Total Pageviews

Friday 1 July 2011

Nak Kurus - Bahagian I

Dianggarkan lebih kurang 16.8 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan.. Kalau ikut peratusan, maknanya lebih dari 50% penduduk negara ni ialah orang2 gemuk.. Aku kurang senang bila "Obesiti" didefiniskan sebagai 'penyakit nutrisi'.. Bila sebut penyakit, akan muncullah ramai doktor2 kebulur duit mengeluarkan produk2 penurunan berat badan.. Kat Malaysia ni, produk penurunan berat badan yang popular ada 2 jenis.. Pertama, ubat2 minuman bidaah yang aku yakin 99% tak berkesan.. Kedua, corset pelangsingan yang juga 99% BULLSHIT.. Ada juga gadget2 lain macam treadmill, vibrator belt atau massage chair.. Tapi gadget2 ni kurang popular sebab harganya mahal.. Selain dari produk2 slimming ni, pilihan alternatif bagi yang ada duit lebih untuk dihanguskan ialah servis Pusat Pelangsingan (slimming center) yang sama je 99% merepek & tak berkesan langsung..

Masalah kegemukan ni mengakibatkan kesukaran dari segi sosial & penampilan.. Tengok gambar kat bawah ni, Jennifer Lopez yang cantik jelita ni pun jadi tak cantik kalau gemuk..


Masalah kegemukan di Malaysia memberi peluang pada para 'pelebur duit' menghasilkan ubat2 kurus & corset2 pelangsing yang kos pembuatannya murah tapi dijual pada harga yang outrageous.. Produk2 ubat kurus kelentong macam Jusmate5, RX-Lite, Pro Diet, SD11.. banyak lagi la.. Tak ketinggalan juga corset puaka macam Premium Beautiful yang kebanyakan distributornya ialah pompuan2 gemuk yang perasan badan dia cantik.. Bukan semua tapi hampir semua produk2 pengurangan berat badan ni ialah produk dari company2 MLM yang gila duit & menipu semata2.. Tak terkecuali juga slimming center yang tumbuh berselerak macam pusat judi haram..

Produk pelangsingan terlaris di Malaysia, Jusmate5 ialah produk pelangsingan badan yang telah berjaya mengkayakan seorang doktor berambut cendawan sehingga menjadi jutawan.. Terima kasih kepada orang2 gemuk yang senang diperbodohkan.. Kebanyakan mereka bukanlah pakar dalam mencari maklumat apatah lagi memahami istilah2 saintifik bagi bahan2 yang digunakan untuk menghasilkan produk pelangsing.. Kadang2 kesian tengok mereka diperbodohkan oleh si 'doktor'.. Tapi bukan salah si 'doktor' tu jugak.. Kalau pikir pakai logik akal, sanggup ke korang pakai produk yg dihasilkan oleh orang yang rupa parasnya macam orang tak waras? Tengoklah sapa pencipta produk.. Dr. Rozmey yang rambutnya macam taik lembu, dengan bow tie macam badut, dengan tuxedo ala2 monyet.. Dia sendiri huduh tapi nak buat ubat2 untuk pelangsingan & kecantikan? Be realistic la.. Cara penggunaan Jusmate5, untuk berat 90kg keatas, kena guna 3 peket sehari.. Satu kotak ada 20 peket dengan harga RM200 (RM150 untuk ahli).. Trial penggunaan pertama ialah 3 bulan.. 3 bulan bermakna 90 hari x 3 peket = 270 peket.. Satu kotak ada 20 peket maknanya lebih kurang 14 kotak perlu dihabiskan untuk 3 bulan pertama.. Modal untuk 3 bulan pertama lebih kurang dalam RM2,800.. Wah! Banyaknya duit nak kasi kat Dr. Cendawan..



Anyway, berbalik pada komposisi ubat2 pelangsingan, kebanyakan pengeluar menggunakan nama2 saintifik bila memperkenalkan produk2 ubat kurus diorang.. Contohnya, kalau asam jawa, diorang takkan sebut asam jawa tapi akan disebut sebagai Tamarindus Indica.. Benda yang sama je.. Tapi kasi sebut nama macam orang putih sikit.. Baru boleh letak harga mahal.. Lagipun senang sikit nak kelentong kakak2 surirumah, makcik2 & pakcik2 yang buta IT.. Kebanyakan komposisi bahan yang terdapat dalam produk2 pelangsingan ialah bahan2 yang masih tahap skeptikal akan keberkesanannya.. Ada jugak sebahagiannya yang mencurigakan & mendatangkan kesan sampingan yang negatif.. Semua maklumat ni ada dalam Wikipedia.. Tapi masalahnya orang kita ni malas nak mencari maklumat2 terperinci.. Diorang lebih suka terus diperdaya & diperbodohkan oleh penjual2 tamak duit..

