Total Pageviews

Friday 26 August 2011

Perempuan & Kucing

Haiwan diciptakan sebagai "pembantu" dalam kehidupan manusia dengan bermacam2 cara.. Ada yang membantu dari segi tenaga & kekuatan, menjadi sumber makanan halal, menjadi teman & peliharaan jinak, menjadi sumber inspirasi & idea.. Pendek kata, setiap makhluk ciptaan Allah ni ada kegunaannya pada kita.. Tidak dinafikan haiwan2 ini juga menjadi "resemblance" pada sifat2 manusia.. Sebab tu selalu diumpamakan orang yang garang macam singa, yang rajin macam semut, yang jahat macam monyet & berbagai2 lagi perumpaan yang aku tak larat nak sebut..

Kucing diciptakan Allah sebagai haiwan peliharaan manja yang juga menjadi teman bagi manusia yang sukakannya.. Sifat2 kucing banyak menyerupai sifat2 perempuan.. Garang tetapi lemah, manja & suka dilayan, cerewet & perlukan penjagaan.. Seperti perempuan, kucing juga terdiri dari berbagai2 baka & setiap baka berlainan ciri2 fizikal & sifat2 dalamannya.. Kalau kita masuk ke mana2 pet shop, setiap baka kucing dijual dengan harga berlainan.. Sebenarnya ada berpuluh2 jenis baka kucing termasuk baka kacukan tapi hanya sedikit saja yang popular.. Sama juga seperti perempuan, ada bermacam2 sifat & perangai tapi kebanyakan yang biasa dilihat cuma sebahagian sahaja..

Sifat2 Perempuan & Baka Kucing

1. Baka Kucing Parsi


Sifat2 kucing - rupanya menjengkelkan tetapi diminati, harganya agak mahal, selalu dipertandingkan dalam pertandingan kucing cantik (& selalunya menang walaupun tak cantik), selalunya pemilik ialah orang yang agak berduit & suka glamour, makanan perlu gred yang baik, perlu dijaga & dimandikan, kurang aktif..

Sifat2 perempuan - buruk rupa tapi ramai boipren, harga hantaran kawin agak tinggi, selalu menonjolkan diri, selalunya mak bapak golongan agak berada & suka promote anak sendiri, tak pandai berdikari & lembab..

2. Baka Kucing Siam


Sifat2 kucing - rupanya tidaklah cantik tetapi unik, manja & tak takut orang, aktif & boleh diajak bermain, harganya sederhana mahal, bijak & senang masuk ajar, pandai mengemaskan & membersihkan diri..

Sifat2 perempuan - tidaklah cantik mana sangat tapi sedap mata memandang, mudah mesra & pandai menyesuaikan diri dengan keadaan, boleh dijadikan kawan yang baik, hantaran kawin tak berapa tinggi, agak berilmu & pantas berfikir, boleh berdikari..

3. Baka Kucing Sphynx 


Sifat2 kucing - rupanya sangat2 buruk tapi harganya sangat2 mahal, selalu dikaitkan dengan watak2 jahat dalam filem, perlu penjagaan banyak walaupun takde bulu, pemilik selalunya orang kaya yang bercitarasa pelik, tak manja, tak ikut cakap & susah diajar..

Sifat2 perempuan - buruk rupa tapi hantaran kawin tinggi nak mampus, perangai sama buruk dengan rupa, suka jaga kecantikan tapi tetap tak cantik2 jugak, selalunya anak orang kaya & boipren pun selalunya jenis2 jantan yang harap dapat tumpang harta, queen control & bodoh sombong..

4. Baka Kucing Bengal


Sifat2 kucing - rupanya unik, bulunya cantik & harganya mahal tapi cepat membiak sampai tuannya bagi2 kat orang sebab tak larat nak bela banyak sangat, sangat bijak & aktif tapi tak manja, ada masa2 tertentu boleh diajak bermain, suka kejar haiwan2 kecik, senang dijaga & pandai bersihkan diri tapi susah diajar terima arahan..

Sifat2 perempuan - rupa cantik & hantaran mahal tapi boleh runding bila dah mula nak jadi anak dara tua, berpendidikan tinggi & berkerjaya tapi kurang sifat kewanitaan, selalu ikut mood, kuat cemburu, pandai berdikari tapi degil..

5. Baka Kucing Maine Coon


Sifat2 kucing - manja & suka diajak bermain sampai kadang2 tuannya naik rimas, tak pandai jaga diri & cepat kotor, kalau terlepas dari tuannya, ada harapan mati tak makan sebab tak pandai cari makan sendiri, rupanya cantik tapi biasa dilihat, tak berapa bijak & susah masuk ajar, harganya  mahal sampai kadang2 orang tak nak beli..

Sifat2 perempuan - mentel & suka menggedik, tak pandai berdikari & tak komited dalam kerja, rupa agak cantik tapi takde keistimewaan, bengap tapi degil, hantaran tinggi & tak berbaloi..

6. Baka Kucing Lorong (Kucing Kampung)


Sifat2 kucing - jangan takut pasal harga sebab boleh kutip kat mana2, kadang2 kalau nasib baik dapat yang cantik tapi selalunya banyak yang berkurap, pandai cari makan sendiri, pandai bertarung, kalau dibela dari kecik selalunya manja & pandai kenal tuan, tak cerewet tentang makan & tak perlu penjagaan rapi..

Sifat2 perempuan - hantaran kawin rendah tapi kena pandai memilih & kenal betul2 hati budi baru boleh buat bini, boleh berdikari, pandai mempertahankan diri & kalau dididik dengan baik akan jadi isteri yang solehah & taat, tak banyak kerenah, pandai berjimat cermat & tak memeningkan kepala..

7. Baka Kucing Hutan


Sifat2 kucing - liar, perlu dikurung dalam kandang, pandai cari makan sendiri, pandai memburu & menangkap haiwan2 kecik, harga mahal, kos maintenance pun mahal, tak boleh berkawan dengan kucing2 biasa, rupa cantik & unik tapi pandangannya menakutkan macam nak terkam orang, tak boleh diajar & diarah..

Sifat2 perempuan - jenis suka merayap, suka adventure & tak suka dikongkong, pandai berdikari tapi tak senang didekati & tak peramah, kos hantaran tinggi, jenis suka perabis duit, perasan diri sendiri yang paling bagus, rupa cantik tapi perangai buruk, degil, keras kepala & panas baran..

Banyak kan persamaan sifat2 perempuan & sifat2 kucing.. Dari itu, orang perempuan kalau nak pilih calon suami, pilihlah lelaki yang sukakan kucing.. Jika dia boleh bersabar dengan kerenah kucing2nya, Insya Allah dia boleh bersabar dengan kerenah isterinya juga.. Meooowww.....!!!



Thursday 18 August 2011

Saya Tidak Akan Maafkan 'Mereka'

"Saya Tidak Akan Maafkan Mereka" - nampak macam tajuk yang kurang sesuai untuk bulan Ramadhan al Mubarak ni.. Macam ada berbau2 dendam pulak.. Pada aku, sesetengah perkara memang 'layak' untuk didendami, lebih2 lagi bila melibatkan akidah kita.. Aku ni sebenarnya bukanlah keras hati sangat.. Aku mudah melupakan banyak benda menyakitkan yang pernah terjadi.. Kadang2 memerlukan masa.. Kadang2 tidak.. Tapi ada beberapa perkara berat yang terlalu lemah jiwa aku untuk memaafkan 'mereka' ni.. Walaupun kesalahan mereka nampak kecik di mata ramai orang, tapi bagi aku diorang ni pengkhianat & punca bala kerosakan..

1. Aku Tidak Akan Memaafkan Tempat2 Makan Yang Pernah Masukkan Unsur2 Babi

Baru2 ni aku dengan Kluang Rail Coffee dah 'menyamak' premis2 diorang & meminta maaf konon selama ni diorang tak tau yang kopi diorang yang famous serata Tanah Melayu ni bercampur dengan lemak babi.. So, tiba2 je, kopitiam2 diorang yang kosong sejak kes kantoi DNA babi dalam serbuk kopi hari tu, menjadi penuh semula dengan berita murahan ni.. Aku memang pelik dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ni.. Sudah orang kasi kita makan najis, sejak zaman mak bapak kita diperbodoh, kepala kita dipijak2, agama kita tidak dihormati langsung, tapi kita masih nak maafkan diorang? Kononnya, makanan diorang sedap.. Hello.. Barang haram laknatullah memang sedap..


Satu masa dulu aku penah buat satu eksperimen tak bertauliah.. Aku makan dua kali di kedai yang sama, sekali dengan duit halal, sekali dengan duit hasil menang nombor ekor (please don't try this).. Entah kenapa, masa aku makan dengan duit halal, rasa masakan diorang taklah sesedap mana.. Tapi bila makan dibayar dengan duit haram, terasa sedap sampai ke tekak.. Well, mungkin masa yang tak berapa sedap tu, si tukang masak tengah demam atau takde mood.. Tapi aku lebih percaya, bila kita membeli sesuatu dengan wang hasil haram, setan iblis akan mengubah deria rasa menjadikannya lebih sedap..

