Total Pageviews

Tuesday 7 June 2011

Nasib Anjing

Alkisah cerita hari ni tentang nasib seekor anjing yang berkemungkinan 'dimatikan' kerana menyebabkan kematian seorang warga Ireland.. Pasal bunuh orang putih kot.. Kalau yang kena bunuh tu pemintak sedekah yg miskin & takde sedara mara, mungkin tak begitu nasib si anjing..

Untuk mengetahui berita klik di sini..

Manusia oh manusia.. Tak cukup2 dengan fitnah sesama manusia anjing pun nak difitnah jugak.. Mungkin inilah sebabnya bila manusia dah terlalu pandai sehingga merasakan dunia ini cuma tempat untuk manusia sahaja.. Asal namanya binatang tu hina dan takde hak di bumi ni.. Manusia ni mungkin terlupa.. Bumi ni milik Allah.. Bila Allah ciptakan sesuatu makhluk tu, maknanya di bumi Allah ni memang tersedia tempat untuk dia..

Kenapa agaknya anjing tu boleh bunuh orang Ireland tu? Ada tak sesapa fikir? Masa tu si warga Ireland ada bersama girlfriend dia.. Dan yang peliknya, girlfriend dia tak cedera pun.. Sama jugak dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dulu.. 9 ekor anjing dibunuh sedangkan anjing cuma diarahkan oleh manusia.. Manusia yang mengarahkan anjing tu pulak tak dibunuh pun..

Tak adil kan untuk binatang yang takde akal fikiran.. Sedangkan manusia yang terbukti membunuh boleh pulak dibebaskan.. Kes anak sembelih bapak dulu, senang2 je dibebaskan bila medically proven yang dia ada masalah mental & halusinasi (klik di sini untuk berita).. Jadi maknanya fungsi rumah sakit mental ialah keluarkan 'sijil' yang boleh dijadikan 'lesen' membunuh sesuka hati? So kalau ada orang waras yang teringin nak membunuh, dia boleh buat2 gila, pastu jumpa doktor jiwa mintak surat yang menyatakan dia gila, pastu dia bebas membunuh sesiapa saja yang dia suka? Senangnya hidup.. So tak boleh pulak ke kalau veterinar keluarkan satu surat yang menyatakan anjing tu binatang yang takde akal? Apa bezanya? Dua2 pun medically proven..

Patutnya, pihak polis simpan baik2 anjing yang pernah menyerang manusia ni.. Pastu cari sorang pelatih anjing professional macam dalam cerita "Dog Whisperer", latih anjing tu menangkap peragut jalanan & pencuri murahan yang jauh lebih menyusahkan dari anjing kurap.. Nisbah binatang membunuh manusia di dunia ni sangatlah sedikit nak dibandingkan manusia yang membunuh binatang sesuka hati tanpa sebab.. Teringat beberapa bulan lepas kes budak pompuan gila perasan bagus yang bunuh anak kucing.. Selepas video dia tersebar & terkantoi, dia mintak maaf.. Pastu cakap dia tekanan perasaan sebab mak bapak dia bercerai.. Senangnya jadi manusia.. Mak bapak bercerai dia bunuh kucing.. Kalau dia yang bercerai aku agak dia bunuh manusia sebab tekanan dia mesti lagi tinggi..

Dalam dunia ni ada banyak binatang yang berpotensi menyebabkan kematian pada manusia.. Nasib baik la Malaysia ni tak macam Afrika atau Amerika Selatan.. Kat sana tiap2 tahun beratus2 kes manusia kena bunuh dengan binatang.. Singa, ular, kala jengking, badak air, beruang.. Dah tu macam mana? Nak dibunuh jugak ke semua binatang2 tu? Dah tu kalau orang mati kena hempap dahan pokok, pokok tu kena ditebang la? Kalau mati kena langgar kereta, kereta tu kena dipecah2kan sampai hancur? Get real!!!

Dogs will always be men's best friend..

No comments:

Post a Comment