Total Pageviews

Wednesday 13 July 2011

Law Abiding Citizen

Huhuhuhu.. Walaupun dah 5 hari berlalu, bahang2 hangit Bersih 2.0 masih ada lagi.. Post Bersih 2.0 nampaknya tiada kesimpulan nyata.. Tak nampak relevan, tak nampak point & tak nampak hasil.. Anyway aku bukan nak bercerita pasal politik pun.. Aku sendiri pun seumur hidup belum pernah mengundi.. Biar je la si Luncai lunyai dengan labu-labunya.. Tapi aku nak bercerita pasal PDRM yang nampaknya menjadi bahan cemuhan utama sepanjang Bersih 2.0.. Tak payah tunggu Bersih, hari2 pun sebenarnya golongan polis memang kena kutuk punya.. Sebahagian kutukan itu adalah benar & sebahagian lagi cuma joke..

Antara kutukan2 yang selalu dibaling pada pihak polis ialah rasuah (atau lebih manis disebut pau mengepau), pemalas, penakut, tak jaga keamanan & keselamatan etc.. etc.. Bab pau mengepau memang aku mengalah.. Sebab benda tu memang salah.. Tapi bab tak jaga keamanan, aku cukup tak setuju bila PDRM dipersalahkan.. Memang diorang sepatutnya jaga keamanan.. Tapi penyebab dia tak boleh jaga keamanan ialah diorang tidak diberi hak & imuniti.. Paling kuat pun polis boleh buat road block je.. Siapa sebenarnya pencetus kegagalan polis dalam memerangi jenayah? Jawapan yang telus, ikhlas & tidak dapat dinafikan ialah golongan "LAWYER"..

Golongan peguambela atau lawyer atau barrister atau apa saja nama untuknya ialah sebenarnya punca kegagalan segala keadilan, punca bertambahnya jenayah & punca porak perandanya masyarakat.. Ini bukan ayat dari kepala lutut.. Fakta ini benar.. Di negara2 maju peranan Lawyer dalam masyarakat cukup besar.. Nak kahwin pakai lawyer.. Nak cerai pun pakai lawyer.. Segala bentuk perjanjian mesti melalui lawyer.. Jual rumah pakai lawyer.. Isytihar harta pakai lawyer.. Kalau ikut terma asal tugasan lawyer ni ialah cuma memperbetulkan keadaan yang salah, menjaga kestabilan politik & kepentingan sosial serta menegakkan undang2 & kebenaran.. Tapi seiring dengan arus kemajuan, peranan lawyer juga berubah.. Lawyer bukan saja memperbetulkan keadaan yang salah, tetapi juga memutarbelitkan fakta supaya yang salah kelihatan betul.. Lawyer bukan saja menjaga kestabilan politik & kepentingan sosial tapi lawyer juga kini berperanan sebagai ahli politik supaya lebih mudah memfitnah & memutarbelit fakta untuk memperbodohkan orang ramai demi mengaut untung semaksima mungkin.. Lawyer bukan sekadar menegakkan undang2 tapi mempergunakan undang2 & akta2 yang sedia ada untuk menggalakkan jenayah berleluasa..

Dalam undang2 civil, peranan lawyer cukup besar dalam kadar peningkatan jenayah & fungsi lawyer dalam menegakkan keadilan & undang2 terlalu sedikit untuk dikira.. Dalam beberapa tahun kebelakangan ni saja, beberapa orang pembunuh dibebaskan begitu sahaja hanya kerana mak bapak atau sedara mara dia sanggup bergolok gadai untuk mengupah lawyer2 yang boleh mencari jalan membuktikan kes ditukar status dari "murder" kepada "men-slaughter".. Seorang pencuri mungkin boleh bertaubat tapi pembunuh takkan ada titik berhentinya.. Keinginan untuk membunuh mangsa yang lain tetap ada.. Tapi peguam pembela dia mana ada pikir.. Lantak dia lah kalau dia nak membunuh pun, janji si peguam ada duit untuk dicekik.. Para lawyer ni sentiasa bersedia dengan akta2 yang boleh menggugurkan tuduhan jenayah.. Kalau ada polis tumbuk orang masa soal siasat, para lawyer lah yang menjadi pengahalang siasatan.. Sepatutnya penjenayah yang dihukum, sebaliknya polis pulak yang berkemungkinan digantung tugasan sebab mengasari suspek.. Sebab itu tak heranlah bila kes orang gelapkan duit 30 juta kena penjara sebulan.. Tapi orang curi barang 30 ringgit kena penjara 3 tahun.. Sebab si pencuri murahan tu orang miskin, tak mampu nak upah lawyer.. Sedangkan si penggelap duit tentulah ada duit hasil kerja haramnya.. Bolehlah dia bayar lawyer & mampulah dia bebas berleluasa..


Keadaan bertambah buruk bila golongan lawyer mula membuat "kerja sambilan" sebagai ahli politik yang mengkucar-kacirkan masyarakat.. Rata2 golongan lawyer ni cukup aktif dengan parti pembangkang.. Of course, aku sikit pun tak suka dengan kerajaan sekarang.. Tapi aku lebih tak rela bila golongan putar belit & pembela jenayah dijadikan pemimpin.. Caranya lawyer2 ni dapat pengaruh dalam politik ialah dengan memberikan hak untuk melanggar undang2 kepada masyarakat.. Contoh, bila pihak polis tangkap orang yang buat demonstrasi jalanan, para lawyer pembangkang akan menyalak menggunakan kebijaksanaan mereka dalam akta undang2 menuntut hak pembelaan bagi yang tertangkap.. Sudahnya, si bodoh yang tertangkap & ahli keluarganya akan memandang si lawyer ni sebagai "hero" yang menyelamatkan mereka.. Maka, secara automatik akan tersebarlah cerita si lawyer politic ni mempertahankan hak kemanusian.. Cerita2 dongeng ini akan didengar pulak oleh ribuan orang2 lain yang sama2 tak reti berfikir.. Akhirnya, nama si lawyer akan menjulang naik & disanjung2.. Selepas mendapat sanjungan, kepercayaan serta dianggap "hero" bolehlah kemudian diorang cucuk hidung pengikutnya.. Bolehlah dia mula pasang strategi mengaut keuntungan bila namanya dah naik & menjadi pujaan ramai.. Semua kerana duit..

Satu kelemahan sistem perundangan di Malaysia ni ialah kerajaan tak bagi dana yang cukup kepada pihak pendakwaan untuk membuat research.. Sedangkan pihak lawyer tentulah ada modal sebab dia boleh sedut darah anak guamnya.. Kalau ada research yang dibuat oleh pihak pendakwaan pun, cuma untuk kes2 yang berprofile tinggi je.. Kalau untuk kes bunuh orang kebanyakan, mintak maaflah kalau nak tunggu research.. Memang sahih yang terbunuh tu cuma mati katak & keluarganya tidak akan mendapat keadilan seperti yang diharapkan, melainkan si pesalah itu miskin haprak tak mampu upah lawyer.. Tu belum masuk kira kes rasuah dalam perbicaraan.. Entah berapa banyak duit yang dibazirkan sedangkan kes kekal tergantung..

Dalam kes2 mahkamah syariah pun korupsi lawyer ni tak kurang juga hebatnya.. Dengan bantuan lawyer syariah, seseorang mempunyai potensi untuk 'berjaya' dalam menipu harta pusaka, menipu bab nafkah, menipu hak penjagaan anak & menipu wasiat.. Selain itu juga, dengan bantuan2 lawyer syariah, seseorang juga bebas melakukan maksiat.. Kalau kena tangkap khalwat, main judi atau minum arak, relax.. Panggil saja lawyer syariah & mereka akan cari jalan supaya kes digugurkan.. Tapi duit wajib sedia dulu lah.. Kalau takde duit yang cukup, bersedialah untuk masuk penjara atau didenda.. Once you get attached to a lawyer, bersedialah untuk kehilangan segala harta pencarian yang ada.. Ditambah pulak dengan mahkamah syariah yang banyak menyimpan pekerja gaji buta.. Kalau takde bantuan lawyer, kes akan diheret selama bertahun2.. Mau tak mau, terpaksalah gadaikan semua harta dunia semata2 nak lepaskan kes..

Macam mana cara seorang lawyer memanipulasi akta undang2 dalam melindungi jenayah? Aku bagi contoh, katalah A telah membunuh seseorang & B satu2nya saksi yang ternampak kejadiah bunuh tersebut.. Cara biasa yang digunakan oleh seorang lawyer ialah mencari jalan untuk menggugurkan B sebagai saksi.. Maka dia akan siasat latar belakang B.. Sekiranya B pernah melakukan jenayah lain, lawyer akan menjadikan point bahawa B tidak layak menjadi saksi meskipun kini B telah lama bertaubat & menjadi orang baik.. Jadi, A berpotensi besar untuk lepas dari jenayah yang dilakukannya kerana satu2nya saksi yang ada telah digugurkan.. Begitu juga jika terdapat bahan bukti pada sesuatu kes.. Seorang lawyer akan berusaha memutar belit maklumat supaya bahan bukti digugurkan dengan cara mempertikaikan integriti pegawai yang menjumpai bahan bukti.. Tambahan pulak, negara kita kekurangan pakar forensic.. Makin berapi2 putar belit si lawyer.. Agaknya kan, kalau hidung lawyer2 ni memanjang bila diorang ni bercakap bohong macam Pinocchio, rasanya sorang lawyer yang duduk di Penang hidungnya boleh tiba kat Johor..



Kerjaya sebagai peguam melibatkan banyak pembohongan yang besar.. Banyak risiko seorang lawyer untuk terjebak dalam fitnah & manipulasi.. Tapi apa boleh buat, kerana duit kebenaran sanggup ditolak & disorokkan.. Sekarang ni pun, golongan lawyer semakin hari semakin ramai.. Mungkin kerana kiamat dah dekat agaknya.. Sebab ada jugak hadith2 tentang tanda2 kiamat yang seolah2 merujuk pada kerjaya lawyer..

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari


Sedikit lawak Questions & Answers tentang Lawyers untuk hiburan..

Q: What's the difference between a good lawyer and a great lawyer?
A: A good lawyer knows the law. A great lawyer knows the judge.

Q: When lawyers die, why don't vultures eat them?
A: Even a vulture has taste.

Q: What do you call a lawyer with an I.Q. of 10?
A: A lawyer.

Q: Where do vampires learn to suck blood?
A: Law school.


Q: What do honest lawyers and UFOs have in common?
A: You always hear about them, but you never see them.


Q: What's the difference between a law firm and a circus?
A: At a circus, the clowns don't charge the public by the hour.


Q: What's the difference between a lawyer and a terrorist?
A: You can negotiate with a terrorist.


Q: What do lawyers use for birth control?
A: Their personalities.


Q: How many lawyers does it take to change a light bulb?
A: Fifty four. Eight to argue, one to get a continuance, one to object, one to demur, two to research precedents, one to dictate a letter, one to stipulate, five to turn in their time cards, one to depose, one to write interrogatories, two to settle, one to order a secretary to change the bulb, and twenty-eight to bill for professional services.


Q: Where can you find a good lawyer?
A: In the cemetery.


Q: What's the difference between a porcupine and a Mercedes Benz full of lawyers?
A: The porcupine has pricks on the outside.


Q. What's the difference between a lawyer and a vampire?
A. A vampire only sucks blood at night.


Q: What's the difference between a lawyer and a catfish?
A: One is a slimy, bottom dwelling, scum sucker. The other is a fish.


Q: Why are lawyers like nuclear weapons?
A: When they land, they prevent anything from functioning for the next hundred years.


Q: If you are stranded on a desert island with Adolph Hitler, Atilla the Hun, and a lawyer, and you have a gun with only two bullets, what do you do?
A: Shoot the lawyer twice.


Q: How can you tell when a lawyer is lying?
A: His lips are moving.


Q: What's the difference between a lawyer and a herd of buffalo?
A: The lawyer charges more.


Liar Liar Your Pant's on Fire.. 

No comments:

Post a Comment