Sebab tu lah serbuk kopi yang bercampur DNA babi ni menjadi kegilaan orang2 kita.. Kesedapan yang bercampur barang haram & sedikit bantuan dari setan iblis.. Voila! Lupa segala halal haram.. Sesedap manapun masakan diorang, takkan mampu menandingi sedapnya hidangan dalam syurga.. Tapi syurga tu terlalu jauh.. Babi juga yang kita cari..

Aku tak peduli walau dengan tanah dari tujuh lapis bumi pun dia samak, walau ulamak mana pun dia panggil untuk membuktikan status halal dia, aku takkan sesekali menjejakkan kaki ke tempat yang pernah memperbodohkan aku & menghina2 agama aku.. Andai dunia ni sudah kehabisan sumber makanan, & satu2nya tempat yang masih ada makanan ialah kopitiam2 yang dah mengaku halal tapi pernah served campuran babi, aku lebih rela mati tak makan.. Aku takkan membiarkan mana2 kafirun bertepuk tangan tengok muka aku sambil cakap "bodoh2.. dah terkena sekali pun masih datang lagi.. kalau dah dasar anjing, tetap cari najis".. Never will I let that happen!!!!

2. Aku Tidak Akan Memaafkan Para Murtadin Yang Menghina Rasulullah

Aku cukup heran bila kita kutuk laknat para murtadin yang menghina Rasulullah, ada suara2 orang Islam yang berkata "tak baik kita kutuk laknat, elok kita doakan supaya dibuka pintu hatinya untuk bertaubat".. Tidak akan sesekali aku membazirkan doa2 aku untuk golongan najis hina macam tu.. Aku boleh buat tak peduli dengan golongan murtadin, tapi golongan yang hina Rasulullah, perlu dilaknat walaupun dia seorang Islam..



Kepada orang yang membela sangat golongan murtadin tu (aku heran kenapa si pembela tak ikut murtad sama), apa agaknya reaksi diorang kalau rumah diorang kena rompak, pastu diorang pegi report polis, dia siap kasi nombor kereta perompak tapi polis tu jawab "kami akan doakan supaya perompak tadi bertaubat & pulangkan semula harta anda yang dirompak".. Apa agaknya reaksi dia? Mesti dia maki hamun polis tu kan? Mesti dia kata polis tak buat kerja, pemalas, takkan tangkap perompak hanya dengan doa?

Itulah kesilapan orang kita ni.. Hanya penjenayah yang merompak, mencuri, merogol & membunuh saja yang dilihat sebagai orang jahat.. Sebenarnya, para murtadin yang menghina Allah, Islam & Rasulullah ni jauh lebih jahat dari sekalian makhluk dalam dunia ni.. Bahkan lebih jahat dari Iblis Laknatullah sekalipun.. Tapi kita mintak doa untuk dia? Ada otak ke tak orang yang cakap tu? Baik doakan mak bapak korang.. Doakan diri korang, adik beradik korang, sahabat2 korang dari doakan najis2 macam tu.. Takkan korang tak tau harga sebuah doa? Ingat semurah kata2 manusia pada manusia? Harga sebuah doa terlalu mahal.. Masih ramai manusia di dunia ni yang memerlukan doa2 kita.. Pejuang2 Islam Chechen & Palestin, Para Mujahideen, orang2 Islam yang tertindas, mangsa2 bencana alam, anak2 yatim piatu, golongan fakir miskin.. Sekurang2nya kalau kita tak dapat bantu dengan wang ringgit & tenaga, kita bantu dengan doa.. Ini nak suruh orang doakan si celaka yang menghina Allah & Rasul..

Aku setuju kalau ada orang kafir yang berhati mulia & baik budi kita doakan supaya terbuka hatinya memeluk Islam.. Ini golongan penghina Nabi nak disuruh doa supaya bertaubat.. Sudahlah murtad satu hal, dihina2 pulak agama Islam.. Kalau sekadar murtad tapi tak menghina Islam boleh tahan lagi nak disuruh bertaubat.. Ni dah terang2 tak boleh diselamatkan.. Andai kata Allah masih bukakan pintu hati diorang untuk bertaubat, aku akan mengucapkan tanda kesyukuran.. Tapi kalau aku nak doakan diorang bertaubat.. Tidak sesekali.. Kalau orang hina mak bapak kita pun kita dah melenting, apa lagi kalau orang hina Tuhan kita, Nabi kita, agama kita.. Takkan nak berdoa untuk dia pulak?

