Total Pageviews

Thursday 14 July 2011

Cari Kerja

Aku teringat satu hari lebih kurang 2 tahun yang lepas, aku jalan2 cari DVD pirate.. Masa tengah pilih2 CD tu, aku tanya kat budak jual CD tu, "cerita lama2 yang bagus2 ada?".. So, dia suggest kat aku beberapa CD antaranya Road To Predition, The Aviator, The Shawshank Redemption & Catch Me If You Can.. So, berdasarkan tajuk2 filem yang dia suggest kat aku, aku rasa budak ni mesti masa sekolah dulu belajar pandai.. Ye la, kalo orang suggest kat aku cerita jiwang bodoh lakonan Fasha tersandar, aku dapat agak IQ orang tu tahap macam mana.. Tapi kalau dia suggest filem2 yang perlukan otak untuk ditonton, aku boleh agak IQ orang tu agak pintar jugak.. So, aku bertanya pada budak penjual CD tu, "kamu ni mesti sekolah result bagus kan? Kenapa kerja kat sini?".. Dia jawab balik pada aku, "saya tengah cari kerja yang permanent.. tapi dah dekat 6 bulan satu pun tak lekat".. Menurutnya lagi, dia ada ijazah dalam bidang automitive.. Sedih jugak tengok seorang pemegang ijazah terpaksa buat kerja2 biasa sedangkan kelayakan dia jauh lebih baik dari tu..

Sebenarnya, apa yang dia alami tu, aku pun pernah alami juga.. Seseorang yang bukan dilahirkan sebagai anak orang berpengaruh memang sukar untuk cari kerja yang sesuai walaupun kelayakan melebihi dari cukup.. Di Malaysia khususnya, ruang mencari pekerjaan adalah sangat terhad & terbatas.. 'Diserikan' lagi dengan unsur2 nepotisme, kronisme & racisme.. Ditambah pulak dengan pengiklanan jawatan kosong yang rata2 hanya menipu.. Kebanyakan jawatan kosong yang diiklankan dalam akhbar mahupun website2 tertentu ialah cuma sebagai satu cover untuk menutup unsur2 nepotisme & kronisme.. Dalam bab racisme, kebanyakan iklan adalah 'jujur'.. Mereka cuma nak satu bangsa saja yang mengisi kekosongan jawatan di tempat mereka.. Kalau ada pun 'jawatan' yang tidak mengenal bangsa & keturunan, itu cumalah iklan2 scam dari company2 direct selling & MLM.. Kerja2 yang dimaksudkan cumalah jual buku dari meja ke meja ataupun jual produk2 mengarut yang tak berguna sesen pun..

Kelulusan yang tinggi dalam bidang akademik langsung tidak menjamin apa2.. Sijil2 yang diperolehi sama saja standardnya macam kertas bungkus roti canai.. Tak ada harga apa sangat pun.. Anyway, sijil2 aku sendiri pun sekarang ni cuma jadi simpanan dalam file je.. Entahlah nak buat apa.. Mungkin untuk tunjuk kat anak2 satu hari nanti kot.. Bukan aku nak kata pendidikan itu tak penting.. Sudah tentulah ilmu & pendidikan itu sangat2 penting.. Cuma jika ada yang menuntut ilmu kerana sijil2 akademik dengan mengharapkan sijil2 itu akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan, mereka benar2 silap.. Jadi, janganlah heran sangat kalau kita masuk ke mana2 kedai, pejabat atau kilang, kebanyakan orang2 bodoh berIQ rendah duduk di depan.. Mereka sememangnya tidak layak bekerja pun.. Tapi sebab mak bapak, abang, kakak atau pak sedara dia ada kait mengait dengan orang2 tertentu, dapatlah dia pekerjaan tu..

Hari ni, aku selak2 website http://www.jobstreet.com.my/ saja2 nak tengok macam mana rupa iklan2 kerja kosong yang ada sekarang ni.. Hasil pemerhatian aku cukup mengecewakan.. Ada jugak company2 besar yang buat iklan macam budak sekolah belum baligh.. Cukup ketara unsur2 racisme & unsur2 menipu dalam iklan..


