Total Pageviews

Friday 14 October 2011

Hamba Duit - Bahagian 1

Dah seminggu lepas dah Bajet 2012.. Hujung2 tahun ni, memang mostly issues semua pasal "duit" (kalau tak pun ada selingan antara isu Hudud).. Hujung2 tahun ni jugak, term paling familiar mesti la pasal "Bonus".. Tak kira la dari sektor awam atau swasta, semua Mak Temah & Cik Tijah membebel pasal bonus..

Cakap pasal bonus, pada pendapat aku, kerajaan atau swasta, sama je tak adil dalam pembahagian bonus.. Atau boleh dikatakan "terlalu adil" sampai jadi tak adil.. Terlalu adil sebab semua pekerja diberi bonus ikut jumlah bulan.. Kalau sebulan, sebulanlah.. Kalau setengah bulan, setengah bulanlah.. Kalau sepuluh bulan pun, semua akan dapat sepuluh bulan.. Datang tak adilnya, bila pengiraan bonus dikira mengikut jumlah asal gaji.. Orang yang bergaji sebulan RM20k, dapatlah extra RM20k kalau bonus sebulan gaji.. Orang yang gaji RM500 pulak, dapatlah RM500 pada kiraan yang sama..

Soalnya, apa yang pekerja bergaji rendah RM500 tu boleh buat dengan bonus sebulan dia tu? Dan besar sangat ke jasa si pekerja yang bergaji RM20k sebulan tu nak dibagi duit ekstra sebegitu banyak? Keperluan manusia tak sama ke? Ada ke kat supermarket pernah bagi harga RM20 kat pekerja bergaji rendah & harga RM50 kat pekerja bergaji tinggi untuk barang yang sama? Mana ada!! Harga barang keperluan tetap sama.. Harga sekilo gula tetap RM2.30 tak kira yang beli tu fakir miskin atau Bill Gates..

Kenapa pembahagian bonus tahunan tak dibuat mengikut kiraan gaji? Orang yang bergaji bawah RM1000 dapat bonus 2 bulan.. Orang yang bergaji RM10k ke atas dapat bonus setengah bulan.. Agak2 boleh tak buat macam tu? Kucing tumbuh tanduk & kerbau tumbuh sayap pun memang takkan boleh buat..

Dalam konteks ni, nak salahkan kerajaan atau majikan sektor swasta pun tak boleh.. Kalau diorang bertindak bagi bonus secara adil macam yang sepatutnya ikut keperluan, gerenti si pekerja2 yang bergaji RM10k ke atas ni naik hangin.. Mesti timbul isu majikan tak adil.. Manusia ni kan tamak duit.. Mana pernah cukup.. Diorang takkan faham kesusahan orang yang bergaji rendah & diorang memang takkan sesekali cuba nak memahami.. Yang diorang tahu, diorang punya perasaan kebulur duit tu mesti diikutkan.. Apa gaji 5 angka sebulan masih miskin lagi ke?

Orang bergaji rendah memang memerlukan bantuan kewangan.. Terutama dalam bab persekolahan anak2.. Tapi yang bergaji tinggi ni mana ada hati perut.. Sekiranya majikan kasi bonus 2 bulan gaji pada pekerja bergaji rendah, & cuma setengah bulan untuk diorang, confirm diorang akan boikot kompeni atau jabatan.. Masa tu mulalah nak makan rasuah, cari duit tepi, menyeleweng.. Memang dasar tak tahu bersyukur dengan nikmat yang ada.. Tak sedikitpun nikmat yang diorang dapat tu boleh dikongsi dengan yang lain..

Sakit wooo jadi majikan.. Nak bagi kelebihan yang di sini, yang disana menyalak.. Nak bagi sama rata, tanggungan terlalu banyak.. Lama2 ambik tali, jerut leher sendiri.. Tapi pada aku, jangan dibagi muka diorang ni.. Tak puas hati lu boleh berenti.. Sekarang ni ramai graduan menganggur.. Kalau ada kekosongan, berebut2 datang mintak kerja.. Tak payah disimpan barang tak berguna.. Kasi hantar scrap je..

No comments:

Post a Comment