Islam memang menganjurkan sikap saling memaafi.. Tapi tidak untuk dua perkara yang aku mentioned kat atas ni.. Tidak untuk memaafkan, tidak untuk mendoakan & tidak untuk melupakan.. Dalam sesetengah perkara, aku percaya kita tidak perlu menjadi terlalu lembut.. Para Nabi & Rasul turun ke medan perang memerangi musuh2 Allah.. Nabi Muhammad memerangi kafir Quraisy, Nabi Musa memerangi Firaun, Nabi Ibrahim memerangi penyembah berhala.. Sedangkan kita melindungi & mendoakan orang2 yang menghina Allah? Para sahabat memecahkan semua bekas2 menyimpan arak sebaik saja jatuhnya hukum najis & haram pada arak.. Tapi kita sanggup makan semula di tempat yang menghidangkan babi sedangkan najis babi itu lebih berat dari arak? Terlalu murah harga akidah kita sehingga kita menggadaikannya untuk makanan yang sedap? Atau ini hanyalah satu petanda bahawa kiamat sudah terlalu dekat? Fikir2 kan lah..


Jack of All Trades

Sapa penah dengar peribahasa Inggeris "Jack of All Trades, Master of None"? To define, peribahasa ni bermaksud seseorang mempunyai sedikit kebolehan dalam hampir semua bidang tapi tak dapat menguasai secara mendalam walau satu pun dari bidangnya.. Dalam bahasa yang lebih mudah, orang ni boleh buat macam2 tapi tak pakar.. It's almost impossible to be Jack of All Trades & A Master of All, tapi jika anda diberi pilihan, adakah anda akan memilih menjadi Jack of All Trades, atau memilih jadi Master of One?

Kalau tanya aku, aku lebih suka jadi Jack of All Trades walaupun Master of None.. Terus terang aku katakan, propaganda orang putih ni terlalu banyak beri pengaruh pada kita.. Bila orang putih kata sesuatu benda tu tak bagus, orang Me-layu ni pun turut sama kata tak bagus.. Sebab tu sistem pendidikan kita banyak dipengaruhi oleh pendapat2 yang salah.. Kita diajar untuk menjurus dalam satu bidang sahaja.. Sejak dibangku sekolah lagi, kita telah dipisahkan kepada cabang2 pendidikan seawal umur 12 tahun lagi.. Mana yang lulus UPSR dengan cemerlang, dapatlah masuk ke sekolah Sains.. Sedangkan pada umur macam ni, seorang kanak2 masih belum nampak lagi potensi dirinya.. Dia hanya menurut perintah mak bapak je..

Daripada kesilapan2 sistem pendidikan, lahirlah insan2 yang 'serba kekurangan'.. Seorang doktor yang pakar dalam bidang perubatan tetapi buta IT, seorang wanita eksekutif yang disegani tapi tak tahu jaga kecantikan, seorang engineer yang tak tau apa2 langsung pasal ekonomi, seorang ahli perniagaan yang tak faham politik, seorang sasterawan yang jahil tentang ilmu2 kesihatan.. Macam2 jenis orang yang menjurus pada satu bidang sahaja tetapi langsung tiada pengetahuan tentang sesuatu yang luar dari bidangnya..

Dalam sejarah, ramai tokoh2 yang berjaya menjadi Jack of Trades & Master of All His Trades.. Nabi Muhammad S.A.W. ialah seorang Rasul yang menyampaikan ajaran Islam, juga seorang peniaga & seorang pemimpin.. Begitu juga dengan para sahabat2 Baginda.. Ramai juga tokoh2 lain yang menjurus dalam pelbagai bidang & mengusai hampir kesemuanya.. Ibnu Sina, seorang doktor, ahli fizik, ahli matematik & ahli muzik pada masa yang sama.. Begitu juga dengan Leonardo DaVinci.. Dalam sejarah, banyak tokoh2 yang kita ketahui mempunyai pelbagai pengetahuan & kepakaran dalam bidang berbeza.. Sebab tu lah kalau kita tengok balik peninggalan sejarah orang dulu2 jauh lebih kreatif & mempesonakan berbanding hasil kerja orang sekarang.. Walaupun dulu2 diorang takde mesin2 canggih & sistem komputer, tapi hasil kerja diorang sangat bermutu.. Sebabnya, diorang ni bukan jenis yang menjurus dalam satu bidang macam kita sekarang.. Diorang lebih banyak berfikir secara kritikal & bukan melihat pada satu perspektif sahaja..

Prinsip Jack of All Trades sebenarnya sangat membantu dalam mengurangkan kos sara hidup di zaman moden ni.. Sapa yang tahu memasak, boleh save cost makan di kedai.. Sapa yang tahu bertukang, boleh save cost renovate rumah.. Sapa yang tahu menjahit, boleh save cost beli baju atau langsir.. Untuk menguasai pelbagai ilmu, hasilnya tidak perlu sempurna.. Tapi jika diteruskan secara praktikal, Insya Allah semuanya akan jadi sempurna..

