Total Pageviews

Saturday 30 July 2011

Bala di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan datang lagi.. Bulan yang penuh kemuliaan, bulan mencari pahala, bulan di mana sepanjang siang kita menahan diri dari makan, minum & apa2 saja yang membatalkan puasa.. Sama macam tahun2 yang lepas, bulan Ramadhan ni dipenuhi dengan bazar2 yang jual hidangan berbuka puasa, baju raya, kuih raya & macam2 barang2 pelik yang hampir takde keperluan.. Hari ni sebenarnya memang aku nak cerita pasal bazar Ramadhan yang pada aku ialah "bala paling besar dalam bulan puasa"..


Sepanjang bulan Ramadhan ni, akan muncullah orang2 "celaka" yang cuba nak cari duit raya dengan menjual makanan yang tak sedap.. Kalau kita tengok betul2 bazar2 Ramadhan ni punya target customer bukannya orang yang berpuasa.. Tapi lebih kepada menyediakan hidangan untuk orang2 yang tak berpuasa.. Kalau dulu2 biasa kita dengar cerita orang kena cekup sebab kantoi makan kat kedai di bulan puasa.. Tapi dengan adanya bazar2 Ramadhan, mereka tak perlu risau lagi.. Pukul 1 tengahari, peniaga2 bazar dah siapkan hidangan untuk orang tak puasa.. Panas2 lagi diorang dapat.. Orang yang berpuasa ni keluar beli bila dah pukul 5 petang ke atas.. Masa tu makanan pun dah sejuk & air batu pun dah mencair.. So, kredit untuk kaki2 tak puasa.. Diorang dapat yang fresh.. Orang yang berpuasa ni kira dapat sisa diorang je..

Berbalik pada peniaga yang jual makanan tak sedap, aku memang menyirap betul bila beli makanan kat bazar tapi tak boleh dimakan kerana terlalu tak sedap.. Hanya sebahagian je dari peniaga2 bazar ni ialah orang yang biasa memasak.. Yang selebihnya, cumalah orang2 yang konon ada 'bakat terpendam' memasak, tapi bakat disimpan untuk bulan Ramadhan je dengan tujuan cari duit raya.. Diorang ni memang penipu besar sebab masakan diorang memang tahap sampah.. Tapi ye la kan, bila kita berpuasa, tengah letih & lapar semua nampak sedap.. Bila tiba masa buka puasa, tak lalu langsung nak makan apa yang dibeli.. Diorang yang menjual ni langsung takde rasa bersalah pun jual "masakan sampah" diorang tu.. Kalau yang membelinya si munafik yang tak puasa boleh tahan la.. Tapi kalau yang beli tu orang yang betul2 tahan lapar dahaga seharian, tak kesian ke? Eh! Lupa pulak.. Diorang ni mana ada hati perut.. Yang diorang tahu, perut diorang mesti ada isi & anak beranak diorang raya nanti semua ada baju raya baru hasil penjualan 'sampah'..

Makanan2 yang lazim ditemui dalam bazar2 Ramadhan ni antaranya ialah:
  • Nasi ayam yang ayamnya boleh digunakan pejuang Hamas untuk baling tentera Zionis - keras macam setan
  • Pulut panggang yang pulutnya berderai sebab nak jimat santan
  • Karipap yang telah digoreng berkali2 sebab semalam punya tak habis jual
  • Ayam panggang yang tawar & liat (ayam sembelih cucuk kot)
  • Air tahu tawar sebab ais dah cair 
  • Air tebu masam sebab bercampur yang semalam punya
  • Kuih2 tradisional yang tak sedap sebab tukang masaknya bodoh
  • Ikan bakar recycle 
  • Mi goreng yang dah kembang sebab terlalu lama terbukak (masak pukul 8 pagi lagi)
  • Mihun yang bila dimakan rasanya seperti mengunyah tayar lori - keras

Tidaklah salah kalau ada orang2 yang cuba2 nak cari duit raya dengan berniaga sambilan di bulan puasa.. Tapi agak2lah sikit.. Balik rumah test dulu rasa masakan diorang tu patutnya.. Kalau dia sendiri makan rasa nak muntah, macam mana pulak orang lain? Benda ni semua nak beli pakai duit.. Bukan suka2 ambik.. Bila dah berjual tu, janganlah kurangkan pahala puasa dengan menjual barang2 tak berguna seperti makanan yang tak boleh dimakan.. Bila dah namanya jual makanan, biarlah orang yang betul2 tahu memasak je yang buat.. Carilah duit raya dengan cara yang lain.. Dari menyusahkan orang baik pergi solat terawih atau tadarus.. Orang lain tak memaki, pahala pun dapat..

Lagi pasal bazar Ramadhan ni ialah kuih raya.. Puasa belum start ni pun aku tengok boleh tahan dah ada yang dah jual kuih raya.. Nampak sangat biskut kilang yang ada pengawet.. Sebab tu awal2 dah ready.. Bazar yang jual kuih raya ni pun boleh tahan juga skill penipunya.. Kuih2 raya yang dijual macam2 rupa tapi rasa semua sama.. Dalam sejarah hidup aku, biskut raya yang rasanya paling tak sedap ialah "Biskut Tembikai".. Walaupun rupanya agak unik, tapi rasanya macam makan tepung gandum direct dari plastik.. Korang boleh bayangkan, ambik sudu, cedok tepung gandum pastu makan? Try la.. Rasa dia sama sebijik macam Biskut Tembikai.. Ada pulak yang aku tengok rupa biskut tu sebijik macam biskut kacang yang jual timbang kilo.. Dia letak dalam bekas cantik2 pastu letak harga RM30 sebotol.. Kalau beli kat kedai runcit biskut kacang tu RM30 boleh dapat 1 tong biskut besar..


