Total Pageviews

Thursday 23 June 2011

Mythbusters Filem Melayu

Topic hari ni adalah kerana aku terpengaruh dengan siri Mythbuster.. Sapa tak tau apa itu Mythbuster, boleh rujuk di sini Tugas2 group Mythbuster ni, diorang buat ujian pada cerita2 yang selalu dipercayai orang ramai, sama ada cerita itu betul & boleh dipercayai atau tak..

Kenapa tajuk hari ni Mythbuster Filem Melayu? Sebab aku dah bosan dengan kebodohan filem2 Melayu hari ini.. Semakin hari semakin merepek.. Ada la jugak 2-3 filem yang bagus & boleh masuk kepala tapi kebanyakan yang lain cuma sampah & nonsense.. Full of bullshit.. Kenapa filem Melayu semakin hari semakin buruk? Secara jujur, sebab penerbit filem2 Melayu hanya pikir pasal untung & duit saja.. Sebab tu diorang anggap masyarakat Melayu ni suka dengan benda2 lagha yang melalaikan.. Trust me, apa yang ada dalam kepala penerbit filem Melayu, diorang bukan peduli pun pasal kualiti filem.. Diorang cuma harap ada ramai orang2 bodoh kat negara ni yang suka cerita2 sampah & harap untuk mendapat untung hasil memperbodohkan orang..

Kat sini aku bagi 7 mitos paling famous atau dongeng rakyat yang amat dipercayai oleh penerbit2 filem Melayu.. Aku tak buat ujikaji lengkap macam geng Mythbuster tapi ada la bukti sokongan pada apa yang aku post..

Dongeng Rakyat No. 1: Adegan Lucah/Sex/Ranjang Menjamin Kutipan Yang Tinggi

Dongeng ni memang 100% dipercayai oleh penggiat seni di Malaysia.. Tambahan pulak dengan sokongan dari surat khabar macam Harian Metro yang seringkali mencetak berita rogol atau berita sex pada muka depan.. Modal utama untuk jadi pelakon bukanlah bakat tapi kesanggupan melakonkan adegan2 berbau sex kelas rendah..

Hakikatnya:

Bukan semua orang gila sex.. Dalam arena filem antarabangsa, filem2 berunsur sex bukanlah filem2 yang diiktiraf jika jalan ceritanya macam najis.. Kutipannya tak tinggi mana.. Kebanyakannya filem lawak murahan..
Kita tengok pulak filem Harry Potter.. Jalan ceritanya langsung takde berbau lucah.. Kisah budak2 yang nak belajar sihir je.. Malahan sepanjang filem Harry Potter, dari siri pertama sampai yang terbaru, semua pelakonnya boleh dikatakan 'jaga aurat' sepanjang dalam filem.. Adegan bukak baju pun takde.. Tapi kutipan box office Harry Potter? Tiap2 siri mesti pecah panggung.. Terbaru, filem Harry Potter and the Deadly Hallows mendapat kutipan USD61.2 juta pada hari pertama tayangan.. Ini membuktikan yang bukan majoriti penonton filem ialah golongan gila sex..

Kesimpulan: Dongeng Rakyat No. 1 - "BUSTED"


Dongeng Rakyat No. 2: Kisah Hidup Orang2 Kaya Menjamin Filem Yang Bermutu

Kalau tengok filem2 Melayu, mesti ada terselit anak2 Dato' atau Tan Sri.. Jarang filem Melayu yang memaparkan kisah orang kampung atau orang2 kebanyakan.. 2 kali 5 jugak dengan filem Indon & Filipino.. Apa pulak bezanya kan, diorang pun masuk rumpun Melayu jugak.. Di arena filem antarabangsa pulak, sangat jarang diorang buat filem melibatkan kisah orang kaya2..

