Total Pageviews

Sunday 19 June 2011

Bukan Salah Ibu Mengandung

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.


STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sumber: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI75 6

Siapakah yg harus dipersalahkan??

Kalau pada mata masyarakat tentulah si ibu yang mengandung jadi mangsa.. Macam2 tuduhan akan senang dilemparkan oleh orang ramai.. Yang kasihan tentulah si anak yang tak bersalah.. Jiwanya mesti tertekan dengan mulut masyarakat akibat statusnya sebagai anak luar nikah.. Apatah lagi jika si anak dilahirkan dari seorang ibu beragama Islam.. Yang pura2 pening kepala tentulah Pejabat Agama Islam sendiri.. Tapi kalau kita fikir balik, Pejabat Agama Islam lah pendorong lahirnya anak luar nikah yang ramai ni.. Ini bukan aku buat fitnah.. Ini adalah hasil penelitian peribadi aku.. Kenyataan itu memang perit untuk diterima..

Kenapa aku salahkan Pejabat Agama Islam atau Pejabat Kadi?

Sebab aku tak paham sangat prosedur perkahwinan agama2 lain.. Tapi di Malaysia, prosedur perkahwinan yang digariskan oleh Jabatan Agama Islam terlalu membebankan.. Dokumen2 yang diperlukan untuk sesuatu pernikahan sah jauh lebih banyak dari dokumen yang bank minta untuk pinjaman kewangan RM 300 juta.. Kenapa terlalu banyak dokumen diperlukan? Skema jawapan Jabatan Agama Islam tentulah kerana nak memastikan status pasangan..

Sama ada kita sedar atau tak, kat Malaysia ni ada beribu2 pasangan beragama Islam yang bersekedudukan tanpa pernikahan.. Bila sorang demi sorang ditanya, jawapan tentu sebab nak menikah susah.. Apa nak buat.. Adat di akhir zaman.. Zina lebih mudah dari menikah.. Takpe.. Di akhirat nanti, sesapa yang berdosa sebab bersekedudukan, ramai2 lah tunding jari pada orang yang membuatkan pernikahan itu jadi susah..

Kenapa agaknya Jabatan Agama Islam menyukarkan proses pernikahan? Sebab pertama, mestilah kerana nak cari sumber pendapatan melalui Kursus Perkahwinan.. Alasannya, zaman sekarang banyak pasangan yang jahil tentang rumahtangga & kursus diberi untuk mengajar tatacara berumahtangga.. Nenek moyang kita dulu tak pernah pun ambik kursus kahwin.. Kekal mesra sampai ke anak cucu.. Amat jarang zaman2 dulu kita dengar kes cerai-berai.. Sekarang ni, semakin ketat prosedur, semakin banyak kursus, semakin banyak jugak kes perceraian.. So apa fungsi Kursus Perkahwinan? Jawapan aku, memang tak ada fungsi langsung melainkan beberapa hari mendengar kuliah membosankan yang dihadiri dengan rasa terpaksa semata2 untuk dapatkan sijil.. Perkara2 yang diajarkan dalam Kursus Perkahwinan ialah perkara2 basic yang sepatutnya diajar oleh mak bapak pada anak2.. Tapi Jabatan Agama Islam cuba meringankan tugas mak bapak.. So, fungsi mak bapak cumalah melahirkan & memberi makan anak2 sampai besar.. Tak ada beza dengan beruk..  Tanggungjawab mak bapak terhadap anak dikurangkan supaya fungsi mak bapak dapat diluaskan lagi sebagai "tailong" yang mintak wang hantaran..

Bukan saja pernikahan yang rumit tapi kes perceraian yang diuruskan oleh Mahkamah Syariah pun rumit jugak.. Ada kes yang bertahun2 tak jatuh hukum.. Banyak pasangan yang dibiarkan 'tergantung tak bertali'.. Nak kawin lain, status masih isteri/suami orang.. Maka terjadilah banyak maksiat akibat kes perceraian tergantung.. Ingatlah sikit, diorang tu manusia, bukan lembu yang senang2 boleh dikembiri..

