik sama saja.. Tetap takde ketelusan & kejujuran..

Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentulah aku tidak akan sesekali menolak atau mempertikaikan Hudud.. Hudud itu hak Allah, datang dari Allah & setiap yang datang dari Allah itu tidak ada pertikaiannya.. Tapi kadang2 ada orang terlalu mudah menilai seseorang itu sebagai "menolak Hudud" bila mengkaji perlaksanaannya.. Tidak mengamalkan dengan menolak adalah dua perkara yang berbeza.. Menolak atau menafikan kebaikan Hudud boleh mengkufurkan jiwa seseorang kerana Hudud itu hukum yang datang dari Allah.. Tapi tidak melaksanakannya (dan tidak juga menafikannya) mungkin mempunyai sebab2 yang perlu diambil kira sebelum kita cepat menilai seseorang itu "kafir"..

Bagi ulama Islam, tentunya mereka mahu Hudud dilaksanakan atas dasar mentaati hukum Allah.. Bagi pengikut tegar politik pula, mereka mahu Hudud dilaksanakan kerana mahu parti yang sebelah sana tumbang.. Kemahuan kita terhadap Hudud berbeza2 tapi apakah kita benar2 bersedia? Pada dasarnya, seorang Islam tidak perlu tunggu nak bersedia terhadap hukum yang telah ditetapkan Allah.. Tapi dalam konteks perlaksanaan Hudud di Malaysia, pada pendapat aku, kita perlu membuat beberapa persediaan lain.. Perlukan huraian?

Hukum Hudud ialah hukum undang2 jenayah.. Mungkin kerana melihatkan kadar jenayah yang terlalu tinggi di Malaysia ni, semakin kita berkobar2 mengharap Hudud dilaksanakan.. Tapi pernah tak kita kaji pulak punca terjadinya jenayah yang melampau2 ni?

Contoh jenayah rambang; mencuri, menyamun, merompak, merampas.. Kenapa jenayah2 ni terjadi? Kerana Hudud tak dilaksanakan? Memang betul tapi itu adalah alasan kedua.. Alasan utamanya ialah kerana sistem kewangan cara Islam tak dilaksanakan.. Institusi kewangan yang mengenakan riba yang tinggi bebas berleluasa.. Sistem jual beli dipenuhi dengan riba.. Wang zakat tidak diagihkan seadilnya.. Banyak pula yang lolos & lari dari dari membayar zakat.. Rakyat disogokkan dengan kemudahan pinjaman bank & kad kredit yang kemudiannya bakal jadi punca muflis.. Dasar capitalism semakin kuat.. Yang kaya semakin kaya & yang miskin terus merana.. Harga barangan keperluan semakin naik.. Memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah sehingga manusia sanggup memperoleh wang dengan apa cara sekalipun tanpa mengira halal & haram..

Lagi satu contoh perkara yang sering disebutkan tentang Hudud ialah hukuman bagi penzina.. Kenapa terjadi banyak kes zina? Tiada perlaksanaan Hudud masih lagi sebab kedua.. Sebab pertamanya, tentulah kerana "zina lebih mudah dari bernikah secara sah".. Zina tak perlukan kursus, tak perlukan hantaran puluhan ribu, tak perlukan dokumen setebal Yellow Pages, tak perlukan tandatangan ketua kampung & tak perlu kenduri yang menghabiskan duit simpanan bertahun2 sampai bakal pengantin terjerat dalam pinjaman peribadi yang dipenuhi riba.. Itu baru kes orang bujang yang nak menikah.. Belum masuk kes orang yang nak berpoligami.. Lagi macam2 dokumen kena mintak.. Bayar lawyer syariah, prepare dokumen itu & ini.. Siap ada orang dari pejabat kadi yang mintak duit undertable lagi.. Pokok pangkalnya, sebelum Hudud dilaksanakan, undang2 remeh yang menghalang proses pernikahan ni perlu dirombak dulu..

Bila kita memilih cara Islam & undang2 Islam, kita tak boleh ambik sekerat2 & abaikan sebahagian yang lain.. Sebab dalam Hudud pun ada pengadilan & ada rayuan sebelum dijatuhkan hukum.. Dalam keadaan sekarang, maksiat bebas berleluasa.. Arak dijual di merata tempat.. Setiap kedai 24 jam & stesen minyak semua ada jual arak.. Kedai2 judi pun bebas berleluasa.. Begitu jugak pusat2 hiburan & rumah2 pelacuran.. Kebanyakannya berlesen.. Siaran2 TV banyak yang jenis berbau sex.. Majalah hiburan tempatan dah macam majalah porno.. Orang boleh murtad keluar masuk Islam sesuka hati.. Tak masuk lagi golongan yang terang-terangan mengaku gay atau lesbian.. Semua diberi kebebasan hak.. Sedangkan pendidikan agama, cumalah satu paper yang nak melengkapkan sijil SPM atau jam kredit di IPT..