Hakikatnya:

Kisah hidup orang kaya teramatlah membosankan.. Kebanyakan anak2 orang kaya pun bodoh2 belaka.. Mengharapkan pengaruh mak bapak je kalau nak buat apa2.. Filem Slumdog Millionaire arahan Danny Boyle & ditulis oleh Simon Beaufoy mengisahkan kehidupan kanak2 gelandangan miskin di Mumbai.. Dan hasilnya? Slumdog Millionaire dicalonkan 10 kategori dalam Academy Award 2009 & menang 8 daripada 10 pencalonan.. Filem Melayu yang mengisahkan kehidupan anak2 Dato' bila pulak nak masuk pencalonan? Tak payah calonkan la.. Bikin muntah para juri je nanti..

A scene in Slumdog Millionaire

Kesimpulan: Dongeng Rakyat No. 2 - "BUSTED"


Dongeng Rakyat No. 3: Heroin Seksi Menjamin Penonton Yang Ramai

Artis pompuan Melayu semakin hari semakin murah.. Baik yang seksi mahupun yang bertudung tapi telanjang.. Dua2 pun sama tanam niat dalam hati nak menggoda jantan2 gila sex.. Semakin murah artis, semakin sayang para penerbit filem.. Aset untuk melariskan filem katanya..

Wajah2 artis wanita Melayu separuh porno

Hakikatnya:

Tak perlu explain banyak.. Mengikut fakta IMDB (internet movie data base), 10 filem yang mendapat title Top 10 Hollywood Movies of All Time ialah:
1. The Shawshank Redemption
2. The Godfather
3. The Godfather Part II
4. The Good, The Bad & The Ugly
5. Pulp Fiction
6. 12 Angry Men
7. Schindler's List
8. One Flew Over The Cuckoo's Nest
9. Inception
10. The Dark Knight

Dalam 10 filem diatas, cuma Pulp Fiction je yang ada watak pelakon wanita utama (Uma Thurman).. Filem2 lain cuma ada pelakon wanita tambahan.. Tu pun bukan dalam keadaan seksi tak bertempat & mengada2.. Tapi rating untuk filem tetap tinggi & bilangan peminat tetap ramai..

Keputusan: Dongeng Rakyat No. 3 - "BUSTED"


Dongeng Rakyat No. 4: Kisah Kehidupan Moden Menjamin Keuntungan Berganda

Sebab tu la kebanyakan filem Melayu suka meniru filem Barat ala2 moden.. Mesti ada cerita masuk ke kelab2, disertai dengan joget shuffle ala2 siamang.. & yang paling aku benci, filem pasal lumba2 kereta.. Yang tu memang lawak tahap kerajaan langit.. Macam la Malaysia ni negara yang memiliki pelumba2 kereta handal.. Yang ada kedepan pun cuma Alex Yoong si pengisi tempat terbawah perlumbaan.. Tak pun budak2 rempit berlumba haram.. Tapi bukan dengan niat nak jadi pelumba professional.. Niat asal dapat awek seposen dua jadi touch n' go je.. So filem Melayu kisah lumba2 kereta ala2 Too Fast Too Furious ni mengarut & bodoh.. Sekadar nak tunjuk ada pelakon pompuan boleh tayang badan je..

Background filem Melayu terkini plak mesti ada music hip hop takde seni.. Mesti tayang laptop & handphone mahal2 & yang terbaru.. Kereta pulak dalam filem tak nak kalah.. Semua harga setengah juta ke atas..

pelakon2 filem Hooperz - filem khas untuk budak2 baru nak naik yang terkena kejutan budaya

Hakikatnya:

Selagi jalan cerita macam gampang, buat la moden macam mana pun mesti tak laku punya.. Kemodenan dalam filem yang patut dicontohi ialah special effect.. Bukan moden dari segi gaya hidup.. Filem kuno dengan special effect moden lebih bagus dari filem moden dengan special effect kuno.. Filem Lord of The Ring tu kisah lama yang diambil pengarang JRR Tolkien ilham dari kitab Injil.. Bahasa dalam filem tu pun bahasa kuno yang complicated untuk difahami.. Tapi special effect dia memang class.. Boleh buat kita terasa macam betul2 berada kat zaman dulu2.. Filem gaya kuno dengan special effect moden ni ialah filem kedua terlaris pernah dihasilkan di Hollywood selepas Titanic.. Anyway, Titanic pun ialah filem yang memaparkan kisah lama dengan special effect termoden.. Kutipan untuk filem Lord of The Ring Return of The King sahaja ialah USD4.03 billion.. Jumlah yang tak mungkin sesekali mampu dicapai oleh filem melayu moden yang mengisahkan kehidupan anak2 muda yang serba culture shock..