Lagi satu, kalau seorang perempuan yang belum menikah mendapati dirinya mengandung, kepada siapa seharusnya dia mengadu? Sepatutnya dia boleh mengadu ke Pejabata Agama Islam.. Dan Pejabat Agama Islam mencari bapa kandung si anak & menikahkan mereka segera selagi mana anak itu boleh dielak dari status luar nikah jika kedua2 ibu & bapanya beragama Islam.. Lepas nikah kalau diorang tak suka, boleh bercerai lah bawa haluan masing2.. Yang penting status anak sah & bukannya luar nikah.. Tapi boleh ke Pejabat Agama Islam buat begitu? Mintak ampun memang tak boleh.. Sebaliknya, jika pasangan yang dah termengandung anak luar nikah mintak dinikahkan segera, Pejabat Agama Islamlah yang akan membuat penangguhan kerana kekurangan dokumen.. Tak habis2 dengan dokumen.. Lepas tu denda kena settle pulak dulu.. Tak boleh ke diorang kemudiankan benda yang tak berapa penting & dahulukan yang penting? Atau dokumen & duit denda lebih penting dari selamatkan status si anak tak berdosa tadi?

Macam tu jugak dengan tuntutan cerai.. Mana pasangan yang minta fasakh atau telah jatuh talak, rasmikan je la perceraian tu.. Kenapa tangguh2? Konon nak selesaikan tuntutan nafkah.. Lepas rasmi cerai kan masih boleh buat tuntutan.. Kenapa mesti nak gantung status seseorang bertahun2? Lebih2 lagi kalau pasangan kurang berduit & tak mampu nak upah peguam syariah.. Lagi lama kes akan ditangguh..

Yang buat hairan tu, dalam 'ketegasan' Jabatan Agama Islam & dokumen2 yang banyak, banyak jugak kes2 luar biasa terlepas.. Ada je terlepas kes perempuan nikah dengan perempuan.. Ada je kes perempuan yang status isteri orang menikah dengan orang lain.. So, di mana kekuatan dokumen? Adakah dokumen2 yang diminta tu sekadar nak membuktikan si penipu dengan dokumen lengkap boleh berjaya tapi si jujur yang kekurangan dokumen pasti gagal?

Rasanya lah kan, kat Malaysia ni everything already goes Online.. Setiap orang yang menikah sepatutnya dicatatkan secara online supaya Pejabat Agama Islam sendiri tahu status orang yang bakal menikah.. Taipkan nombor IC terus keluar status.. Kalau bujang, bujanglah.. Bagi lelaki pulak, selagi isterinya belum cukup 4 masih boleh dinikahkan lagi.. Sampai bila nak suruh orang sediakan surat pengesahan bujang yang belum tentu kesahihannya? Apa kelayakan JKK kampung nak memastikan status seseorang? JKKK kenal pun tidak orang tu.. Come on la.. Saman trafik boleh check online.. Status pengundi bleh check online.. Renew driving license pun boleh buat online.. Banking pun dah online.. Takkan Jabatan Agama Islam ketinggalan dari segi teknologi kot?

Selain dari Pejabat Agama Islam, personaliti kedua perlu ditunding jari sebab lambakan anak luar nikah ialah ibu bapa kepada si ibu anak luar nikah.. Anak tak cantik mana pun.. Muka lebih kurang macam unta.. Belajar SPM pun hancus.. Tu pun dah ditebuk beratus2 kali.. Tapi hantaran? RM10k.. Caya tak caya lah kan? Mak bapak ni tak sadar diri sebenarnya.. Dia perasan anak dia cantik, bagus & menjadi rebutan.. Hello, pakcik & makcik perasan, rumah kasi beli cermin besar satu, please.. Kalau kita bela kambing, kasi kambing tu beranak, mestilah sebab kita nak ternak & jual anak kambing bila dah cukup umurnya.. Samalah macam mak bapak zaman sekarang, diorang ni menternak anak.. Dia beranak, kasi makan pakai ala kadar, pastu bila dah besar jual macam kambing.. Agaknya pasal tu lah ada kes orang rogol kambing.. Mana taknya, kambing dengan anak dara orang pun 2 kali 5.. Sama2 dibesarkan untuk dijual.. Akibatnya tentulah ditanggung oleh si anak perempuan.. Nak nikah susah sebab pasangan tak mampu nak sediakan wang hantaran.. Tapi naluri manusia yang ada hawa nafsu tentu nak rasa apa yang orang lain rasa.. Caranya, bersekedudukan lah jawabnya.. Tak perlu hantaran, tak perlu dokumen, tak perlu kursus..

Dan hasilnya ialah...... apa lagi kalau bukan kelahiran terus menerus anak2 luar nikah.. Kalau Pejabat Agama Islam ikut 100% cara Islam kan senang.. Asal cukup rukun nikah, laksanakan saja nikah tu.. Dokumen2 & kursus ni sepatutnya optional.. Internet kan ada..

No comments:

Post a Comment