Total Pageviews

Sunday 5 June 2011

Promoter Oh! Promoter


Gambar di atas ni ialah seorang Indonesian artis Dewi Sandra.. Apa yang aku nak ceritakan takde kena mengena pun dengan beliau.. Cuma aku memang minat tengok muka dia.. For Asian women, aku boleh kata dia ni memang cantik.. Apa yang aku nak isukan kat sini ialah pasal Promoter produk2 kecantikan.. Baik alat makeup, product rambut atau body shape, jarang2 sekali aku jumpa promoter yang ada kredibiliti untuk meyakinkan pembeli.. Bukanlah harap diorang tu secantik Dewi Sandra, tapi sekurang2nya biarlah berpatutan dengan barang yang dijual..

Aku pun tak pasti dalam isu Promoter product kecantikan yang tak cantik ni sebenarnya atas kebodohan siapa.. Mungkin company yang punya product terlalu bodoh sehingga ambik nyonya tua rambut macam sabut kelapa jadi promoter shampoo? Atau berlaku "Nepotism" dimana tauke terpaksa ambik anak saudaranya yang kulit macam orang minyak jadi promoter product putihkan kulit kerana tak nak bertekak dengan saudara sendiri? Ada banyak kemungkinan kebodohan yang berlaku kat sini.. Tapi kita sebagai pembeli jadi mangsa kebodohan yang tak pasal2..

Mungkin kita dah terlalu masak dengan ayat propaganda ayat bodoh yang orang putih cipta iaitu "Don't judge a book by it's cover".. Well, kepala hotak orang putih ni pun tak betul juga.. A book is supposed to be judge by it's cover.. Kalau tak tengok cover, macam mana nak tau siapa penulisnya, apa tajuknya & berapa harganya? Yes, you don't have to look like Miss Universe to become a sales promoter, tapi sekurangnya biarlah bertepatan dengan barang yang dijual.. Aku dah banyak kali jumpa promoter2 berciri2 macam ni:

1. Promoter ubat jerawat yang muka dia penuh jerawat macam batu kat landasan keretapi
2. Promoter krim anti penuaan yang selalunya nyonya atau makcik yang muka dah menggelebeh macam bulldog
3. Promoter shampoo yang rambutnya macam rumpun serai
4. Promoter corset yang badannya kalau letak sebelah gajah tak boleh nak beza
5. Promoter susu yang bongkok sabut macam takde tulang

Ada banyak lagi jenis promoter2 kokak ni.. Itu baru yang kat supermarket.. Belum kira masuk kedai2 jamu lagi.. Ada sorang kakak ni yang aku kenal memang meniaga jamu.. Bila dia promote barang2 dia, dia mesti guna ayat "akak dah pakai memang bagus, suami akak suka".. Ye la kakak oi.. mungkin suami kakak tu gila atau buta atau ada masalah mental.. Apa yang kakak ni cakap bertentangan sekali 100% dengan sifat2 fizikal dia..

Kebodohan nyata ni tak terhad di kalangan perempuan je.. Promoter lelaki pun sama jugak bodohnya.. Selalunya promoter lelaki ni jual barang untuk keperluan lelaki.. To be more open, sex related items la.. Dan selalu jugak guna ayat "ubat ni memang bagus, bini abang suka abang pakai".. Betul ke? Ada sekali tu aku sanggup tunggu semata2 nak tengok bini dia rupa macam mana.. Sekali bini dia datang aku rasa nak pitam.. Aku agak jangan kata dia makan ubat tu, kalau dia makan pil kuda 30 bijik tambah heroin 10 gram tambah minum tapai 3 baldi belum tentu ada 'selera' tengok bini dia sendiri.. Promoter2 camni dah la bodoh, dia ingat orang lain pun sama bodoh dengan dia boleh percaya bulat2 apa dia cakap.. Orang yang promoter2 ni paling benci ialah orang2 macam aku yang suka berfikir pakai logik akal..

Tak cukup2 kita diperbodohkan iklan2 pembohong kat TV, suratkabo & majalah, kita diperbodohkan pulak oleh promoter2 tak bertauliah.. Company2 besar yg international standard sepatutnya tak boleh pandang remeh benda2 ni.. Kalau setakat nak jadi sales assistant je lantak la takde personality pun.. Tapi kalau nak promote product2 kecantikan biar la orang yang cantik & personaliti menarik.. Sekarang ni aku tengok makcik cleaner lagi cantik dari promoter makeup.. Betul punya kebodohan tahap maksima.. Dah lah menyemak, kita nak beli barang lain disuruh beli yang lain.. Kebodohan mereka menjadi satu bebanan pulak untuk kita sebagai pengguna..

Korang penah jumpa tak promoter alat makeup macam ni? Dengan potensi pelanggan yang mudah diperbodohkan, mungkin pengeluar product kecantikan nak jimatkan kos dengan ambik monyet bekerja.. My advice, don't be stupid.. Jadilah pengguna yang bijak.. Beli barang apa yang kita nak, bukan apa yang dicadangkan oleh promoter yang tidak layak..


No comments:

Post a Comment