Total Pageviews

Tuesday 19 July 2011

Penyakit Paling Kronik

Kalau tak kerana Facebook aku dah lama lost contact dengan kawan2 lama masa sekolah & masa kolej.. Dengan Facebook jugak aku dapat kawan2 baru melalui page & group yang aku join.. Banyak sebenarnya kebaikan Facebook ni.. Tapi keburukannya pun banyak jugak.. Ada yang jadikan Facebook ni sumber pendapatan dengan cara menipu, ada yang jadikan Facebook tempat cari pasangan haram, ada yang jadikan sumber penyebar fitnah.. Tapi perkara paling buruk tentang Facebook ni ialah ia menjadi medium penyebaran sejenis penyakit mental kronik yang dipanggil "Narcissistic Personality Disorder" atau nama singkatannya NPD..

Kalau ikut medical terms NPD ni bermaksud - "a condition in which people have an inflated sense of self-importance and an extreme preoccupation with themselves" (sumber: PubMed Health).. Atau dalam Bahasa Melayu mudah dipanggil orang yang rasa diri dia bagus atau riak atau poyo atau apa saja perkataan lain yang mudah untuk disebut.. Rasanya tak ramai orang yang tahu "riak" ni ialah sejenis penyakit mental.. Terms NPD ni pun jarang2 sangat didengar.. Mungkin siapa study medical atau psychology pernah dengar pasal NPD ni.. Ianya taklah glamour macam HIV atau H1N1 & tidak pula membawa maut.. Tapi virusnya menular sangat cepat lebih dari segala jenis penyakit berjangkit yang lain..

Symptoms pada orang2 yang 'terjangkit' NPD:
  • Rasa malu, terhina & marah bila dikritik
  • Suka mengambil kesempatan atas orang lain untuk memastikan matlamat dirinya tercapai
  • Sangat taksub tentang kepentingan peribadinya
  • Suka membesar2kan cerita tentang bakat atau pencapaiannya
  • Sentiasa berfantasi tentang kejayaan, kuasa, kecantikan, kepintaran atau cinta sejati
  • Mengidamkan benda2 yang tak masuk akal
  • Sentiasa nakkan perhatian & pujian
  • Tidak memikirkan perasaan orang lain & kurang rasa belas kasihan
  • Mempunyai minat tersendiri yang keterlaluan
  • Mengejar impian yang berlandaskan kepentingan diri sendiri sahaja
Sebelum wujudnya Facebook, ada jugak social networking page lain macam MySpace & Friendster.. Tapi fungsinya dalam menjadi medium penyebaran 'virus' NPD tidaklah sehebat Facebook..Mungkin kerana dalam laman2 web sosial yang lain, kebanyakan kawan2 yang di'add'  adalah orang2 yang tak dikenali.. Jadi, mungkin ada sikit rasa was2 & takut nak beritahu terlalu banyak tentang hal2 peribadi.. Tapi di Facebook, kebanyakan friends on list adalah dikalangan kawan2 lama.. Mungin kesan dari lama tak jumpa & lama tak dengar berita, semangat nak menunjuk2 & riak menjadi berkobar2.. Masing2 nak menunjukkan kehebatan pencapaian dalam hidup..

Penyakit NPD dalam Facebook terbahagi kepada beberapa 'sindrom'.. Sindrom2 ni rekaan dari hasil pemerhatian aku sendiri.. Tak diiktiraf oleh mana2 pakar perubatan pun.. Tapi sindrom2 ni sangat nyata & boleh dilihat walau oleh orang buta sekalipun.. :)

Sindrom2 NPD Dalam Facebook:

1. Sindrom Red Carpet
Tanda2nya, orang yang terkena sindrom ni suka menunjuk2 barang2 yang dibeli.. Bila orang ni beli baju, jam, kasut, beg atau apa saja yang baru & berjenama, semua gambar barang2 tu akan diambil & diupload dalam Facebook.. Kalau nak lagi cantik siap ada price tag.. Mengharapkan kawan2 lain tau yang dia ni mampu beli barang2 mahal & berjenama.. Juga mengharapkan kawan2 merasa kagum dengan kekayaan dia.. Padahal keadaan dia yang sebenar, pagi gaji masuk, petang dah habis bayar hutang.. Biar papa asal bergaya maaa..

2. Sindrom Martha Stewart 
Orang jenis ni pulak tak upload gambar barang2.. Tapi lebih fokus kepada citarasa makanan.. Setiap kali dia makan (lebih2 lagi kalau di restoran mahal2 tapi kadang2 McDonald's pun jadi gak), dia akan ambik gambar hidangan yang dia makan untuk 'dikongsi' bersama rakan2 lain.. Mengharapkan kawan2 merasa kagum dengan citarasa dia sedangkan hakikatnya hari2 dia makan lauk ikan masin, sekali sekala tu je dia makan tempat mahal dengan tujuan nak menunjuk2..

