Total Pageviews

Sunday 3 July 2011

Artis WaTAHIah..

Kalau di dunia ni ada wujud anugerah untuk "Tindakan Terbodoh", aku dah tau sapa pemenangnya.. Tak ada perkara lebih bodoh dari yang lebih bodoh dari yang lebih bodoh dari sekumpulan artis mentel cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan menyertai askar wataniah.. Anyway, aku amat bersimpati pada askar2 kita.. Sepatutnya, gaji askar2 kita yang kini memang berada pada tahap minimum ni dinaikkan.. Tapi sebaliknya, duit pembayar2 cukai dibazirkan pula dengan perkara paling tak berfaedah sekali dalam seluruh sistem solar ni iaitu mengupah artis2 gila glamour menyertai askar wataniah atau nama lainnya Selebriti Wataniah (muntah 3 hari dengar nama ni).. Klik di sini untuk muntah tahap maksima..


Wow! Gagahnya barisan selebriti wataniah kita.. Kalau tentera Zionist tengok mesti menggeletar kepala lutut diorang ketakutan tengok 'kegagahan' askar2 waTAHIah versi selebriti ni.. Fuh! Meskipun Malaysia setakat ni bebas dari bencana2 besar macam gempa bumi & tsunami, tapi rupanya ada bencana lebih besar sedang melanda dalam negara kita ni.. Bencana kebebalan luar biasa.. Bencana menjadikan artis satu dewa yang perlu disembah2 nampaknya.. Tak tahulah berapa banyak komisyen & wang upahan diterima oleh si artis2 ni untuk menebalkan muka mereka menjadi 'idola' prajurit tanahair.. Artis2 ni mana reti berfikir.. Asal ada duit masuk & muka dia boleh famous, dia bedal je.. Buaya mungkin menolak bangkai tapi artis takkan menolak duit.. Yang aku heran idea makhluk mana lah ambik artis2 haprak ni masuk askar wataniah? Takde ke orang2 membantah? Maruah askar2 kita sedang dipijak2 macam kain buruk dan takde sesapa bersuara pun untuk menentang? Apa nak jadi ni?


Menurut satu artikel dalam suratkabar Metro, salah sorang artis wataniah, penyanyi Ana Rafali, mengatakan "Penyertaan Ana Satu Tanggungjawab Untuk Pertiwi".. Hello Ana, boleh tak anta jangan bikin ana muntah? Apa yang si artis ni boleh buat untuk pertiwi? Angkat senapang untuk posing depan jurugambar? Berlakon seolah2 korang ni sedang menjalani latihan tentera depan cameraman dengan setiap shoot dibayar ribuan ringgit? Come on la.. Artiste is artiste.. Hidup takde faedah mati pun tak memberi mudarat.. Tak payah berlagak baik la konon korang ni warganegara yang prihatin.. Kalau korang ni betul warganegara yang cintakan tanahair, korang takkan sanggup habiskan duit rakyat untuk perkara tak berfaedah.. Korang sekadar nakkan bayaran dan populariti sampingan.. Supaya wartawan boleh sanjung2 korang, kononnya korang ni artis2 yang prihatin.. Sudah la.. Pegi la majukan industri seni kat Malaysia ni.. Jangan memburukkan profession orang lain dengan aksi2 mentel korang tu..


Wah! Setelah kerjaya seninya semakin merosot, dan nampaknya alat solek keluran beliau Simply Siti pun tak berapa laku di pasaran, Siti Nurhaliza cuba mengambil hati para makcik2 & kakak2 di kampung2 dengan berlagak seolah2 dia adalah seorang prajurit yang berjuang untuk tanahair.. Adoi.. Orang tak sekolah boleh la dibodohkan dengan lagak2 macam ni.. Pada orang yang gemar mengikuti perkembangan semasa, semua benda2 merepek ni tak berguna satu sen pun.. Dasar artis memang pandai berlakon.. Depan jurukamera, depan wartawan, dia buat2 la macam dia menjalani latihan askar betul2.. Bila wartawan & cameraman dah balik, datanglah mat despatch hantar pizza 20 kotak.. Jurusolek, hairstylist, tukang buat facial semua lengkap ikut sekali dengan diorang.. Cuma tak masuk dalam gambar je.. Nanti jurusolek mekap la muka diorang konon2 buat2 letih lepas latihan.. Semua tu bohong semata2..

Persoalannya, Malaysia ni dah terlalu overflow sangat ke duit sampai nak dibazirkan untuk perkara2 yang takde faedah ni? Nak kata kita ni dah kaya sangat, banyak lagi senarai orang2 miskin yang tak dapat bantuan.. Malahan latihan ketenteraan untuk askar2 kita pun banyak yang perlu diperbaiki dan dimodalkan.. Kat channel Nat Geo ada documentary tajuk 'Every Singaporean Son'.. Dari documentary tu, kita boleh nampak macam mana latihan ketenteraan diberi pada anak2 jati Singapore.. Tapi kita kat Malaysia ni, instead of menguatkan lagi sistem ketenteraan, kita dibebankan pulak oleh kemasukan artis2 haprak dalam senarai askar wataniah.. Mentang2 lah negara kita ni aman takde perang2, sistem ketenteraan dijadikan macam satu pentas lawak jenaka pulak.. Segala badut nak dimasukkan dalam senarai askar wataniah.. Takkan nak tunggu terjadi perang baru kita nak bersedia? Dan andaikata terjadi perang, apa yang si artis2 haprak ni boleh buat? Mentelkan diri untuk goda askar musuh?

Kalau rasa Malaysia ni dah terlalu banyak duit, kenapa tak tolong support pejuang2 Palestin menentang Zionist? Kenapa tak keluarkan dana bantuan untuk bantu pejuang2 Mujahideen? Kenapa mesti dana yang ada dibazirkan pada artis? Apa manfaat artis pada masyarakat selain menjahanamkan moral & merosakkan bangsa? Kenapa tak jadikan ulama2 atau ustaz2 sebagai penceramah motivasi untuk askar2 wataniah? Kenapa mesti artis? Adakah kerana kita sekarang berada dalam "comfort zone" dan kita tak kenal lagi erti sebenar perjuangan macam apa yang dihadapi atuk nenek kita masa zaman Jepun dulu? Adakah kita lupa susah payah atuk nenek kita dulu sampai kita jadikan kem askar kita pentas raja lawak?


Pejuang sebenar tak perlukan glamour.. Pejuang sebenar tak perlu jadi artis.. Pejuang sebenar tak perlu ada senjata pun.. Cukup dengan tekad & niat yang ikhlas untuk mempertahankan negara..

No comments:

Post a Comment