Nak mempelajari ilmu 'kemahiran hidup' ni bukanlah susah pun.. Mana yang banyak masa lapang, boleh mengikuti kursus2 pendek di institusi swasta atau kolej2 komuniti.. Mana yang kurang masa lapang, boleh cari website2 tertentu dari internet atau beli buku2 berkaitan.. Zaman sekarang ni, banyak ilmu2 yang dilupakan.. Membuka satu ruang mudah bagi sesiapa yang masih menyimpan ilmu2 tertentu untuk membuat duit je.. Bukan aku nak sabotaj bisnes orang lain, tapi sebenarnya, lebih seronok kalau kita dapat merasa hasil buatan tangan kita sendiri.. Masa aku kecik2 dulu, baju raya mak jahit sendiri.. Walaupun adakalanya tak kemas & tak dihiasi manik2 macam yang berlambak jual kat kedai sekarang ni, tapi pakai hasil buatan tangan mak cukup membanggakan..

Ilmu2 sampingan yang nampak kecik ni besar manfaat sebenarnya.. Yang penting berani mencuba & tak mengalah kalau apa yang kita buat tu tak jadi..



Monday 8 August 2011

Keseronokan Yang Dilupakan

Masa aku kecik2 dulu, bulan Ramadhan ni ialah bulan yang paling meriah sekali.. Walaupun masa tu bazaar2 Ramadhan masih belum wujud, Internet & Astro masih belum wujud & handphone canggih yang mainkan lagu2 raya masih belum wujud, tapi kemeriahan & keseronokan berpuasa cukup terasa.. Zaman yang telah lama berlalu & rasanya takkan kembali lagi.. Kadang2 aku kesian tengok kanak2 zaman sekarang.. Revolusi hidup tidak membenarkan mereka rasa apa yang aku rasa masa kecik2 dulu.. Bukanlah aku suka sangat mengenang masa lalu, tapi keseronokan & kemeriahan puasa & Hari Raya 20 tahun yang lalu amatlah berbeza dengan sekarang..

Dan nampaknya, semakin maju media & komunikasi, semakin hilang keseronokan Ramadhan & Syawal.. Orang zaman sekarang terlalu self-centered & banyak yang lebih suka berlumba2 untuk menunjuk2.. Lebih suka beli makanan dari masak sendiri.. Lebih suka makan diluar dari makan dirumah dengan keluarga.. Lebih suka habiskan masa di karat market dari mengerjakan solat terawih.. Melupakan nikmat sebenar Ramadhan & Syawal..

Beza Ramadhan & Syawal Dulu & Sekarang

Dulu: Sepanjang bulan puasa ni, ibu2 sibuk masak kuih2 tradisional yang jarang dimasak bulan2 lain untuk dijadikan juadah buka puasa..
Sekarang: Ibu2 dah jadi pemalas.. Semua boleh beli saja.. Tak payah nak susah payah..

Dulu: Balik kerja cepat2 sebab nak masak & berbuka bersama2 keluarga
Sekarang: Balik kerja cepat2 sebab takut lauk di bazaar habis.. Maklumlah, sejak jam 11 pagi dah terhidang..

Dulu: Mak bapak paksa anak2 kecik ikut pergi solat terawih..
Sekarang: Mak bapak sibuk tengok drama walaupun anak2 kecik ajak pergi solat terawih..

Dulu: Budak2 sibuk main bunga api..
Sekarang: Budak2 kat CC main game sampai pagi.. Mak bapak takde peduli..

Dulu: Orang pompuan sibuk borong kain ela nak jahit baju, jahit langsir untuk hari raya..
Sekarang: Orang pompuan semua tak reti jahit.. Baju kat butik berlambak.. Kat bazaar pun banyak.. Langsir pun dah ada yang jual siap..

Dulu: Lepas 2 minggu puasa dah sibuk buat kuih raya walaupun pakai oven kecik yang guna api gas..
Sekarang: Oven boleh masuk lembu sekor tapi haram tak pernah bersentuh untuk buat kuih raya..

Dulu: Bangun awal nak masak untuk sahur..
Sekarang: Sahur beli je kat Drive-thru..

Dulu: Berebut2 tapau bubur lambok kat masjid..
Sekarang: Bubur lambok AJK masjid makan sendiri sebab tak habis..

Dulu: Dekat nak raya, semua sibuk anyam ketupat..
Sekarang: Rebus ketupat segera..