3. Sindrom Bangla Bangers
Jenis ni pulak berminat untuk berkongsi minatnya pada kenderaan.. Tukar minyak itam pun siap letak status kat Facebook.. Siap bagitau brand apa & harga berapa.. Selalunya spesis yang suka pakai kereta pelik2 jenis spoiler boleh buat tempat monyet bergayut.. Dah tu tak malu pulak upload gambar kereta dia dengan harapan orang akan terpesona & terpaku.. Kereta bukan mahal pun.. Kancil je.. Tapi modification kereta boleh buat beli sebijik lagi Kancil..

4. Sindrom IKEA
Puak2 sakit mental jenis ni suka tayang rumah & perabot2 serta barang2 lain dalam rumah dia.. Repair tombol pintu pun siap upload gambar & bagitau berapa harga.. Ada yang siap bagitau harga rumah dia berapa.. Sekali seminggu mesti ada gambar terbaru tentang hiasan dalam rumah dia.. Kadang2 dia saja2 ambik gambar dia sendiri tapi dengan niat biar orang nampak latar belakang gambar dalam rumah dia.. Mendambakan pujian2 kawan2 tentang kehebatan citarasa dia dalam dekorasi rumah..

5. Sindrom Janice Dickinson
Dalam banyak2 pesakit NPD, aku paling kesian dengan jenis yang terkena sindrom ni.. Kesian yang amat2 sangat.. Sindrom ni selalunya dihidapi oleh kaum wanita tapi ada jugak sesetengah jantan yang perangai ala2 gay terkena sindrom ni.. Orang yang terkena sindrom ni selalunya NATURALLY BORN UGLY.. Nak jadi model memang tak layak.. Mana ada modeling agency nak ambik pompuan jongang, muka leper, banyak jerawat, gemuk pendek jadi model kan? So, sebagai mengubat kekecewaan pada dunia supermodel, puak2 muka beruk ni suka posing 'maut' ambik gambar upload dalam Facebook.. Kalau setakat satu dua gambar boleh tahan kira.. Ni hampir tiap2 hari ada je gambar terbaru dengan posing ala2 model yang diambik pakai handphone sendiri.. Siap pilih position baik tak nak kasi nampak lemak atau badan dah gelebeh.. Senyum pun control habis2 supaya cover gigi yang jongang atau tak rata.. Orang jenis ni memang mengharapkan pujian2 kawan untuk mengatakan dia cantik.. Bila ada kawan2 puji, dia mula jadi tak ingat dunia & esok akan upload lagi 300 gambar baru dengan posing yang lebih maut untuk mendapat lebih banyak pujian.. Jenis ni dipanggil kategori orang yang terjaga tapi hatinya tertidur.. So pathetic..

6. Sindrom Semanis Kurma
Jenis ni pun selalu menimpa kaum hawa jugak.. Sindrom di mana orangnya suka bercerita betapa sayangnya suami dia pada dia macamlah orang lain punya suami tak sayang bini jugak.. Asal laki dia bagi hadiah, mesti upload gambar dekat Facebook.. Hampir tiap2 hari mesti cerita apa laki dia buat untuk dia.. Ada yang lebih brengsek lagi, siap scan & upload surat cinta yang laki dia tulis untuk dia.. Mengharapkan kawan2 tau yang rumahtangga dia bahagia & dia bertemu cinta sejati.. Rasa nak ludah kahak hijau je kat muka orang camni.. Hal rumahtangga hal dalam kain tak payah cerita kat orang la.. Dosa tu.. Tapi puak2 bangsa riak ni mana ingat dosa.. Kebulur pujian..

7. Sindrom John & Kate
Masih lagi sindrom yang menimpa kaum wanita.. Kalau yang tadi riak dengan laki, yang jenis ni pulak riak dengan anak.. Lebih2 lagi bila dia tau ramai kawan2 yang masih belum kawin & belum ada anak.. Dari hari pertama anak dia lahir sampai umur beberapa tahun, tiap2 hari mesti bagitau perkembangan pembesaran anak dia.. Ye la.. Tak salah nak bangga dengan darah daging sendiri.. Tapi janganlah sampai buat orang menyampah & menyumpah.. Nanti banyak sangat termakan sumpahan anak tu besar jadi peragut jalanan pulak..

8. Sindrom Donald Trump 
Selalunya bapak2 penipu je terkena sindrom ni.. Spesis monyet tak berbulu yang suka tayang2 gambar duit & kereta mewah mengaku kononnya nak berkongsi kejayaan dia dengan orang lain.. Padahal duit tu dia pinjam je.. Kereta tu pun dia tumpang ambik gambar kat showroom.. Orang jenis ni bukan mengharapkan pujian kawan2 tapi mengharapkan mangsa yang boleh dijerat untuk dikebas duitnya..

