Total Pageviews

Sunday 12 June 2011

Waktu Solat, Amanah Kerja & Rezeki Halal

Tajuk hari ni seriously akan menyentuh tentang 'kebebalan' luar biasa yang sedang terjadi di kebanyakan pejabat2 di seluruh negara.. Tak kira jabatan kerajaan atau swasta.. Kebebalan yang dipanggil 'Rezeki Shubhah'.. Kalau kita cakap kat sorang makhluk yang kerja dalam ofis yang duit pendapatan dia adalah shubhah (was2 antara halal & haram) mesti dia mengamuk macam lembu gila.. Kebenaran itu memang perit & pahit.. Orang2 yang kerja dalam ofis2 ni pandai pandang rendah pada orang lain.. Kalau tengok orang menang judi, diorang ni la paling pandai cakap orang tu makan duit haram.. Macam la duit diorang tu halal sangat..

Kerja dalam ofis memang la sumber pendapatan yang halal.. Tapi adakah halal cara diorang dapatkan sumber pendapatan tu? Kalau ikut diorang punya scope of work masa mula2 masuk kerja dulu berapa jam sehari waktu kerja yang diamanahkan? Bila dah bekerja, berapa lama waktu yang disalahgunakan? Mengular lain, ambik anak sekolah lain, makan lain, bersembang lain..

Waktu kerja normal bagi kebanyakan pejabat2 ialah 8.00 am sampai 1.00 pm.. Pastu lunch break.. Sambung balik dari 2.00 pm sampai 4.30 atau 5.00 pm.. Masalahnya, kalau kita datang ke pejabat2 tu pada masa yang disebutkan pun tetap takde orang.. Kenapa ye?

Kalau jam 2.30 petang kita masuk ke pejabat2 memang normal kalau takde orang layan.. Sebabnya, diorang pegi Solat Zohor.. Solat itu memang wajib.. Tapi diorang lupa amanah kerja pun wajib jugak.. Selama yang aku tahu kat Malaysia ni azan Zohor belum pernah lagi dilaungkan sebelum jam 1.00 pm.. Dan belum pernah jugak dilaungkan selepas jam 2.00 pm.. So, 1.00 - 2.00 pm ialah 'lunch break' time.. Kenapa tak nak solat Zohor dalam masa tu? Alasannya mestilah sebab masa tu nak pergi makan.. Skema jawapan ni mungkin dipelejari dari mazhab Ayah Pin.. Bukan ke mengikut Islam solat itu paling afdhal dilakukan di awal waktu? Yang sibuk sangat nak pergi makan tu kenapa? Bawak bekal la.. Tak pun diet2 la sikit.. Pekerja2 ofis ni (especially pompuan) kebanyakannya pun size dah macam lori tangki.. Rasanya kalau tak makan 30 hari pun lemak2 yang terkumpul kat perut tu boleh cover tak mati.. Lagipun dari pagi kerja diorang memang makan & minum pun.. Kat laci meja diorang penuh dengan Nescafe 3 in 1, Maggi cup, roti, kerepek, rempeyek, kacang, asam, gula2.. Tak cukup2 lagi ke makan tu? Jangan la ikutkan sangat nafsu perut korang.. Ada fakir miskin yang dapat makan cuma 3 hari sekali.. Korang makan tak berenti apa salahnya lunch hour korang digunakan untuk solat Zohor?



Walaupun lunch hour diorang bermula jam 1.00 pm, kalau kita datang jam 11.00 am pun belum tentu ada orang.. Mana diorang pegi? Ambik anak sekolah la jawapannya.. Anak balik sekolah jam 1.00 pm.. Kalau tadika jam 11.00 am dah keluar.. So yang mak bapak konon bertanggungjawab ni akan keluar tinggalkan amanah kerja dia untuk menunaikan tugas ambik anak balik sekolah.. 1 jam setengah yang amanah kerja yang mak bapak abaikan bersamaan jugak 1 jam setengah duit gaji tak halal diberi makan pada anak.. Bila anak jadi kurang ajar, belajar bodoh & degil, mula la mak bapak menggelabah.. Tapi dari mana datang sifat2 buruk anak tu, kalau bukan dari punca rezeki shubhah yang disumbat kat mulut diorang oleh mak bapak sendiri..