Iklan diatas ni, satu iklan untuk jawatan "Education Counselor".. Aku pun tak paham kenapa jawatan Education Counselor perlukan Chinese spoken person? Adakah di institusi tu semuanya Cina?


Iklan yang kat atas ni pulak, aku tengok job responsibilities dia takde kena mengena pun dengan bahasa Mandarin.. Why Chinese spoken candidate is required then?
 

Yang ni pun lagi satu bodoh gila.. Fresh graduate encouraged to apply tapi nak sekurang2nya pengalaman setahun dalam industri berkaitan? Baik tak payah offer pada fresh graduates.. Dah namanya orang baru graduated mana dia ada pengalaman bekerja sampai setahun? Kalau ada pun mungkin bukan di industri yang sama.. Inilah salah satu contoh iklan penipu.. Iklan2 camni sebenarnya dibuat untuk cover racism & nepotism dalam company.. Sebenarnya, dia dah ada standby candidate untuk jawatan2 ni iaitu anak2 sedara dia, anak kawan2 dia & orang2 yang dia kenal.. Tapi company ni tak nak dituduh mengamalkan nepotisme & racisme, so dia keluarkan iklan seolah2 dia dah cari orang2 yang betul layak bekerja..

Bila seorang fresh graduate gagal cari kerja, akan mula timbul company2 (selalunya direct selling atau MLM) yang akan menjerat graduate2 ini untuk dijadikan mangsa.. Ye la.. Syarikat2 camni selalu menipu dengan memberi harapan palsu.. Potensi pendapat 5 angka sebulan lah, berpeluang jadi bos lah, berpeluang ada bisnes sendiri lah.. Seorang fresh graduate yang masih belum berapa nak paham selok-belok dunia yang penuh kebohongan ni pasti mudah dipengaruhi.. Kesian diorang.. Sudah jatuh kepala ditimpa taik lembu pulak.. Nak mintak kerja dengan jabatan kerajaan, tempoh menunggu pun lama.. Itu pun belum tentu dapat sebab amalan nepotisme pun turut diamalkan dalam jabatan2 kerajaan.. Pergilah mana2 jabatan kerajaan pun, tanya setiap orang yang bekerja kat situ.. 98% peratus dari penjawat awam yang ada sekarang mak bapak atau mak bapak sedara atau abang kakak dia mesti penjawat awam jugak.. Semua ni mesti berhubung kait.. Kalau isi borang SPA untuk jawatan kakitangan awam tu secara online, harap tunggu jawapan, memang bertahun2 menunggu la jawabnya.. Tu pun jawapan belum tentu positif.. Tapi kalau ada 'connection', kejap je boleh dapat..

Jadi, apakah solusi bagi fresh graduates yang sedang cari kerja, yang takde 'connection' & 'cable' yang kuat? My advice, lebih baik mula dengan buat kerja kasar dulu, cari pengalaman baru mintak kerja yang lebih baik atau mulakan perniagaan sendiri bila ada modal.. Kadang2 graduates ni pun terlalu memilih kerja.. Pada pendapat diorang, dengan Diploma atau Ijazah, takkan nak kerja pam minyak atau gaul simen.. Sebenarnya, kerja kasar ini lah permulaan terbaik.. Diorang boleh paham susah payah cari duit & dapat menimba macam2 pengalaman.. Lebih baik dari mengharap bulan jatuh ke riba..