Lagi satu benda yang aku rasa ridiculous pasal ubat2 kurus ni ialah, satu brochure diet plan mesti terselit di setiap pembelian.. Contohnya, susu bodoh SD11 (Slim Diet) yang siap bagitau apa benda yang boleh dimakan & apa benda yang tak boleh dimakan.. Ada juga yang suruh gantikan heavy meal seperti makan tengahari dengan ubat kurus diorang.. Wah! Kalau lembu2 di ladang semua tahu tentang kebodohan macam ni, mesti diorang bangga sebab ada makhluk yang lebih bodoh dari diorang.. Dah namanya ubat kurus, buat apa nak ada diet plan? Kalau setakat ikut pada diet plan, tak payah la membazir beli ubat kurus puaka tu.. Daripada gantikan makan tengahari dengan ubat kurus mahal tu, baik gantikan makan tengahari dengan air suam atau buah2an je.. Lagi murah.. Jimat duit.. Kalau nak jual mahal2 biarlah menyenangkan orang yang mengguna.. Makan sampai 18 pinggan nasi sehari tapi tetap langsing.. Tak payah diet, tak payah exercise.. Baru berbaloi habis duit ribu2..

Sama jugak macam penjual corset penipu yang konon boleh kuruskan badan.. FYI, corset ni kegunaannya bukan untuk kuruskan badan.. Size corset yang XXXL pun limited & takkan muat dipakai kalau size pinggang sampai 60 inci.. Kegunaan corset secara tradisionalnya cuma untuk menampakkan body shape yg menarik kalau nak pakai baju yang ketat macam kebaya contohnya.. Bukan untuk menguruskan yang gemok.. So, walau apapun yang si penjual bohongkan pasal produk corset diorang, semua itu adalah tipu belaka.. Keburukan corset pulak ialah bentuk badan akan mula bergantung pada pemakaian corset.. Tak dinafikan bila corset dipakai di bahagian perut, selera makan akan berkurang.. Tapi bila corset tu dibukak, selera makan akan bertambah dari biasa.. Kebiasaan memakai corset membuatkan bentuk badan bergantung pada pemakaian corset.. Ini bermakna bila corset tidak dipakai untuk jangkamasa tertentu, bentuk badan akan kehilangan support & lemak2 badan akan menggelebeh membentuk badan gemuk yang lebih buruk dari keadaan asal.. So, pemakaian corset untuk tujuan pengurangan berat badan adalah idea yang tidak masuk akal & hanya merugikan.. Harga corset bukan murah..


Subjek seterusnya yang kian memperbodohkan orang2 yang kepingin nak kurus ialah khidmat2 Slimming Center.. Slimming center ni hisap darah customer lebih laju dari suction pump yang diguna kat telaga minyak.. Slimming center ni membohong customer kononnya diorang ni ada consultant bertauliah (yang selalunya terdiri dari nyonya2 badan gelebeh) yang akan bagi instruction pada customer tentang penurunan berat badan.. Sesi kaunseling dia je dah kena bayar beratus2 sedangkan takde faedah langsung pun.. Kasi je la pamphlet suruh customer baca sendiri kat rumah kan senang.. Anyway consultant korang tu cakap Melayu pun tak pandai.. English lagi haram.. Lepas tu customer akan diberikan 1 set produk pelangsingan untuk dipakai sendiri kat rumah.. Di slimming center, customer akan dibungkus & diletakkan dalam macam2 mesin yang merapu..

Slimming center adalah terlalu sedikit manfaatnya.. Atau tiada manfaat langsung.. Kebarangkalian penurunan berat badan cuma antara 3-5kg selepas 3 bulan treatment yang memakan belanja lebih kurang RM3000 ke RM5000.. Selalunya, slimming center ni akan guna artis sebagai jurucakap.. Bila dah letak artis, berduyun2 la orang2 bodoh gila artis datang dapatkan khidmat diorang.. Senang gila menipu zaman sekarang ni.. Yang kesiannya ialah orang2 gemuk yang ditipu.. Datang dengan harapan, pulang dengan kekecewaan..


Nak kurus bukanlah susah pun.. Tapi bukanlah semudah yang disangka cuma dengan makan ubat kurus, pakai corset & pergi ke slimming center, anda boleh memiliki badan idaman.. Dari menyusahkan diri menghabiskan duit untuk benda2 mengarut tu, baik kita berpuasa sunat.. Dari labur duit beribu2 ke slimming center, baik gunakan duit tu untuk pegi buat umrah atau dermakan pada rumah anak2 yatim.. Dari sedekahkan duit pada doktor2 tak bertauliah, baik guna duit tu untuk beli barang2 yang lebih berfaedah..

Bersambung di bahagian II..

5 comments:

  1. uikss...Dr Cendawan la. Kasi bongkar habis2 Jon. Menipu je semua ubat kurus tu. Dah bg guideline xbagi makan sebarangan kene senaman memang la kurus...hahahah.....Jon kasi letak gamba org kene wrapped ngn kertas cam nak buat ayam panggang kat pusat slim...hahahah

    ReplyDelete
  2. sedang dalam proses cik jia.. ada tajuk khas utk slimming center shj..

    ReplyDelete
  3. aku setuju dgn king nero.dimalaysia semua blh asal ada duit"malaysia boleh" klu disingapura dr2 mcm tu tak blh cari makan sbb perniagaan mlm diharamkan demi menjaga kepentingan rakyatnya.

    ReplyDelete
  4. Rx lite x tipu.abg sy try mmg turun 10 kg..ensem hbs da kurus..sblm tu die pnh try yg lain,mmg x jadi...anhway,kna tau testimonial org yg da try klau nk tau btl ke x.:)

    ReplyDelete
  5. Rx lite tu mkn Mgg la turun pastu tak jage mkn tk senam 'meletup' blk..turun nye kejup je sekadar nk bg teruja..kategori kena tipu jgk tu

    ReplyDelete