Pekerja2 kat pejabat ni jugak nampak macam style & berduit.. Walhal mereka sebenarnya jauh lebih sengkek dari Indon kerja gaul simen atau Bangla kerja tukang sapu.. Buktinya, diorang ni terlalu banyak buat side income.. Orang kalau gaji cukup takkan ada cari2 side income.. Dalam ofis ada bermacam2 tauke.. Tauke jual kerepek, tauke kain, tauke barang makeup, tauke pinggan mangkuk, tauke MLM, tauke ubat2 supplement, tauke barang2 kegunaan wanita.. Kalau rasa diri tu dah pandai sangat berbisnes, berenti kerja la.. Beribu2 orang lain yang nak bekerja, yang ada kebolehan bekerja tapi tak dapat peluang kerja.. Lantak korang la kalau lepas waktu kerja korang nak buat part time jual burger ke, bawak teksi ke, jadi mak atau bapak ayam pun takpe.. Tapi waktu kerja yang korang dibayar gaji tak payah la nak berbisnes..

Kadang2 aku terpikir jugak.. Gaji diorang duk dalam ofis ni tak cukup ke? Rasanya dalam pejabat2 ni gaji semua boleh tahan tinggi.. Bila aku perhatikan cara hidup diorang, baru aku paham kenapa gaji tak cukup.. Semuanya sebab tak tau diri.. Lupa daratan.. Kerja kerani cabuk tapi handbag Gucci, kasut pulak Prada.. Tengok kereta pun ada yang pakai Honda Accord walaupun pangkat tak seberapa.. Kad kredit pulak berkeping2 sampai boleh ganti daun terup buat main Blackjack.. Balance gaji tiap2 bulan lepas tolak hutang tinggal la RM122.30.. Macam mana nak hidup sebulan dengan balance gaji macam tu? Tu yang terpaksa buat side income banyak2.. Punca bala di pejabat2 ni ialah sifat tak sadar diri..

Tujuan diorang ni bekerja di pejabat2 bukan sebab diorang berniat nak cari rezeki halal atau minat nak bekerja.. Tapi kerja2 di pejabat ni cumalah satu batu loncatan untuk dapatkan slip gaji tetap tiap2 bulan & pengesahan majikan yang valid di bank untuk dijadikan modal personal loan, credit card, loan beli kereta & rumah.. Lagipun bank cuma perlukan dokumen.. Takde sapa yang akan soal tentang kerja dia tu dilakukan dengan amanah atau tak.. Dia lupa kewujudan malaikat Atid & Raqib yang sentiasa menulis segala apa yang dia lakukan.. Dia lupa 2 orang 'bouncer' di alam barzakh yang nak menyoal.. Dia lupa wujudnya hari pembalasan.. Yang diorang tau, hidup nak senang (walaupun hakikatnya tak senang)..

Patutnya jabatan2 & syarikat2 swasta yang ada nama kasi buang tanpa notis pekerja2 tak berfaedah camni.. Bikin buruk nama company je.. Bila company clear payment lambat, orang akan cakap company tu lambat bayar atau takde duit.. Walhal company dah cukup kaya dah.. Tapi sebab pekerja2 yang suwey ni disimpan, kerja pun berjalan slow.. Bila kerja slow company jugak yang dicaci maki orang.. Orang tak kutuk individual yang buat kerja slow tu tapi seluruh syarikat atau jabatan kena cop SLOW.. Sebelum suwey golongan2 slow ni bawak bala dalam company, baik buat kerja 'pembersihan besar-besaran'.. Masa tu mesti dengar macam2 rayuan dari golongan pemalas ni.. Anak ramai la.. Hutang banyak la.. Masa tu ingat pulak dia tanggungjawab.. Masa ada kerja disia2kan.. Pedulikan saja.. Binatang pun pandai beranak dan pandai kasi makan anak dia.. Takkan manusia yang ada akal fikiran ni tak reti nak kasi makan anak? Kalau dia sedar tanggungjawab dia pada anak tentulah dia berusaha kasi anak dia makan yang halal.. Bukan kasi makan gaji buta hasil kerja curi tulang.. Diorang tak paham kenapa orang tua2 kita dulu buat istilah "Kerja Curi Tulang".. Cuba pikir balik, sapa yang selalu curi tulang? Senang je jawapannya.. Anjing la yang suka curi tulang sebab tulang memang makanan anjing.. Bila disamakan dengan anjing mesti dia melenting macam kambing kena simbah air.. Tapi dia jugak yang buat perumpamaan tu jatuh kat muka sendiri..

Salah satu teka-teki Imam Ghazali untuk murid2nya:

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? " 
Murid 1 = " Baja " 
Murid 2 = " Besi " 
Murid 3 = " Gajah " 
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 





No comments:

Post a Comment