Dengan keadaan gaya hidup yang penuh maksiat & kurang didikan agama ni, adakah kita rasa kita benar2 bersedia untuk melaksanakan Hudud? Seorang pemimpin yang tidak melaksanakan Hudud akan disoal di akhirat nanti.. Bagaimana pula seorang pemimpin yang melaksanakan Hudud, tapi membiarkan rakyatnya berhadapan dengan kemaksiatan tanpa didikan agama yang cukup?

Undang2 Hudud yang datang dari Allah tentulah yang terbaik untuk manusia khususnya umat Islam.. Cuma banyak tatacara hidup sekarang yang perlu dirombak terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.. Kita telah terlalu lama terikat dengan undang2 sekular.. Sistem pendidikan perlu diubah, sistem perlesenan perniagaan, sistem kewangan & media massa pun perlu diubah.. Penyebaran fitnah perlu dibanteras.. Tempat2 maksiat perlu 'dibersihkan'.. Institusi kekeluargaan perlu dibimbing & diberi pendekatan cara Islam.. By then, Insya Allah hukum Hudud boleh dijalankan tanpa sebarang keraguan..

Bunyinya macam mudah, tapi susah nak buat kan? Bukan nak melaksanakan Hudud yang susah.. Tapi nak membanteras punca2 jenayah itu yang susah sebenarnya..

A scene from "The Stoning of Soraya M."

Monday 19 September 2011

Bunyi Macam Senang....... Hakikatnya..

Bunyi Macam Senang:
Kalau dapat jadi Boss.. Kerja rileks, cuma mengarah..
Hakikatnya:
Jadi Boss lagi berat dari jadi kuli.. Kalau terlalu keras pekerja lari.. Kalau terlalu lembut kena buli.. Kalau sederhana makan hati..

Bunyi Macam Senang:
Nak tingkatkan kualiti kerja.. Tampal poster & dengar ceramah motivasi..
Hakikatnya:
Tampal poster memang senang.. Asal ada gam mesti jadi.. Dengar ceramah pun senang.. Pasang je CD.. Kualiti kerja? Lain tahun la brader..

Bunyi Macam Senang:
Nak kasi anak takut.. Buat muka garang, buat muka tegas, gerenti anak kecut perut..
Hakikatnya:
Anak tak bodoh la mak.. Anak pun pandai bermuka2 jugak.. Like mother like daughter lah mama..

Bunyi Macam Senang:
Nak jimatkan perbelanjaan & tak nak boros..
Hakikatnya:
Ikat perut tahan makan, tapi duit tak jugak simpan.. Beli penapis air harga 4 angka.. Salesman dahsyat punya penangan..

Bunyi Macam Senang:
Nak berhenti rokok.. Tiap tahun harga naik.. Nak selamatkan duit, baik berhenti..
Hakikatnya:
Nampak pulak ada kedai jual rokok seludup murah.. Kensel la dulu sementara waktu..

Bunyi Macam Senang:
Nak kuruskan badan.. Ikut program diet, rajin bersenam, semangat kena kuat..
Hakikatnya:
Balik jogging sempat drive-thru kat McD.. Hilang 100 kalori tambah 700 kalori.. Gajah pun ngeri..

Bunyi Macam Senang:
Nak cari bini.. Kerja dah tetap walaupun gaji tak tinggi.. Rupa boleh tahan, style ranggi..
Hakikatnya:
Awek yang cantik dah ada laki, awek yang cerdik hantaran tinggi.. Terpaksalah mengemis kasih 'sugar mummy'..

Bunyi Macam Senang:
Nak berdikari.. Umur dah besar panjang, tak nak nyusahkan mak bapak lagi..
Hakikatnya:
Dapat gaji joli sana sini.. Belum separuh bulan gaji tinggal suku.. Tu pun habis buat bayar installment kereta.. Sewa rumah tunda bulan depan.. Korek2 dapat RM10.. Topap henpon telefon ayah cakap "nak pinjam duit"..

Bunyi Macam Senang:
Tak nak tinggal solat..
Hakikatnya:
Time Subuh dah terlajak.. Time Zohor rasa lapar pulak, makan la dulu.. Time Asar tersekat dalam jem, masjid dekat2 takde pulak.. Time Maghrib drama Melayu kalau tinggal rugi rasanya.. Time Isyak, banyak sangat waktu nak qadha.. Esok je la cukupkan solatnya.. & hari esoknya pun sama jugak..