Dulu: Lagu2 Raya semua menyentuh perasaan..
Sekarang: Lagu Raya semua perasan..

Dulu: Kuih2 Raya beraneka jenis bermacam2 rasa..
Sekarang: Kuih2 Raya beraneka jenis tapi rasa semua sama..

Dulu: Budak2 datang beraya makan kuih, duduk, salam tuan rumah..
Sekarang: Budak2 datang beraya depan pintu pagar je sambil mintak duit..

Dulu: Kalau buka puasa ada makanan tersisa, dikira pembaziran..
Sekarang: Buffet Ramadhan sorang RM60 dikira penjimatan..

Dulu: Malam Raya takbir ramai2..
Sekarang: Malam Raya orang kat bazaar sampai pukul 4 pagi tunggu lelong kuih..

Dulu: Budak2 ponteng puasa makan sorok2.. Takut mak nampak kena sebat..
Sekarang: Mak siap tapaukan KFC untuk anak yang tak puasa..

Dulu: Ada kes orang kena tangkap sebab tak puasa & masuk kedai makan ikut pintu belakang..
Sekarang: Boleh pilih nak nasi campur bazaar, nasi beriyani kedai mamak, McDonald's Drive-Thru atau Pizza Hut delivery.. takde sapa akan tangkap pun..

Dulu: Hari Raya semua orang saling ziarah menziarahi..
Sekarang: Hari Raya tengok konsert Akademi Fantasial atau filem sampah Razak Maidin..

Dulu: Kalau balik kampung boleh suruh jiran tengok2kan rumah..
Sekarang: Dah 10 tahun berjiran pun tak tahu nama sapa..

Dulu: Budak2 paling excited dengan baju baru & kasut baru..
Sekarang: Anak pakai baju bundle, mak pakai baju butik siap manik2..

Dulu: Tiket bas sentiasa kehabisan sebab orang berebut nak balik kampung..
Sekarang: Orang tak nak balik kampung sebab malu orang tau kampung dia kat mana (dasar Tanggang)..

Dulu: Masakan mak sentiasa dirindui & diidam2kan di Hari Raya..
Sekarang: Mak tempah je lauk kat catering.. Tak masak sebab sibuk tengok Raja Lawak..


Banyak gila beza antara Ramadhan & Syawal dulu & sekarang.. Banyak sunnah2 yang dilupakan.. Trend hidup pun dah jauh gila tersasar & tersesat.. Semuanya menjurus kepada kehidupan moden yang riak, perasan bagus & terlalu banyak hiburan.. Dengan keadaan yang ada sekarang, aku tak dapat nak bayangkan apa yang bakal terjadi dalam masa 20 tahun dari sekarang pulak.. Mungkinkah masa tu, rendang, ketupat, lodeh semua akan digantikan dengan burger & chips? Lemang, dodol & wajik digantikan dengan chocolate coated strawberries? Biskut makmur, kuih semperit & maruku digantikan dengan Pringles & M&M's? Mungkinkah masa tu pemaju mula bina rumah tanpa dapur sebab ianya tak perlu lagi? If we don't do something, the future will melt in our hands.. 

Wednesday 3 August 2011

Nak Kurus - Bahagian III

Memandangkan dah masuk bulan Ramadhan, aku nak cuba cari topik yang ringan & tak banyak memaki hamun (walaupun hakikatnya dalam bulan Ramadhan ni modal nak memaki makin banyak).. Topik hari ni sambungan pada topik bulan lepas "Nak Kurus Bahagian I & II".. Ceritanya, lebih kurang 10 tahun yang lalu, aku ada baca satu artikel pasal 'losing weight' sepanjang bulan puasa.. Masa tu, berat aku 92kg & aku berjaya turunkan jadi 72kg dalam masa sebulan je.. Memang berkesan.. Tapi kemudian, ada kawan2 bagitau aku apa yang aku buat tu salah.. Diorang cakap bulan Ramadhan ni bulan mencari pahala & kita tak seharusnya ambik kesempatan jadikan bulan yang mulia ni sebagai medium diet program.. Disebabkan masa tu aku masih muda & masih jahil, aku percaya je bulat2 apa diorang cakap.. Aku pun buang artikel tu & tak pernah lagi cuba apa2 weight lost program sepanjang bulan puasa..