9. Sindrom Imam Muda
Sindrom ni ada riak campur bodoh.. Ini ialah jenis2 orang yang suka menunjukkan kealimannya dalam Facebook.. Setiap kali 5 waktu dia sembahyang dia akan update status Facebook dengan berkata "saya baru selesai solat, kawan2 dah solat?".. Riak dengan amal ibadat.. Tiap kali dia masukkan duit dalam tabung derma, dia akan update status.. Siap bagitau amount berapa.. Kadang2 ada yang sampai ambik gambar tangan dia tengah masukkan duit dalam tabung derma sambil mengharap kawan2 memuji & berasa kagum dengan tindakan dia.. Lagi satu, diorang ni jenis yang suka berdoa dalam Facebook.. Kalo setakat bagi tips & doa2 amalan untuk dibaca oleh kawan2 memang ok.. Tapi kalau nak berdoa taubat, doa harap Allah murahkan rezeki, doa supaya cepat dapat jodoh semua tu tak payah la nak berdoa kat Facebook.. Doa atas tikar sejadah lepas solat kan lebih afdhal.. Orang macam ni bagi aku layak je digelar munafik.. Pikir ikut logik akal sudah.. Doa yang ditulis dalam status Facebook, Allah yang baca atau kawan2 yang baca? Dah tentu kawan2 yang baca kan? So dia sebenarnya berdoa pada kawan2 walaupun dia tulis kat situ dia berdoa pada Allah.. Bila ditegur jawapan dia mesti "Allah maha mengetahui, walau dimanapun kita berdoa asalkan niat baik insya Allah diterima,".. Orang jenis riak ni memang pandai menjawab mengalahkan lawyer tamil..

10. Sindrom Ally McBeal
Yang ke-10 & terakhir dalam pemerhatian aku ialah penyakit orang2 yang berbangga2 dengan pekerjaan dia.. Ada yang siap bagitau gaji dia sebulan berapa.. Bercerita tentang betapa komitednya dia pada pekerjaan tapi masa kerja aku tengok online jugak Facebook.. Komited apa benda macam tu.. Itu bukan komited.. Itu dipanggil "berlagak baik depan boss untuk tujuan membodek".. Kadang2 siap berlumba2 kerjaya siapa paling hebat.. Lebih2 lagi kalau dia pegang jawatan sedangkan kawan2 sekolah dulu cuma suri rumah.. Mula la dia nak tunjukkan sifat2 career person dia.. Mengharap kawan2 kagum dengan kerjaya dia & memuji2 kehebatan dia.. Walhal kerja kerani kokak je.. Gaji sebulan tak sampai RM1000 pun.. Tapi berlagak seolah2 dia eksekutif besar.. Tak dapat terima kenyataan..



Selain dari di Facebook, sebenarnya ada jugak masa & ketika lain orang2 yang terkena penyakit mental NPD ni boleh ditemui.. Antara situasi2 lain:
  • Majlis reunion sekolah atau kolej atau universiti - masa ni lahirlah segala bapak2 penipu yang berlumba2 nak mengaku dialah paling hebat antara yang lain
  • Hari Raya Aidilfitri - bagi yang jarang2 jumpa sedara mara, masa ni lah nak riak2 & menunjuk2
  • Seminar2 MLM - yang ni tak payah cerita banyak.. semua dah tau MLM kaki temberang
  • Mesyuarat kontraktor Melayu di kedai kopi - project juta2 mesti keluar.. plus, connection para datok, tan sri & menteri2.. padahal dia cuma kenal anak sedara kepada tukang kebun menteri je
  • Perlawanan bolasepak antara pasukan2 ternama EPL - para kaki2 bangku akan menjadi komentator
  • Majlis kenduri kahwin - sanggup bergolok gadai & berhutang untuk 'wedding of the century'

Disebabkan NPD bukanlah penyakit fizikal yang boleh diubat dengan dadah atau bahan2 organik lain, penyakit ini amatlah sukar untuk dirawat.. Mungkin sesiapa yang terasa dah menghidap penyakit mental NPD ini boleh dapatkan kaunseling atau rawatan psychology.. Yang terbaik, sentiasalah berdoa kepada Allah agar dilindungi dari penyakit kronik ini.. Walaupun ianya tidak membawa maut atau kecacatan kekal, tapi dalam kehidupan sosial kita ia akan memberi masalah.. Ramai yang menanggung beban hutang gara2 mengharapkan pujian2 yang melambung.. Ada juga yang berakhir dengan hilang kawan, saudara & dilanda kemurungan.. Bersyukurlah dengan apa yang ada & tak perlulah berlumba2 untuk menunjuk2 harta.. Dan jauhilah orang2 yang dilihat ada symptoms NPD sebab rasanya penyakit mental ni boleh berjangkit..

3 comments:

  1. jon~cik kene sindrom cincin 24 juta...hahahaha

    ReplyDelete
  2. bagus tu.. kena standby security.. takut kena rompak nanti.. errrr.. ringgit ke rupiah?

    ReplyDelete
  3. rupiah la jon...hahahahah....mana mampu pakai ringgit....

    ReplyDelete