Total Pageviews

Friday 25 November 2011

Berita Sensasi

New Age Malay Dilemma.. Ketagihan berita sensasi.. Sejak keperluan internet meluas kat Malaysia ni, berjuta2 anak2 Melayu mula menjadi penyebar berita2 "sensasi" atau lebih sedap disebut fitnah.. Kat laman Facebook, Twitter tiap2 hari berpuluh2 fitnah bodoh yang sorry to say - cuma orang Melayu yang akan percaya..

Susah nak ubah mentaliti orang2 kita yang cukup suka dengan berita panas.. Tak berapa kerat yang mengkaji kesahihan berita2 yang diterima.. Sedangkan fitnah2 tu semua ada yang berguling aku gelak baca.. Pun ada orang percaya.. Antara fitnah2 famous kat social website ialah pasal Holy Water untuk murtadkan anak2 orang Islam, pasal ayam KFC tukang sembelih perempuan, makanan yang ada code E dari sumber babi, taugeh dibuat pakai air kencing, Upin & Ipin agenda Yahudi & mesin pelupus bangkai yang dikatakan tempat kisar daging buat burger McD.. Sampai JAKIM pun jadi mangsa difitnah kononnya bagi list makanan yang haram dimakan..




Fitnah2 murahan macam ni target golongan minah2 ternganga & mat2 sempit otak.. Sapa jadi orang terawal sebar berita macam ni, kononnya dia dah jalankan tugas memikul tanggungjawab menyelamatkan umat Islam.. Padahal hakikatnya, dia dah jadi "assistant" Encik Setan dalam menyebarkan fitnah.. Dah tu kawan2 yang menerima berita ni akan komen "Subhanallah", "MasyaAllah" & disusuli pulak dengan "Mohon Share Ye".. Maka, bertebaranlah fitnah merata2 dari mulut ke mulut..

Menurut apa yang aku study, fitnah2 sensasi selalunya dimulakan oleh golongan peniaga Melayu berkepentingan.. Bila bisnes kerepek dia tak maju2, mulalah cari jalan mudah dengan sebarkan kononnya product2 lain ada unsur babi.. Ada jugak yang dibuat oleh company2 MLM.. Konon product lain semua haram, cuma product dia saja yg halal & suci.. Padahal product dia pun dibuat oleh pengilang yang sama..

Matlamat tidak menghalalkan cara.. Oleh itu, walaupun niat untuk menyelamatkan orang Islam, tapi dengan cara menyebar fitnah itu tidak betul.. Bila bangsa lain tengok, mesti diorang akan cap orang Melayu ni bodoh2 belaka & mudah percaya apa saja cerita sensasi yang disuapkan.. Jadilah Melayu Islam yang bijak berfikir.. Bukan jadi haiwan yang berak merata2 & mengotorkan halaman orang..

Thursday 10 November 2011

Kaki Bodek

Satu penderitaan yang amat sangat sebenarnya kalau dapat rakan sekerja jenis kaki bodek.. Kena pulak kalau jenis yang bermuka2.. Depan boss tunjuk baik tapi belakang boss kaki naik atas meja.. Seawal di bangku sekolah lagi aku dah jumpa orang2 kaki bodek.. No kidding tapi baru darjah 1 dah pandai bodek cikgu.. Aku cuma boleh andaikan, budak2 jenis kaki bodek cikgu ni, pasal ikut sikap mak bapak dia yang juga mungkin kaki bodek tegar.. 

Kalau dalam politik, kaki bodek ni toksah cerita la.. Kadang2 bila kat TV aku tengok masa 'orang2 besar' tengah bagi ucapan, muka sorang2 yang kat belakang2 dia tu memang ketara muka kuat bodek.. Basically, bakat membodek ni sebenarnya satu 'anugerah'.. Tak semua orang boleh buat jadi pak turut macam anjing baka Labrador retriever.. Ada yang sanggup membodek sampai menggadaikan harga diri seperti tolong basuh atau kilatkan kasut boss.. 

Teknik membodek ni ada macam2.. Ada yang buat2 kalah bila boss ajak lawan golf.. Ada yang sanggup duduk berwirid dalam surau lama2 sebab boss jenis kuat sembahyang.. Ada pulak jenis yang sangap perhatian sampai sanggup tolong boss nak buat maksiat.. 

Mentaliti kaki bodek ni senang aje.. Mereka terdorong oleh sifat2 malas yang sangat kuat.. Kalau tengok prestasi kerja memang evaluation out.. Tapi oleh kerana boss dia seorang yang kuat makan bodek, sifat2 pemalas & rekod kerja yang buruk tu ter'cover' oleh ayat2 manis pembodek.. Apa boleh buat, boss jenis mangkuk ayun.. Patutnya, dah sedar diri tu tak hensem, toksah termakan bodek bila orang kata "boss nampak hensem hari ni".. 

Disebabkan budaya membodek ni bukan satu jenayah, agak susah nak 'hapuskan' kewujudan tukang2 bodek.. Tapi kalau bekerja setempat dengan orang kaki bodek ni, kena ambik langkah berjaga2 tiap masa.. Cara2 nya: 
  • Elakkan dari terserempak si pembodek di luar pejabat
  • Jangan cerita sebarang rahsia pada pembodek tapi korek rahsia dia sebanyak mungkin
  • Prank si pembodek.. letak gam kat kerusi dia atau kunci dia dalam toilet.. Amalkan sekerap mungkin
  • Jangan sesekali buat kerja untuk pembodek walaupun dia ugut nak report pada boss
  • Hantar notis berhenti kerja & pada hari terakhir bekerja, maki dia habis-habisan depan boss.. kalau boleh maki boss tu sekali.. 

Baka2 kaki bodek ni memang menyusahkan rakan2 sekerja, menyusahkan orang sekeliling & membuatkan sesuatu institusi tu takde kemajuan.. Apapun, yang lebih penting ialah peranan boss sebenarnya.. Janganlah jadi ketua yang mudah dikipas oleh orang bawahan..