Total Pageviews

Wednesday 27 July 2011

Kiamat Itu Dekat

Hari ni, aku nak bercerita tentang Rukun Iman yang ke-5 iaitu "percaya kepada Hari Kiamat".. Hari Kiamat atau Hari Pembalasan atau Hari Kehancuran segala isi langit & bumi pasti akan tiba.. Wajib dipercaya yang ia akan terjadi juga satu hari nanti.. Banyak gambaran2 tentang Hari Kiamat yang boleh dibaca dalam Al Quran & Hadith2 Rasulullah S.A.W.. Menurut kata2 Rasulullah, hanya Allah S.W.T. saja yang tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku.. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, kita disuapkan dengan cerita2 yang kononnya Hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Disember 2012.. Apa yang lebih mengesalkan, ramai umat Islam terpedaya dengan cerita ni & banyak juga yang mula membuat kajian tentang bila berlakunya Hari Kiamat..


Actually, cerita pasal kiamat 2012 ni aku dah dengar jugak lebih kurang 15 tahun yang lepas.. Tapi sejak ditayangkan filem 2012, cerita ni semakin menjadi2 tersebarnya.. Ye la kan, 15 tahun lepas, internet belum famous.. Ruangan blog belum ada, Facebook & Twitter pun belum ada.. Idea tentang kiamat 2012 ni dicedok dari B'ak'tun 13 iaitu satu pusingan kalendar Mesoamerica yang diramal oleh puak Maya purba di Amerika Selatan.. Dalam B'ak'tun 13 ni, kitaran kalendar selama 5,125 tahun digambarkan berakhir pada 21 Disember 2012.. Mungkin menjadi persoalan, macam mana para saintis yang bijak pandai boleh percaya pada ramalan puak Maya purba ni? Sebenarnya, puak Maya ni merupakan satu bangsa terulung yang mempunyai  ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dalam bidang seni, senibina, matematik & astronomi.. Menurut pengkaji sejarah, 2000 tahun sebelum Masihi, kota2 binaan puak Maya ni merupakan yang terhebat & termoden pada zamannya.. Diorang ni ada ilmu pengetahuan astronomi yang memang hebat sehingga diorang mampu mencerap bintang2 di langit & membuat ramalan tentang fenomena di bumi.. Hampir semua ramalan yang diorang buat berkenaan fenomena cuaca & kejadian bencana alam di bumi ni benar2 berlaku.. Sebab itulah ada para pengkaji yang membuat adaian kiamat akan berlaku pada tahun 2012 kerana pusingan B'ak'tun 13 berakhir pada tahun tersebut..



Aku taklah heran sangat kalau ada saintis Barat yang berfahaman atheist percaya pada ramalan2 macam ni.. Tapi yang aku heran, orang2 Melayu di Malaysia ni pun dah mula mengkaji pasal hubungkait 2012 dengan kiamat.. Lebih2 lagi, sejak siri The Arrival terbitan Abdullah Hashem (Hashemfilms) mula menjadi bualan & bahan rujukan anak2 Melayu ni.. Bukanlah aku salahkan siri The Arrival.. Malahan, aku berterima kasih & mengucapkan setinggi2 tahniah pada Hashemfilms kerana siri dokumentari yang mereka terbitkan tu telah berjaya membuka mata & minda ramai orang terhadap konspirasi2 terancang.. Tapi kebanyakan orang tak pandai menapis maklumat.. Minat diorang terhadap konspirasi telah membuka satu landasan ke arah menjadi golongan musyrikin bila diorang mula mengkaji tentang bila terjadinya kiamat..

Antara isu2 yang aku rasa boleh merosakkan akidah adalah:

#1: Mencari Imam Mahdi
Imam Mahdi merupakan seorang tokoh Islam yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan muncul bila hampirnya kiamat.. Tapi banyak percanggahan pendapat tentang hadith2 yang berkaitan dengan Imam Mahdi.. Golongan paling extreme pasal Imam Mahdi ni sebenarnya ialah puak Syiah sebab diorang percaya Imam Mahdi tu ialah dari kaum diorang..Tapi kat Malaysia ni pun tak kurang juga extremenya.. Sesetengah blog yang aku baca sampai ada yang mengatakan Imam Mahdi tu orang Melayu yang akan muncul dari Asia Tenggara.. Macam mana diorang dapat idea ni aku pun tak tau.. Ada jugak yang kata Imam Mahdi orang Kelantan.. Nak tergelak pun ada, nak menangis pun ada.. Andai hadith mengenai Imam Mahdi tu sahih, percaya sajalah yang orangnya akan muncul.. Buat apa nak meramal siapa dia? Buat apa nak meramal bila dia lahir, di mana asalnya & dimana dia akan muncul? Benda yang wajib tak nak belajar tapi benda yang tak perlu susah payah pulak nak dikaji..