Kesimpulan: Dongeng Rakyat No. 4 - "BUSTED"


Dongeng Rakyat No. 5: Kisah Cinta Menjamin Penonton Tidak Akan Bosan

90% filem Melayu terbahagi kepada 2 kategori.. Kisah cinta atau kisah hantu setan iblis.. Paling mengundang suwey bila kisah cinta itu berlatarkan kisah hidup artis sendiri.. Selalunya penerbit filem akan cari publisiti murahan melalui majalah2 gossip.. Tiap hero & heroin yang berlakon dalam filem yang sama mesti digossipkan.. Nanti ada lah peminat2 bebal yang kata "you orang memang sepadan la".. Disebabkan penerbit filem suka dengar pendapat orang bebal, terhasillah filem2 bermutu rendah yang membosankan..
Mungkin diorang terpengaruh dengan filem2 Hindi yang kebanyakannya kisah cinta.. Tapi filem Bollywood punya kisah cinta tak sama dengan filem Melayu.. Diorang masih ada selitkan kisah2 pengajaran, unsur2 politik & kisah2 jenayah..

9 September - Filem kisah cinta paling buruk pernah ditayangkan

Hakikatnya:

Dunia ni luas la.. Bermacam2 perkara terjadi setiap hari.. Dan filem Melayu tersekat & terikat dengan kisah cinta remaja bodoh? Realistik la sikit hidup tu.. Filem Lassie yang menjadi hit sejak tahun 50an cuma mengisahkan kehidupan seekor anjing.. Takde hero takde heroin dan takde kisah cinta pun.. Tapi boleh diterima ramai.. Malahan di Hollywood, filem kisah cinta selalunya terhad & release sekitar bulan2 terdekat dengan Valentine's Day je.. Tak banyak filem kisah cinta Hollywood yang tahap 'pecah panggung' berbanding kisah2 lain yang lebih membuka minda.. Orang Melayu pun dah maju.. Bukan semua tahap mat bunga atau minah jiwang.. Citarasa filem semakin luas.. Cuma penerbit filem Melayu yang masih duduk dalam tempurung..

Kesimpulan: Dongeng Rakyat No. 5 - "BUSTED"


Dongeng Rakyat No. 6: Hantu Syaitan Iblis Menjamin Kepuasan Penonton

Ini satu lagi dongeng yang menghancurkan filem2 Melayu.. Semuanya bermula dari filem Jepun "The Ring" yang hit the box office pada tahun 2000 dulu.. Sejak tu satu demi satu filem2 hantu setan iblis diterbitkan di bumi Malaysia ni.. Tambahan pulak ada support dari negara jiran Thailand & Indonesia.. Makin menjadi2 hantu setan iblis..

Hakikatnya:

Hollywood ada menerbitkan filem2 macam ni.. Tapi tak la laris mana pun.. Itu pun sekadar pop corn movie sahaja.. Kebanyakannya lebih kepada kisah pembunuh psycho.... Filem2 Melayu yang memuja2 setan iblis ni memberi effect yang sangat2 negatif pada penonton.. Seolah2 unsur2 syirik dibangga2kan.. Bila dah jalan cerita pun pasal setan iblis, watak bomoh pemuja syaitan pun mesti diletak jadi hero.. Kalo bangga sangat dengan setan iblis lu pegi menganut agama Majusi la.. Diorang memang sembah api & setan iblis ni.. Orang Melayu memang mudah percaya benda2 tahyul & mistik ni.. Ditambah pulak dengan filem2 yang menyokong ilmu2 hitam.. Makin bertambah syirik lah jawabnya.. Bila Dr. Harun Din bercerita tentang jin semua tak suka dengar.. Tapi bila filem Melayu tak habis2 memuja iblis suka pulak diorang tengok..
Yang mengherankan kutipan filem2 hantu setan iblis ni tak la banyak mana pun.. Cuma satu dua je yang 'pecah panggung'.. Tu pun sebab ditambah unsur2 lawak jenaka & bukan kisah tahyul semata2..

Kesimpulan: Dongeng Rakyat No. 6 - "BUSTED"


Dongeng Rakyat No. 7: Pelakon Kacukan Orang Putih Menjamin Lakonan Yang Bertaraf Antarabangsa

Kat Malaysia ni, sapa kahwin dengan orang putih, tak payah tertanya2 la anak dah besar esok jadi apa.. Confirm jadi pelakon..  Berdarah kacukan orang putih ni merupakan satu batu loncatan paling mudah untuk menceburkan diri dalam bidang perfileman di Malaysia.. Lebih2 lagi kalau nama belakang ada macam orang putih.. Lagi laris.. Bakat boleh tolak tepi..

Hakikatnya:

Industri filem Barat banyak mengundang artis2 dari Asia berlakon dalam filem2 diorang.. Bagi penerbit filem Melayu, wajah orang putih menjadi rebutan.. Tapi bagi penerbit filem orang putih pulak, wajah orang Asia ada value tersendiri.. Pelakon2 international macam Zhang Ziyi, Aishwarya Rai & Bai Ling boleh masuk ke pasaran Hollywood dengan wajah Asia original.. Tapi pelakon Malaysia yang berwajah kacukan orang putih? Mintak maaf la.. Hollywood tak terima orang tak berbakat..

Sebelah kiri: Zhang Ziyi - pelakon berwajah Asia tulen yang laris di Hollywood
Sebelah kanan: Juliana Evans - artis Malaysia berwajah kacukan orang putih yang lakonannya kaku & tahap suam2 kuku

Kesimpulan: Dongeng Rakyat No. 7 - "BUSTED"


Sampai bila lah agaknya para karyawan filem Melayu ni nak terbangun dari mimpi buruk & berpijak di bumi nyata? Sepatutnya dunia filem semakin hari semakin maju.. Tapi dunia filem Malaysia semakin hari semakin ketinggalan zaman & semakin sempit.. Tak boleh ke ambik contoh dari filem2 hitam putih tahun 60an yang tetap diminati & ditunggu2 walaupun dah tengok berulang2 kali? Adakah karyawan filem sekarang terlalu bodoh atau terlalu gilakan duit? Adakah artis sekarang juga terlalu beku otaknya?




Artis Melayu tak laku yang seksi tak bertempat dengan beruk seksi.. Ada persamaan kan antara mereka?

4 comments:

  1. hahahaha...jon cik suka tgk mythbusters. tak sangka ko buat versi filem pulak. seriusly la cik tak tengok citer melayu ni. citer org kaya2 la pastu wajib ade part makan2...hahaha...nmpak sangat org melayu kuat makan

    tak review pasal citer dr cendawan ke? hahahahha

    pssstttt...kelas la gamba yg last sekali tu...

    ReplyDelete
  2. minat tengok misai jamie hynemann.. ahaks! DDR pnya story ada.. pasal ubat kurus tapi.. sedang dlm tesis..

    ReplyDelete
  3. Resepi Filem Melayu Untuk Pencapaian Box Office:-

    1. Buat filem ikut trend semasa (Ada musim Rempit, Hantu, Samseng)....pastikan ikut trend ikut kebarangkalian Box Office yang tinggi

    2. Ambik pelakon yang tengah meletop macam LISA SURIHANI kuikuikui & pelajar AF yang baru "graduate" sbg hero @ heroin

    3. Selitkan unsur komedi, nyanyian & "REMPIT"an yg mmg akan menarik geng2 mat rempit & pengundi2 setia AF ke panggung

    4. Pastikan jalan cerita simple yang mungkin sbb penonton yang ke panggung malas nak berpikir & kebanyakkan yg masuk pawagam sbb nak buat wayang je kuikuikui

    5. Pastikan modal filem ciput je.....kalau boleh pelakon bawak baju sendiri dari rumah @_@

    mmg kompom takkan BUSTED utk cecah BOX OFFICE kuikuikui

    ReplyDelete
  4. aku paling suka item no. 5 Hampehs Sungguh..

    ReplyDelete