Bunyi Macam Senang:
Nak jadi orang yang amanah.. Besar ertinya di sisi Allah..
Hakikatnya:
Gaji bulan ni dah tinggal sikit.. Bini merungut nak pergi shopping.. Anak merengek nak makan KFC.. Kawan2 telefon ajak pergi joli.. Pandang kiri kanan, bukan ada orang tau kalau ambik duit tepi..

Hakikatnya, hanya Allah yang tahu.. Semoga Allah mempermudahkan urusan2 dalam hidup kita..

Sunday 18 September 2011

Jekyll & Hyde

Kalau ada satu hari dalam hidup kita boleh jadi 'invisible man', apa agaknya kita nak buat? Jadi hero atau jadi crook ala2 "Hollow Man"? Aku tak tau jawapan orang lain, tapi kalau aku ada "superpower" tersembunyi, of course aku akan pilih untuk jadi orang jahat.. Dalam diri setiap orang, khususnya orang jahil macam aku la, mesti ada 'dark side' yang selalu teringin nak buat jahat.. Antara boleh kawal atau tak je.. Macam cerita zaman dulu2 Dr. Jekyll & Mr. Hyde.. Kisahnya, Jekyll & Hyde ialah orang yang sama tapi ada 'split identity'.. Masa jadi Jekyll, dia baik & generous.. Masa jadi Hyde, dia jahat & monstrous..


Topik sebenar aku, nak menyentuh pasal social website.. Dari zaman MIRC chat, ke zaman YM, Friendster, Myspace, Facebook & Twitter.. Layan orang2 yang tak dikenali di alam nyata memang 'menyeronokkan'.. Tanpa kita sedari, laman web social ni sebenarnya medium penyebaran berbagai jenis Mental Illness.. Dalam post yang lepas, aku pernah bukak tajuk tentang Narcissistic Personality Disorder (NPD).. Hari ni, aku nak kupas satu lagi penyakit mental yang menular melalui laman web social iaitu Dissacosiative Identity Disorder (DID) atau dulunya dikenali dengan nama Multiple Personality Disorder (MPD) atau panggilan lain yang lebih ringkas "Split Personality"..

Kalau ikut medical terms, mungkin susah nak faham tapi aku boleh kasi contoh situasi.. Seorang budak nama Minah, takde keyakinan diri dengan rupa parasnya yang sering jadi bahan kutukan.. So, si Minah ni, buat satu identity dalam laman web social dengan nama Alya & letak gambar artis cantik dekat avatar dia.. Dengan menggunakan identity Alya, Minah berjaya goda ramai lelaki di laman web social.. Lama kelamaan, Minah kian ketagih menjadi Alya.. Walaupun hanya di alam cyber, kepuasan yang minah cari (tapi tak dapat) di alam nyata semuanya ada..

Walaupun kesan 'split personality' ni tidaklah seberat yang kita nampak dalam filem2 Hollywood, tapi pembawakan negatifnya tetap ada.. Paling lazim di Malaysia ni, 'split identity' sering digunakan untuk tujuan2 maksiat & penipuan seperti:
  • Melayari laman web lucah
  • Menyebar fitnah
  • Mempromosi bisnes2 scam
  • Mengintai aktiviti orang lain
  • Mencari pasangan seks cyber
  • Sabotaj
  • Hacking
  • Menubuhkan community yang bertentangan dengan prinsip undang2
  • Memalukan & menghina orang lain

Overflowing usage of social networking mengakibatkan ramai orang terjerumus kepada 'split personality'.. Seorang ustaz yang kita kenal di alam nyata, rupa2nya seorang kaki surf laman web porno.. Seorang budak sekolah yang nampak masih muda & naive, rupanya kaki hack website kerajaan.. Seorang perempuan yang nampak sopan & berbudi bahasa, rupanya ahli group anti Islam.. Semua dilakukan menggunakan personality lain yang tidak diketahui orang di sekeliling mereka.. Menjadikan kegiatan penipuan & maksiat semakin mudah, tetapi semakin susah pulak kita nak menilai manusia.. Di luar nampak lain tapi di dalam sebenarnya lain..

Sama seperti kebanyakan penyakit mental yang lain DID ni boleh dikatakan tak ada jugak ubatnya.. Tapi kalau dah terasa ada sindrom2 DID yang melampau tu, cepatlah2 cari jalan untuk 'berubat'.. Mintaklah bantuan kawan2, pakar psychology, ustaz atau sesapa saja yang boleh dipercayai.. Penyakit yang tak nampak ni sebenarnya lebih mudarat dari penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Pada apa yang aku boleh nampak, kebaikan 'split personality' ni sangat sedikit.. Mungkin jika digunakan dengan baik, boleh membawa kebaikan.. Tapi selalunya, lebih ramai yang hanyut dari yang membawa manfaat..