Total Pageviews

Saturday 11 June 2011

Astro Naik Harga

Lebih kurang seminggu yang lepas, ramai yang kecoh2 pasal kenaikan harga package Astro atau nama hipokritnya, "Penyelarasan Harga".. Selalunya kenaikan harga ni cuma barang2 keperluan ramai macam gula, minyak petrol, minyak masak.. So, adakah Astro satu keperluan sehinggakan kita terpaksa dibuli sekurang2nya sampai tahun 2023? Astro ada "Kontrak Mati" selama 25 tahun dengan kerajaan bermula tahun 1998.. Sekarang baru 13 tahun berlalu.. Masih ada 12 tahun lagi untuk kita 'bersabar' dengan Astro..

Klik di sini untuk berita..

So berbalik pada persoalan tadi, adakah Astro satu keperluan? Secara jujurnya memang atas pagar, YA pun betul, TIDAK pun betul.. Ya kerana stesen TV nasional tak habis2 dengan drama & gossip artis.. Kalau duduk area Johor Bahru mungkin boleh dapat bantuan stesen TV Singapore.. Kalau tak memang drama tak habis.. Kalau tak drama Indon yang tak masuk akal, mesti cerita hantu setan iblis atau drama cinta anak2 orang kaya.. Cuma RTM 1 & 2 je yang masih ada lagi rancangan2 berilmu yang boleh diharap.. Yang lain memang sangat2 mengecewakan..

Kalau ada yang kata Astro bukan satu keperluan pun aku bersetuju jugak.. Astro menawarkan pilihan siaran dalam bentuk pakej yang mana pakej Astro Family dipaksa secara kuku besi utk dilanggan.. Astro tak bagi pilihan pun untuk kita memilih pakej yang kita suka dan kita nak tengok.. Astro memang memahami citarasa orang Malaysia.. Dalam pakej Family, dia sumbat segala macam hiburan bodoh macam Raja Lawak, Akademi Fantasia & Sehati Berdansa.. Astro tahu orang Malaysia (khususnya Melayu) memang tak boleh hidup tanpa rancangan hiburan yang penuh dengan adegan minah bertudung tak tau malu menyanyi & menari macam beruk hilang akal.. Astro jugak tahu orang Malaysia memang suka dengan lawak bodoh ala Senario.. Sebab itu diadakan Raja Lawak.. Kemudian, Astro wujudkan pulak Maharaja Lawak tapi disiarkan dalam pakej yang lain.. So mana2 orang kampung yang gila Raja Lawak, kenalah tambah langganan untuk channel yang siarkan Maharaja Lawak..

Despite of harga yang terus naik tak turun2, performance Astro tetap sama.. Baru hujan renyai2 dah takde siaran.. Tak ada "warning" diberi sebelum dipotong, tapi bila nak sambung balik caj RM20 dikenakan dlm bil.. Bila ada masalah, makan 2-3 minggu jugak baru technician datang.. Sepatutnya, kalau harga dah 'diselaraskan', servis pun kena diselaraskan jugak..

Kepada orang2 yang bising2 banyak sangat pasal kenaikan harga Astro, aku sarankan tak payah la suruh kerajaan kasi lesen banyak2 pada stesen TV berbayar yang lain untuk bersaing dengan Astro.. Cuma ada satu je cara nak kasi Astro turunkan harga.. Korang pujuk kerajaan kita kasi lulus iklan rokok, iklan beer, iklan 4D.. Company2 yang keluarkan 'barang2' 2 boleh jadi penaja yang bagus.. Kalau Astro ada penaja yang bagus, mungkin harga boleh 'diselaraskan' untuk dikurangkan.. Anyway korang jugak yang gila tengok Maharaja Lawak kan?

No comments:

Post a Comment