Tapi kekeliruan aku terjawab bila aku bertanyakan pada orang2 yang lebih pakar bab2 agama pasal bulan puasa ni.. Rupanya, tak salah kalau kita 'ambik kesempatan' nak turunkan berat badan sepanjang bulan puasa asalkan ianya bukan untuk tujuan meriak2 & lebih kepada tujuan kesihatan & penampilan diri.. Lagipun, kegemukan itu mengundang kepada sifat2 malas yang sangat tidak dianjurkan dalam Islam.. Anyway, artikel pasal diet program sepanjang Ramadhan tu dah lama aku buang.. Tapi ada diantara isinya yang aku masih ingat lagi.. Aku nak kongsikan sikit kaedah2nya & aku tambah2 jugak dengan apa2 amalan yang aku rasa bagus dipraktikkan sepanjang bulan puasa ni..

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kita umat Islam ada kredit lebih sikit sebab sepanjang siang kita memang diwajibkan berpuasa.. So, kita boleh assume godaan makan pada waktu siang berkurangan.. Tapi, bila masuk waktu berbuka, kadang2 kita makan sampai tak ingat dunia.. Ada beberapa tips pemakanan yang boleh diamalkan sepanjang bulan puasa ni seperti yang disenaraikan di bawah:

Kaedah Pemakanan Dalam Diet Program Sepanjang Ramadhan:
  • Jika kita berkunjung ke bazaar menjual makanan, hadkan perbelanjaan kepada bawah RM5 sahaja.. Walaupun banyak makanan nampak menarik, tapi kalau kita tak beli, kita takkan makan
  • Jangan beli air minuman yang bergas atau air yang dijual di bazar kerana kandungan gulanya tinggi.. Ganti dengan jus buah-buahan atau air suam dicampur madu lebah
  • Jangan berbuka puasa dengan makan nasi atau makanan2 yang berat.. Kalau nak makan nasi, tunggu lepas Isyak.. Masa ni, selera akan lebih terkawal.. Masa berbuka, cukup makan kurma atau kuih2 je..
  • Kalau nak beli kuih, pilih yang dikukus contoh apam atau pau, berbanding yang digoreng
  • Elakkan Buffet Ramadhan.. Selain membazir, buffet ni mencabar kita untuk makan banyak
  • Selama sebulan, block segala jenis fastfood macam KFC, McD, Marrybrown dll..
  • Jangan makan apa2 antara jam 12 malam sampai waktu sahur.. Kalau lapar sangat, makan buah atau biskut je
  • Sahur di hujung waktu.. Kalau waktu Imsak pukul 5.30, start sahur pukul 5.15.. Jadi, masa limited untuk makan banyak2

Tips Psychology Untuk Diet Sepanjang Ramadhan
  • Jangan tanya orang lain berbuka puasa makan apa.. Selera orang lain akan membangkitkan selera kita sendiri
  • Target besar untuk Hari Raya contohnya nak beli handbag harga RM800, nak beli rantai emas, atau tukar sport rim kereta.. Bila ada target besar, kita akan teragak2 nak berbelanja banyak untuk makanan
  • Jangan hadiri terlalu banyak majlis berbuka puasa dengan kawan2.. Bila suasana enjoy ramai2, selera makan akan bertambah
  • Sentiasa setting dalam kepala untuk kejarkan solat Maghrib di awal waktu
  • Kalau nak beli baju raya atau kuih raya, elakkan pergi waktu siang.. Pilih waktu malam.. Lagipun sekarang ni bazaar lebih meriah di waktu malam.. Kalau duduk kat rumah mesti tangan gatal capai makanan
  • Jangan miss solat terawih.. Solat juga satu senaman & masa untuk solat boleh elakkan makan berlebihan
  • Buat projek cari duit raya.. Isi masa lapang jual kuih atau menjahit.. Bila leka kepala tak setting ingat makan
  • Bila masuk supermarket, jangan beli makanan ringan.. Bila kita tak beli, gerenti kita tak makan
  • Kalau ada makanan yang tak habis masa berbuka, jangan simpan.. Kasi kucing atau anjing yang berkeliaran sekitar rumah supaya tak makan lebih dari yang patut
  • Kalau ada baju atau seluar yang dah mula nak sempit, jangan beli yang baru.. Tapi target sampai baju atau seluar tu muat balik

Kalau betul2 serius nak turunkan berat badan, bulan puasa ni cukup cantik jugak untuk bersenam.. Tapi tak digalakkan buat senaman berat2 macam pergi ke gym.. Senaman yang terlalu berat akan menambahkan rasa lapar & menguatkan keinginan nak makan.. Dalam bulan puasa ni, elok kalau buat senaman di waktu petang berbanding pagi..