Kalau pasal kuih raya ni, sesiapa duduk Johor Bahru, jangan sesekali beli kuih kat Plaza Angsana.. Tahun lepas aku round2 survey, aku tengok ada kuih yang harga sampai RM42 sebotol.. Mungkin jugak mesin pengadun kuih tu diperbuat daripada emas.. Sebab tu mahal.. Aku pun tak tau bangsa bodoh mana yang tukang beli.. Kalau takde pembeli takkan dia boleh survive.. Patutnya kita ni kena sentiasa ingat hak kita sebagai pembeli.. Mana2 tempat yang jual kuih raya dengan harga outrageous, pulaukan je.. Biar dia makan sendiri.. Mungkin si penjual buat alasan sewa tapak mahal.. Dah tu kita pulak ke nak kena bayar sewa tapak dia tu? Patutnya, makin mahal sewa tapak, makin murah dia jual.. Jadi orang beli banyak.. Bila orang beli banyak, barang dia cepat habis.. Untung banyak, modal pulang.. Tapi apa boleh buat, orang Meleis yang malas berpikir ni mana tau taktik2 berniaga..

Kuih2 raya zaman sekarang ni kebanyakannya aku panggil "kuih perasan".. Sebab letak nama mesti nak ada macam orang putih.. Tukang buat & tukang jual semua muka jawa & boyan yang sepatah haram mughallazah tak reti cakap orang putih.. Tapi letak nama kuih, Biskut Dazzling Apple, Crunchy Cheese, Almond Deluxe.. Dengar nama macam top chef yang buat padahal buat kat Simpang Renggam je.. Kuih raya dengan muka tukang jual kuih sama kemek..

Selain peniaga2 tangkap muat, pihak Majlis Perbandaran pun patutnya kena ambik kisah pasal lokasi bazar2 Ramadhan ni.. Buatlah kat padang2 yang kosong.. Bulan puasa bukan ada orang main bola atau berjogging.. Yang ada sekarang ni, lokasi2 bazar semua 'mengorbankan' jalanraya.. Tak pasal2 setiap petang jem disebabkan gerai2 bazar & orang2 yang parking sebarang.. Patutnya Majlis cari la lokasi yang tak menyusahkan lalulintas.. Diorang bukan tak paham perangai orang kita yang takde sivik dalam bab parking kereta.. Hanya kerana bazar2 ni, sepanjang bulan Ramadhan pahala puasa akan berkurangan sebab hari2 maki hamun jalan yang jem..

Tapi dalam banyak2 bala bazar Ramadhan ni, bala paling besar & paling bodoh sekali ialah bila ada artis bukak gerai kat bazar Ramadhan.. Selama ni kerja dia sebagai artis pun berantakan, tetiba boleh pulak bukak bazar.. Entah sapa masak tak tau la.. Aku yakin makanan dia pun rasa sampah jugak.. Tapi dah bahana artis, memang diagung2kan kat Malaysia bumi bertuah ni.. Lebih2 lagi orang Melayu.. Bila sebut artis, kasi nyawa dia pun sanggup.. Kalau artis tu letak taik lembu jual pun diorang sanggup beli.. Asalkan artis yang buat semua elok belaka.. Padahal kalau ikut standard, artis2 kat Malaysia ni terlalu sedikit yang layak digelar seniman.. Yang selebihnya tu tak ubah macam pencemaran toksik.. Bikin menyemak.. Hidup sekadar membantu menaikkan harga petrol je.. Buktinya, lihatlah betapa miskin & daifnya artis2 Malaysia.. Nak raya pun takde duit sampai terpaksa berniaga kat bazar..


Kadang2 rasa macam nak je aku buat kempen boikot bazar2 Ramadhan.. Tapi aku yakin 99% takkan ada sambutan.. Silap2 haribulan aku pulak yang tak beraya.. Anyway, alangkah bagusnya kalau dalam bulan Ramadhan ni kita ramai2 berbuka puasa di masjid2 & surau.. Rasanya, setiap masjid & surau sediakan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadhan.. Tak perlulah bersusah payah bersesak2 kat bazar.. Ataupun masak sama2 kat rumah, dah tu makan sekeluarga atau dengan kawan2 serumah macam orang Bangla selalu buat.. Meriah je aku tengok majlis berbuka puasa diorang.. Baru ada suasana seronok berpuasa.. Masa aku kecik2 dulu, aku tengok golongan ibu2 semua sibuk memasak bila dah petang2 dekat nak buka puasa.. Pastu mesti bertukar2 juadah dengan jiran2.. Alangkah indahnya kalau zaman sekarang ni suasana macam tu masih ada lagi sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ni..

3 comments:

  1. cik setuju la cerita ko ni jon...bulan puasa macam sial je orang yg berniaga...memang kene maki la..jual benda cam sampah...cik serik dah. xjejak kaki kat pasar ramadhan. masak sendiri. kuih raya pun macam tu. nmpak cantik bila makan cam hampeh je...rasa macam kurang pahala dok maki penjual ni...aishhh

    ReplyDelete
  2. lebih kurang la kita cik jie.. aku kalau malas masak pun xde nak beli kat bazaar.. paling kuat beli kat kedai makan biasa je.. kalo beli kat bazar, x sempat masuk waktu isyak dah basi dah makanan tu..

    ReplyDelete
  3. setuju setuju dan setuju.....kt melaka ni pun jalan sikit xsampai 1km jumpa bazar ramadhan... bulan pose aku balik kol 4.30, bukan balik cepat nak masak..tp sbb nak elak jem...kt sini bulan pose dah setaraf jem kt KL. Masak je lah...ko campak2 pun tahan sampai sahur...jimat belanja... lagi sodap...

    ReplyDelete