Total Pageviews

Sunday 16 October 2011

KKK - Kontraktor Kotak Kasut

Kalau kat Amerika tu ada KKK (sejenis group anti-negro rasanya), kat Malaysia ni pun ada KKK jugak.. Kontraktor Kotak Kasut.. Aku bagi gelaran KKK ni sebab diorang ni jenis kontraktor haprak yang ofis diorang sebesar kotak kasut je.. Pemikiran masing2 pun sempit.. Satu hapa kerja pun tak tau buat selain dari menipu, menipu & menipu..

KKK ni ialah spesis kontraktor yang takde pengetahuan langsung tentang bidang engineering atau kerja2 pembinaan.. Diorang cuma register company, & apply macam2 lesen.. Diorang ni ada connection dengan orang2 yang boleh dapatkan lesen such as Kementerian Kewangan, PKK & even Petronas license.. Bisnes diorang tak memerlukan ofis (kalau ada ofis pun setakat buat topeng sewa tepi kedai buah just in case ada orang nak tengok) untuk letak mesin fax je..

Aset utama kompeni ni ialan seorang kaki kencing yang luar biasa.. Senjatanya si kaki kencing ni ialah berlagak baik, berlagak pendiam tapi dalam otak dia penuh dengan skill2 menipu.. Company2 macam ni tak perlukan ramai pekerja.. Cuma sorang minah bodoh (jenis lampin pakai buang) yang boleh menggedik dengan client untuk diletak kat meja reception, sorang engineer belajar tak habis tapi berlagak tahu macam2 & seorang kaki manipulate yang pakar dalam ilmu putar belit.. Company haprak ni tak memerlukan skilled workers.. Kalau dapat projek, diorang cuma sub pada company lain dengan harga murah, then letak harga tinggi2 pada client, dengan jolok duit bawah meja..

Mentaliti KKK ni cuma dua.. Pertama, semua client punya manager/superintendent semuanya boleh dijolok dengan duit.. Kedua, semua subcontractor ni buta kayu & boleh ditakut2kan dengan perkataan "legal action" supaya diorang tak perlu buat bayaran penuh.. Puak KKK ni jenis nak duit atas angin.. Nak goyang kaki senang2 tapi ada duit masuk.. Jenis berlagak, pakai baju branded, kereta jenis mahal tapi duit takde.. Ada kenal 1-2 orang bergelar datok, tapi jaja cerita konon ada berpuluh2 financer..

Sesapa yang bekerja di bidang engineering, berhati2 dengan golongan KKK ni.. Diorang ni jenis yang takkan bayar orang punya hasil titik peluh.. Segala hasil kerja orang dia akan complain, dengan tujuan dia boleh kenakan bayaran semula pada subcontractor sebagai guarantee defect kononnya.. Diorang ni jenis agreement main cakap mulut.. Tak berani buat perjanjian bertulis takut2 orang saman dia balik.. My advice, kalau berhadapan dengan orang macam ni, jangan gentar sikit pun.. Diorang ni ibarat burung kakak tua.. Tahu bercakap tapi tak tahu apa yang dia cakap.. Yang dia tahu, dia nak sedap makan duit haram je walaupun hasil aniaya orang lain..


1 comment:

  1. update la bro...seronok baca blog lu...

    ReplyDelete