Total Pageviews

Sunday 3 July 2011

Nak Kurus - Bahagian II

Dalam Bahagian I aku explain tentang product & service yang mengambil kesempatan atas orang2 yang berlebihan berat badan.. Dalam Bahagian II ni pun aku nak sambung lagi sikit pasal bab ambik kesempatan ni.. Iaitu penjualan alat2 senaman secara berleluasa.. Berbeza dari ubat2 kurus, corset pelangsing atau slimming center, pada aku exercise equipment ni bagus.. Jika ada yang memilih untuk membeli peralatan2 senaman ni, aku galakkan kalau korang memang ada duit lebih.. Program penurunan berat badan melalui kaedah senaman memang bagus & diakui berkesan.. Tapi harga2 alat2 senaman ni teramatlah mahal.. Ada yang menjangkau puluhan ribu.. Tapi ada sebab2 tertentu perlu diambil kira sebelum membuat keputusan melaburkan duit untuk beli alat2 bantuan senaman ni..


3 Sebab2 Kenapa Perlu Was2 Sebelum Membeli Alat Bantuan Senaman:
  1. Anda cuma berminat nak bersenam masa alat senaman tu masih baru sahaja.. Bila baru beli alat senaman yang harga ribu2, jiwa kita mesti excited nak bersenam.. Siang malam pagi petang mesti bersenam.. Sambil tengok TV pun bersenam.. Kadang2 sampai makan minum pun tak ingat.. Lepas sebulan, mula timbul rasa bosan.. Cuma bersenam seminggu sekali atau dua kali.. Masuk bulan kedua, dua minggu sekali.. Masuk bulan ketiga, sebulan sekali.. Masuk bulan keempat, alat senaman yang berharga RM10k cuma akan jadi tempat sidai tuala atau tempat kucing tidur.
  2. Senaman tanpa pengawasan jurulatih professional boleh membahayakan kesihatan fizikal.. Terutamanya alat2 bantuan senaman jenis weightlifting.. Stamina tiap2 orang tak sama.. Lebih2 lagi jenis orang2 yang lemak banyak.. Stamina memang kurang.. Kalau terus2 angkat weight sampai 45kg, boleh tercabut joint atau tisu otot boleh terkoyak.. My advice, lebih baik pergi je gymnasium.. Sekali masuk baru kena bayar bawah RM10.. Ada trainer yang boleh dirujuk.. 
  3. Salesman2 yang jual alat2 senaman ni semuanya jenis mementingkan sales & komisen semata2.. Diorang bukan physician professional pun.. Tunggang terbalik korang lah nak guna alat2 dia macam mana.. Yang diorang tahu, kalau korang beli, dia ada komisyen.. Biasanya salesman2 ni mesti suruh korang beli yang paling mahal dalam senarai.. Kononnya yang harga murah sikit kurang berkesan.. Sebenarnya berkesan atau tak bergantung pada kerajinan nak bersenam, bukan harga alat tu mahal atau tak.. Tapi diorang mesti pujuk korang beli yang paling mahal sebab semakin mahal harga yang korang beli, semakin tinggi komisyen diorang.. My advice, jangan terpengaruh dengan salesman.. Rujuk seberapa ramai kawan2 dulu sebelum membuat keputusan membeli barang2 yang mahal tak menentu..

Dalam isu obesiti ni, banyak puak yang menunding jari pada cara pemakanan.. Dikatakan makanan2 rutin macam nasi lemak & roti canai menjadi punca terjadinya obesiti di Malaysia.. Kenapa nasi lemak & roti canai? Kenapa bukan KFC, McDonald's, Pizza Hut, Burger King, Dunkin Donuts & Starbucks? Kenapa tak salahkan carbonated drinks & snack2 berkalori tinggi? Kenapa tak salahkan makanan2 yang terlalu banyak kandungan MSG? Why nasi lemak? Why roti canai? Ada pihak2 yang cuba nak jatuhkan bisnes nasi lemak & roti canai ke? Supaya semua penduduk Tanah Melayu ni bertukar selera ke fast food restaurant? Ye la.. kedai2 jual nasi lemak & roti canai tak menyumbang 5% government tax kan? Semakin hari semakin banyak cawangan fast food dibuka di merata2 tanpa kawalan.. Satu area kadang2 ada 2-3 cawangan fast food restaurant yang sama.. Di Amerika, McDonald's dipersalahkan kerana menyebabkan obesiti di kalangan kanak2.. Tapi kat sini, perkara sebaliknya berlaku.. Semua restoran McDonald's diberi lesen 24 jam..

Menurut pandangan peribadi aku, punca utama terjadinya obesiti ni ialah sebab kita tak ikut adab makan Rasulullah S.A.W.. Kalau setiap orang boleh ikut cara pemakanan Nabi Muhammad S.A.W., aku yakin 100% takkan ada masalah obesiti mahupun masalah kesihatan.. Tapi kesempurnaan Rasulullah dalam bab pemakanan memang susah kita nak ikut 100%.. Tapi sekurang2nya kita patut ada ikhtiar mencontohi Baginda sebanyak mana yang termampu.. Banyak buku2 yang boleh didapati tentang tajuk Adab & Cara Pemakan Rasulullah.. Kalau malas belek buku, Google saja tajuk tu.. Semua info ada.. Cara pemakanan Rasulullah merangkumi semua aspek kebaikan dari segi kesihatan fizikan mahupun rohani.. Ibnul Qayyim Rahimahullah membahagikan tingkat pemakanan kepada 3 peringkat:

  1. Peringkat Keperluan: Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Cukuplah bagi manusia untuk mengambil beberapa suap makanan saja untuk menegakkan tulang rusuknya" ..
  2.  Peringkat Mencukupi: iaitu mengisi sepertiga perutnya untuk untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk bernafas, dan hikmah dibalik itu adalah kerana perut kita mempunyai kapasiti yang sangat tebatas dan jika semuanya dipenuhi dengan makanan, maka tidak ada tempat lagi untuk minum dan sukar bernafas..
  3. Peringkat Berlebihan: peringkat ini boleh membahayakan seseorang tanpa disedari, dan hal ini banyak dialami oleh kita, dan kebanyakan orang yang dijangkiti penyakit gula berlebihan, depresi, kegemukan, masalah jantung dan stroke, tidak lain adalah disebabkan kerana mereka tidak mengatur cara pengambilan makanan mereka dengan baik, serta berlebihan dalam makan dan minum..
Segala apa yang disunnahkan oleh Rasulullah S.A.W. itu sudah tentu tiada apa2 keraguan tentangnya.. So, pilihan terletak di tangan kita.. Sama ada kita memilih untuk membeli produk2 mahal, atau kita ikut saja sunnah Rasulullah yang ternyata lebih menyihatkan, menjimatkan & sudah pasti berkesan.. Tepuk dada tanya selera..

No comments:

Post a Comment