Tips2 Senaman Diet Program Ramadhan
  • Solat terawih.. Kalau nak lagi banyak kalori terbakar, cari surau atau masjid yang imam suka baca ayat lazim panjang2
  • Menyanyi pun boleh bakar kalori atau dalam ertikata lain, mengeluarkan suara boleh membakar kalori.. So jangan pilih menyanyi.. Pilih mengaji tadarus tiap2 malam
  • Sejam sebelum berbuka puasa, lakukan brisk walking.. Jalan2 petang keluarkan peluh kat taman2 lebih baik dari mengadap juadah berbuka.. Kalau kat rumah ada treadmill lagi bagus
  • Amalkan light yoga.. Video2 yoga boleh download kat Youtube.. Yoga ialah senaman terbaik.. Tidak memenatkan tapi membakar kalori yang banyak lebih dari pergi gymnasium
  • Jangan tidur sepanjang hari terutama selepas tengahari.. Tidur akan menambahkan rasa lapar masa berbuka
  • Memasak pun aktiviti yang bagus.. Disamping jimatkan duit tak perlu makan kat luar

Diet Helper Yang Boleh Membantu Proses Penunuran Berat Badan:
  • Jangan makan ubat diet mahal2.. Sebaliknya, gantikan dengan buah-buahan 
  • Boleh ambik colon cleanser atau detox tea
  • Jangan makan benda2 masam sebab mengaktifkan asid perut & menambah rasa lapar
  • Limitkan makanan berat (nasi, mi, roti, etc.) sekali sahaja dalam sehari
  • Banyakkan minum air masak
  • Banyakkan makan buah-buahan yang boleh keluarkan angin.. Contoh: epal
  • Pakai abs support masa makan.. Jangan beli corset yang harga sampai RM2 ribu.. Cari yang harga bawah RM20.. Kat farmasi berlambak
  • Makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme & mempercepat pembakaran lemak


Mitos2 Tentang Diet Program
  • Banyak minum air suam mempercepat proses pembakaran lemak - sebenarnya minum air sejuk (bukan air batu) mempercepatkan proses pembakaran lemak sebab badan mengeluarkan tenaga untuk menambahkan suhu air sejuk kepada suhu badan biasa
  • Semua jenis buah-buahan berkalori rendah - tidak semua.. pilih buah-buahan tinggi serat & bukan tinggi gula macam durian & manggis.. buah2 yang masam pulak boleh menggandakan rasa lapar
  • Banyak makan sup boleh bantu kuruskan badan - kena pilih sup.. kalau boleh masak sendiri.. sup2 yang jual kat kedai semua minyak bertakung
  • Daging kambing tinggi kolestrol - dalam daging kambing terdapat kolestrol 'baik' yang boleh membantu memecahkan kolestrol 'tepu' dalam badan
  • Produk 'rendah lemak' boleh membantu kurangkan berat badan - kuantiti lemak dalam produk 'rendah lemak' dengan produk biasa hampir sama banyak.. jangan sesekali percaya pada label "0 Fat".. Ianya cuma satu kaedah untuk lariskan produk pada harga lebih tinggi 
  • Slimming cream panas boleh bantu bakar lemak - krim2 panas yang disapu pada badan cuma boleh bantu mengembangkan salur darah & mempercepat tindakan metabolisme.. tidak boleh membakar lemak.. Satu2nya cara nak bakar lemak ialah melalui senaman
  • Telur Omega yang mahal takde kolestrol - ayam takde masa nak kaji2 pasal kolestrol.. dia cuma tau bertelur je.. semua telur ayam adalah sama.. telur ayam kampung dengan telur ayam bandar pun sama je.. cuma size telur ayam kampung lebih kecik sebab tak disuntik..
  • Makan daging putih lebih bagus dari makan daging merah - sama je.. tujuan makan daging adalah untuk keperluan protein.. tak perlu ambik banyak

Bunyinya memang macam senang gila nak buat tapi agak susah jugak kalau tak disertai dengan kerajinan.. Kaedah ni memang berkesan & kalau betul2 rajin & boleh kawal iman, selama sebulan puasa ni boleh turun kurang2 pun dalam 5kg.. Sambil menambahkan amal ibadat, kita boleh juga curi2 kesempatan memperbaiki penampilan di samping elakkan pembaziran.. Di saat kita mentekedarah tak ingat dunia, ramai lagi manusia2 di luar sana yang kesempitan.. Ada negara yang dilanda kebuluran, perperangan & bencana alam.. Sedangkan kita kat sini tak habis2 membazirkan duit & makan melebihi keperluan.. Bulan puasa ni, saat kita menahan lapar & dahaga, kita patutnya sedar betapa beruntungnya kita & dapat merasa penderitaan orang2 yang tak dapat makan kerana hidup yang serba kekurangan.. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita motivate diri kita menjadi insan yang lebih sempurna dari segi fizikal & rohani..