Sedikit Tips Cara2 Menapis Iklan Cari Kerja

  • Iklan yang ada tulis "Chinese spoken" atau "Required language: Chinese" sebenarnya takkan menerima orang Melayu atau India yang pandai cakap Cina.. Diorang memang nak orang Cina yang bekerja.. So, tak payah buang masa apply jika anda bukan orang Cina.. 
  • Iklan yang ada tulis "Bumiputra only" bukan maksudkan semua Bumiputra termasuk orang asli atau orang dari Sabah & Sarawak.. Mereka sebenarnya cuma nak orang Melayu yang kalau boleh ada kaitan saudara mara atau kawan2 mereka.. So, another Bumiputra, jangan buang masa apply..
  • Iklan yang ada tulis "must posses own transport" bermaksud company ni memerlukan anda berjalan jauh buat sales menggunakan kenderaan sendiri & gaji bergantung pada komisyen sales..
  • Iklan yang ada tulis "management trainee" atau "pelatih pengurusan" bermakna anda akan disuruh jual kalendar kat stesen minyak atau depan bank, jual buku meja ke meja kat kedai makan atau jual stokin kat R&R highway.. Lebih baik jangan sesekali cuba apply.. 
  • Iklan yang letak jawatan "consultant" tapi tak letak nama company, itu ialah iklan MLM.. Jangan sesekali apply & cuba2 call.. 
  • Iklan yang tulis "fresh graduates are encouraged to apply" tapi pada masa yang sama letak "at least 2 years experience in related field" maknanya jawatan tersebut hanya temberang.. Boleh cuba apply tapi jawapan masa interview hanyalah "we will call you".. Jawatan tersebut telah direserved untuk sedara mara diorang..
  • Iklan yang mintak sertakan "resume with photo" maknanya dia nak orang yang memohon tu tak cantik.. Sebab diorang jenis yang berfikir kalau orang yang memohon jawatan tu cantik atau handsome, pemohon tu bukan jenis pekerja yang rajin.. So, hantar gambar anda yang paling hodoh sekali..
  • Iklan yang tulis "age 18 & above" maknanya jawatan tu untuk pangkat SPM & gaji kecik.. Jika anda ada Diploma atau Ijazah, jangan buang masa mohon melainkan anda rahsiakan highest education anda & jika ditanya cakap ada SPM je..
  • Jika anda isi borang mohon jawatan yang ada soalan "do you have any relatives working in our company" itu bermakna company tersebut akan menilai terlebih dahulu performance kerja relative anda yang berkerja di sana sebelum ambik anda bekerja.. Lebih baik jangan tulis "yes" pada soalan ini..
  • Iklan yang ada tulis "pleasant personality" maknanya company tu bayar gaji lambat.. Seriously no kidding.. 
  • Iklan yang ada tulis "at least 3 years experience in same industry or equivalent" maknanya bila anda masuk kerja, takde orang yang akan guide & ajar anda tentang selok belok kerja.. So, sama ada anda akan end up dengan kerja yang berlambak2, atau anda akan jadi mangsa cemuhan sebab semua tak tau.. 
  • Iklan yang ada tulis "must have strong leadership skill" maknanya orang di company tu suka membuli & bakal bos anda ialah seorang yang tidak berhati perut & suka marah2..

Enjoy your seek for jobs..

2 comments:

  1. aku rasa, sistem pendidikan di Malaysia lebih kepada membentuk graduan yang penuh dengan ilmu teori berbanding ilmu praktikal. dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti, kebanyakan pelajar lebih kepada menghafal daripada memahami sesuatu subjek, sbb sistem pendidikan kita adalah berorientasikan peperiksaan. sbb tu ramai kompeni merungut bila fresh graduate yg kelayakan hebat tapi tak mampu nak buat kerja & communication skills lemah.

    dalam 3-4 tahun yang lepas, baru la ada sesetengah universiti spt UM, UPM & USM yang cuba untuk menerapkan konsep OUTCOME BASED EDUCATION dalam sistem pendidikan, di mana penilaian sesuatu pelajar bukan terletak pada peperiksaan semata-mata tapi juga dari segi leadership, presentation skills, teamworks etc. yang mana aku rasa mmg bagus utk membentuk pelajar sbl memasuki alam pekerjaan...& paling penting ENGLISH EDUCATION kuikuikui

    ReplyDelete
  2. sistem belajar utk exam mmg membosankan.. tambahan pulak, soalan2 peperiksaan kat m'sia ni smua soalan yg diulang2..

    lg 1 hal, pihak unibersiti slalu hantar student2 dia praktikal kat tempat yg salah.. contohnya, kalo student belajar civil engineering, dia akan hantar praktikal ke JKR.. walhal engineer2 JKR sendiri pun bukan buat keje apa.. smua kontraktor buat.. diorg duk dlm opis rileks je lebih.. so student yg ambik praktikal td akan terikut bulat2 situasi kerja kat situ..

    ReplyDelete