#2: Meramal Perang Akhir Zaman
Isu ni pun banyak jugak terdapat dalam blog2 konspirasi.. Sibuk nak meramal sama ada perang akhir zaman tu pakai senjata moden atau dengan kuda & pedang.. Ada pulak yang sibuk mengkaji perihal Nabi Isa A.S. tentang bagaimana Baginda nak handle perang akhir zaman nanti.. Diorang ni ingat Nabi Isa tu diturunkan dengan akal fikiran standard orang kebanyakan ke? Dah tentulah dia tu Nabi.. Kedudukannya di sisi Allah lebih tinggi dari kita yang takde taraf ni.. Jadi tak payahlah susah payah nak pikirkan taktik perang apa yang baginda akan gunakan dalam perang akhir zaman nanti.. Kita wajib percaya saja yang dia akan turun semula ke bumi.. Tak payah la susah2 nak kaji bila & bagaimana.. Kalau umur kita sampai, dapatlah tengok.. Kalau umur tak sampai, bersyukur ajelah sebab kita tak perlu menghadapi perang akhir zaman..


#3: Mengakaji Bible
Baca kitab suci Al Quran masih tergagap2.. Sebaris sehari belum tentu boleh buat.. Tapi ada hati nak baca Bible & mengkaji ramalan2 berkenaan hari kiamat berpandukan Bible.. Okay, dalam Bible memang ada gambaran2 tentang hari kiamat tapi diceritakan dalam ayat2 yang sangat rhetorical sehingga susah untuk difahami.. Tapi kesahihan Bible itu sendiri amat diragui kerana terlalu banyak versi2 yang diubahsuai.. Jumlah yang diketahui saja ada lebih kurang 26 ribu versi.. Maklumat dalam Bible pun banyak dah dicemari oleh puak2 kafir.. Lagipun Bible yang ada sekarang ni bukanlah kitab asal Injil yang diturunkan pada Nabi Isa A.S.. So, kalau nak mengkaji hari kiamat, kaji sajalah berdasarkan Al Quran & Hadith.. Tak perlulah nak cari benda2 yang diluar jangkauan pengetahuan kita kerana kita tidak diwajibkan mempelajarinya..

#4: Menjadi Pakar Kaji Bintang & UFO
Sejak cerita tentang kiamat 2012 digembar-gemburkan, banyak jugak la 'saintis' Melayu yang mula menulis nota, blog & menyebar cerita tentang kajian bintang & planet2.. Tak ketinggalan jugak para penyiasat X-Files tempatan yang mula membuat kajian 'copy & paste' pasal UFO & makhluk asing.. Si penulis ni pulak bukanlah pakar dalam bidang astronomi pun.. Subjek sains tingkatan tiga dulu pun dapat C- je.. Tapi bila dah banyak sangat baca pasal teori konspirasi, dia pun jadi perasan pandai menghitung pergerakan bintang2 kat langit tu.. Ditambah pulak dengan pengaruh filem2 Hollywood untuk kanak2 macam Transformers, ET & X-Men.. Makin berkobar2 la semangat orang perasan pandai ni dalam usaha membuat kajian tentang hidupan di luar planet bumi.. Dalam hadith & Al Quran dah disebutkan 10 tanda2 besar sebelum terjadinya kiamat.. Tengok sekeliling sudah.. Ada ke tanda2 besar tu? Kalau tak ada, cepat2lah bertaubat sebelum ianya ada.. Tak payah susah payah nak kaji bintang2 yang jauh tu.. Kalau nak baca pun, cukuplah sekadar jadi pengetahuan tambahan untuk mensyukuri kejadian alam.. Bukan untuk mengkaji & mengaitkan kedudukan bintang dengan hari kiamat..

#5: Mencari Dajjal Laknatullah
Lagi satu yang bertaburan dalam blog2 tempatan ni ialah pasal Dajjal.. Ramai pulak yang tetiba kenal Dajjal ni.. Boleh pulak agak rupa dia macam mana, siap bagi gambaran fizikal lagi.. Nabi Muhammad S.A.W. cuma bagi sedikit saja gambaran antaranya seperti buta sebelah matanya & di antara dua matanya tertulis perkataan "Kafir".. Tapi si pengkaji2 tarikh kiamat ni pulak bercerita tentang Dajjal macam la Dajjal tu duduk sebelah rumah dia.. Ada pulak yang siap mengaku dia dah berbual dengan orang2 Vatican & orang2 Vatican dah beritahu dia kat mana lokasi Dajjal.. Haprak betul la penulis macam ni.. Macam mana dia ingat ada orang akan percaya pun aku tak tau la.. Kalau nak tengok 'maharaja lawak' internet, sila klik di sini..


My advice, tak payah la susah payah nak kaji2 tarikh kiamat ni.. Setiap orang akan rasa jugak kiamat.. Kalau tak rasa kiamat besar, mati tu pun kiamat juga.. Kita orang Islam kan ada Al Quran & Sunnah Rasulullah.. Yang percaya & terikut2 agenda kapir tu kenapa? Tak pasal2 akidah rosak, hidup dalam ketakutan, lupa amal ibadat.. Laksanakan je la tanggungjawab kita sebagai manusia.. Rumah tangga kita, keluarga kita, akhlak & moral kita, budaya politik kita semuanya masih pincang lagi & terlalu banyak perlu diperbetulkan.. Jangan sampai terlalu taksub jadi pengkaji tarikh kiamat, sampai lupa pulak persediaan nak ke alam sana tu.. Benda yang besar2 & diluar jangkauan akal, biarlah jadi ketentuan Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment