Total Pageviews

Wednesday 3 August 2011

Nak Kurus - Bahagian III

Memandangkan dah masuk bulan Ramadhan, aku nak cuba cari topik yang ringan & tak banyak memaki hamun (walaupun hakikatnya dalam bulan Ramadhan ni modal nak memaki makin banyak).. Topik hari ni sambungan pada topik bulan lepas "Nak Kurus Bahagian I & II".. Ceritanya, lebih kurang 10 tahun yang lalu, aku ada baca satu artikel pasal 'losing weight' sepanjang bulan puasa.. Masa tu, berat aku 92kg & aku berjaya turunkan jadi 72kg dalam masa sebulan je.. Memang berkesan.. Tapi kemudian, ada kawan2 bagitau aku apa yang aku buat tu salah.. Diorang cakap bulan Ramadhan ni bulan mencari pahala & kita tak seharusnya ambik kesempatan jadikan bulan yang mulia ni sebagai medium diet program.. Disebabkan masa tu aku masih muda & masih jahil, aku percaya je bulat2 apa diorang cakap.. Aku pun buang artikel tu & tak pernah lagi cuba apa2 weight lost program sepanjang bulan puasa..

Tapi kekeliruan aku terjawab bila aku bertanyakan pada orang2 yang lebih pakar bab2 agama pasal bulan puasa ni.. Rupanya, tak salah kalau kita 'ambik kesempatan' nak turunkan berat badan sepanjang bulan puasa asalkan ianya bukan untuk tujuan meriak2 & lebih kepada tujuan kesihatan & penampilan diri.. Lagipun, kegemukan itu mengundang kepada sifat2 malas yang sangat tidak dianjurkan dalam Islam.. Anyway, artikel pasal diet program sepanjang Ramadhan tu dah lama aku buang.. Tapi ada diantara isinya yang aku masih ingat lagi.. Aku nak kongsikan sikit kaedah2nya & aku tambah2 jugak dengan apa2 amalan yang aku rasa bagus dipraktikkan sepanjang bulan puasa ni..

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kita umat Islam ada kredit lebih sikit sebab sepanjang siang kita memang diwajibkan berpuasa.. So, kita boleh assume godaan makan pada waktu siang berkurangan.. Tapi, bila masuk waktu berbuka, kadang2 kita makan sampai tak ingat dunia.. Ada beberapa tips pemakanan yang boleh diamalkan sepanjang bulan puasa ni seperti yang disenaraikan di bawah:

Kaedah Pemakanan Dalam Diet Program Sepanjang Ramadhan:
  • Jika kita berkunjung ke bazaar menjual makanan, hadkan perbelanjaan kepada bawah RM5 sahaja.. Walaupun banyak makanan nampak menarik, tapi kalau kita tak beli, kita takkan makan
  • Jangan beli air minuman yang bergas atau air yang dijual di bazar kerana kandungan gulanya tinggi.. Ganti dengan jus buah-buahan atau air suam dicampur madu lebah
  • Jangan berbuka puasa dengan makan nasi atau makanan2 yang berat.. Kalau nak makan nasi, tunggu lepas Isyak.. Masa ni, selera akan lebih terkawal.. Masa berbuka, cukup makan kurma atau kuih2 je..
  • Kalau nak beli kuih, pilih yang dikukus contoh apam atau pau, berbanding yang digoreng
  • Elakkan Buffet Ramadhan.. Selain membazir, buffet ni mencabar kita untuk makan banyak
  • Selama sebulan, block segala jenis fastfood macam KFC, McD, Marrybrown dll..
  • Jangan makan apa2 antara jam 12 malam sampai waktu sahur.. Kalau lapar sangat, makan buah atau biskut je
  • Sahur di hujung waktu.. Kalau waktu Imsak pukul 5.30, start sahur pukul 5.15.. Jadi, masa limited untuk makan banyak2

Tips Psychology Untuk Diet Sepanjang Ramadhan
  • Jangan tanya orang lain berbuka puasa makan apa.. Selera orang lain akan membangkitkan selera kita sendiri
  • Target besar untuk Hari Raya contohnya nak beli handbag harga RM800, nak beli rantai emas, atau tukar sport rim kereta.. Bila ada target besar, kita akan teragak2 nak berbelanja banyak untuk makanan
  • Jangan hadiri terlalu banyak majlis berbuka puasa dengan kawan2.. Bila suasana enjoy ramai2, selera makan akan bertambah
  • Sentiasa setting dalam kepala untuk kejarkan solat Maghrib di awal waktu
  • Kalau nak beli baju raya atau kuih raya, elakkan pergi waktu siang.. Pilih waktu malam.. Lagipun sekarang ni bazaar lebih meriah di waktu malam.. Kalau duduk kat rumah mesti tangan gatal capai makanan
  • Jangan miss solat terawih.. Solat juga satu senaman & masa untuk solat boleh elakkan makan berlebihan
  • Buat projek cari duit raya.. Isi masa lapang jual kuih atau menjahit.. Bila leka kepala tak setting ingat makan
  • Bila masuk supermarket, jangan beli makanan ringan.. Bila kita tak beli, gerenti kita tak makan
  • Kalau ada makanan yang tak habis masa berbuka, jangan simpan.. Kasi kucing atau anjing yang berkeliaran sekitar rumah supaya tak makan lebih dari yang patut
  • Kalau ada baju atau seluar yang dah mula nak sempit, jangan beli yang baru.. Tapi target sampai baju atau seluar tu muat balik

Kalau betul2 serius nak turunkan berat badan, bulan puasa ni cukup cantik jugak untuk bersenam.. Tapi tak digalakkan buat senaman berat2 macam pergi ke gym.. Senaman yang terlalu berat akan menambahkan rasa lapar & menguatkan keinginan nak makan.. Dalam bulan puasa ni, elok kalau buat senaman di waktu petang berbanding pagi..


Tips2 Senaman Diet Program Ramadhan
  • Solat terawih.. Kalau nak lagi banyak kalori terbakar, cari surau atau masjid yang imam suka baca ayat lazim panjang2
  • Menyanyi pun boleh bakar kalori atau dalam ertikata lain, mengeluarkan suara boleh membakar kalori.. So jangan pilih menyanyi.. Pilih mengaji tadarus tiap2 malam
  • Sejam sebelum berbuka puasa, lakukan brisk walking.. Jalan2 petang keluarkan peluh kat taman2 lebih baik dari mengadap juadah berbuka.. Kalau kat rumah ada treadmill lagi bagus
  • Amalkan light yoga.. Video2 yoga boleh download kat Youtube.. Yoga ialah senaman terbaik.. Tidak memenatkan tapi membakar kalori yang banyak lebih dari pergi gymnasium
  • Jangan tidur sepanjang hari terutama selepas tengahari.. Tidur akan menambahkan rasa lapar masa berbuka
  • Memasak pun aktiviti yang bagus.. Disamping jimatkan duit tak perlu makan kat luar

Diet Helper Yang Boleh Membantu Proses Penunuran Berat Badan:
  • Jangan makan ubat diet mahal2.. Sebaliknya, gantikan dengan buah-buahan 
  • Boleh ambik colon cleanser atau detox tea
  • Jangan makan benda2 masam sebab mengaktifkan asid perut & menambah rasa lapar
  • Limitkan makanan berat (nasi, mi, roti, etc.) sekali sahaja dalam sehari
  • Banyakkan minum air masak
  • Banyakkan makan buah-buahan yang boleh keluarkan angin.. Contoh: epal
  • Pakai abs support masa makan.. Jangan beli corset yang harga sampai RM2 ribu.. Cari yang harga bawah RM20.. Kat farmasi berlambak
  • Makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme & mempercepat pembakaran lemak


Mitos2 Tentang Diet Program
  • Banyak minum air suam mempercepat proses pembakaran lemak - sebenarnya minum air sejuk (bukan air batu) mempercepatkan proses pembakaran lemak sebab badan mengeluarkan tenaga untuk menambahkan suhu air sejuk kepada suhu badan biasa
  • Semua jenis buah-buahan berkalori rendah - tidak semua.. pilih buah-buahan tinggi serat & bukan tinggi gula macam durian & manggis.. buah2 yang masam pulak boleh menggandakan rasa lapar
  • Banyak makan sup boleh bantu kuruskan badan - kena pilih sup.. kalau boleh masak sendiri.. sup2 yang jual kat kedai semua minyak bertakung
  • Daging kambing tinggi kolestrol - dalam daging kambing terdapat kolestrol 'baik' yang boleh membantu memecahkan kolestrol 'tepu' dalam badan
  • Produk 'rendah lemak' boleh membantu kurangkan berat badan - kuantiti lemak dalam produk 'rendah lemak' dengan produk biasa hampir sama banyak.. jangan sesekali percaya pada label "0 Fat".. Ianya cuma satu kaedah untuk lariskan produk pada harga lebih tinggi 
  • Slimming cream panas boleh bantu bakar lemak - krim2 panas yang disapu pada badan cuma boleh bantu mengembangkan salur darah & mempercepat tindakan metabolisme.. tidak boleh membakar lemak.. Satu2nya cara nak bakar lemak ialah melalui senaman
  • Telur Omega yang mahal takde kolestrol - ayam takde masa nak kaji2 pasal kolestrol.. dia cuma tau bertelur je.. semua telur ayam adalah sama.. telur ayam kampung dengan telur ayam bandar pun sama je.. cuma size telur ayam kampung lebih kecik sebab tak disuntik..
  • Makan daging putih lebih bagus dari makan daging merah - sama je.. tujuan makan daging adalah untuk keperluan protein.. tak perlu ambik banyak

Bunyinya memang macam senang gila nak buat tapi agak susah jugak kalau tak disertai dengan kerajinan.. Kaedah ni memang berkesan & kalau betul2 rajin & boleh kawal iman, selama sebulan puasa ni boleh turun kurang2 pun dalam 5kg.. Sambil menambahkan amal ibadat, kita boleh juga curi2 kesempatan memperbaiki penampilan di samping elakkan pembaziran.. Di saat kita mentekedarah tak ingat dunia, ramai lagi manusia2 di luar sana yang kesempitan.. Ada negara yang dilanda kebuluran, perperangan & bencana alam.. Sedangkan kita kat sini tak habis2 membazirkan duit & makan melebihi keperluan.. Bulan puasa ni, saat kita menahan lapar & dahaga, kita patutnya sedar betapa beruntungnya kita & dapat merasa penderitaan orang2 yang tak dapat makan kerana hidup yang serba kekurangan.. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita motivate diri kita menjadi insan yang lebih sempurna dari segi fizikal & rohani..

4 comments:

  1. tahniah jon. artikel yang bagus utk diamalkan masa bulan Ramadhan ni. haramkan kaki melangkah ke pasar Ramadhan. jimat duit dpt tahan nafsu. raya ada peluang la nak pekene kebaya cik melah....hihihi

    ReplyDelete
  2. wah..bagus2...basic2 utk kurus tu semua org tau...tapi bila di baca..lebih nekad utk amalkan...anyway..good info rick...

    ReplyDelete
  3. pastikan raya nanti body semua beyonce belaka okeh.. kakaka!

    ReplyDelete