Total Pageviews

Thursday 10 November 2011

Kaki Bodek

Satu penderitaan yang amat sangat sebenarnya kalau dapat rakan sekerja jenis kaki bodek.. Kena pulak kalau jenis yang bermuka2.. Depan boss tunjuk baik tapi belakang boss kaki naik atas meja.. Seawal di bangku sekolah lagi aku dah jumpa orang2 kaki bodek.. No kidding tapi baru darjah 1 dah pandai bodek cikgu.. Aku cuma boleh andaikan, budak2 jenis kaki bodek cikgu ni, pasal ikut sikap mak bapak dia yang juga mungkin kaki bodek tegar.. 

Kalau dalam politik, kaki bodek ni toksah cerita la.. Kadang2 bila kat TV aku tengok masa 'orang2 besar' tengah bagi ucapan, muka sorang2 yang kat belakang2 dia tu memang ketara muka kuat bodek.. Basically, bakat membodek ni sebenarnya satu 'anugerah'.. Tak semua orang boleh buat jadi pak turut macam anjing baka Labrador retriever.. Ada yang sanggup membodek sampai menggadaikan harga diri seperti tolong basuh atau kilatkan kasut boss.. 

Teknik membodek ni ada macam2.. Ada yang buat2 kalah bila boss ajak lawan golf.. Ada yang sanggup duduk berwirid dalam surau lama2 sebab boss jenis kuat sembahyang.. Ada pulak jenis yang sangap perhatian sampai sanggup tolong boss nak buat maksiat.. 

Mentaliti kaki bodek ni senang aje.. Mereka terdorong oleh sifat2 malas yang sangat kuat.. Kalau tengok prestasi kerja memang evaluation out.. Tapi oleh kerana boss dia seorang yang kuat makan bodek, sifat2 pemalas & rekod kerja yang buruk tu ter'cover' oleh ayat2 manis pembodek.. Apa boleh buat, boss jenis mangkuk ayun.. Patutnya, dah sedar diri tu tak hensem, toksah termakan bodek bila orang kata "boss nampak hensem hari ni".. 

Disebabkan budaya membodek ni bukan satu jenayah, agak susah nak 'hapuskan' kewujudan tukang2 bodek.. Tapi kalau bekerja setempat dengan orang kaki bodek ni, kena ambik langkah berjaga2 tiap masa.. Cara2 nya: 
  • Elakkan dari terserempak si pembodek di luar pejabat
  • Jangan cerita sebarang rahsia pada pembodek tapi korek rahsia dia sebanyak mungkin
  • Prank si pembodek.. letak gam kat kerusi dia atau kunci dia dalam toilet.. Amalkan sekerap mungkin
  • Jangan sesekali buat kerja untuk pembodek walaupun dia ugut nak report pada boss
  • Hantar notis berhenti kerja & pada hari terakhir bekerja, maki dia habis-habisan depan boss.. kalau boleh maki boss tu sekali.. 

Baka2 kaki bodek ni memang menyusahkan rakan2 sekerja, menyusahkan orang sekeliling & membuatkan sesuatu institusi tu takde kemajuan.. Apapun, yang lebih penting ialah peranan boss sebenarnya.. Janganlah jadi ketua yang mudah dikipas oleh orang bawahan.. 



No comments:

Post a Comment