Total Pageviews

Tuesday 4 October 2011

Cara-cara Mengesan Penipu

Zaman sekarang ni, penipu memang ramai & kebanyakan dari kes2 penipuan ni sebab duit.. Ada jugak sebab2 lain manusia menipu, tapi apa pun sebabnya, jarang orang menipu untuk kebaikan.. Hari ni, aku nak bagi panduan cara2 nak tau orang menipu atau tak.. Teori2 ni, tak la berkesan 100% tapi sekurang2nya 90% berkesan pada keadaan manusia normal..

Penipuan lebih mudah dikesan kalau si 'penipu' face to face dengan kita.. Caranya:

Tengok gerak-geri si penipu:

  • Pergerakan badan selalunya kaku.. Kalau si penipu gerakkan tangan atau kaki, dia akan gerakkan ke arah diri dia sendiri.. Contoh: peluk tubuh, duduk silang kaki yang diulang2.. Penipu takkan bergerak merapati orang yang ditipu..
  • Elak direct eye contact.. Selalunya pandang tempat lain bila kasi point2 bohong..
  • Tangan si penipu selalu sentuh bahagian muka, terutama belakang telinga, hidung & sekitar dagu.. Si penipu takkan sentuh bahagian dada/jantung..


Tengok reaksi muka si penipu:

  • Penipu ambik masa untuk tunjukkan reaksi.. Well, bukanlah sampai 2-3 jam.. Tapi beberapa saat je sebelum menunjukkan reaksi tipunya.. Contoh, bila kita bagitau berita sedih & yang menerima berita tu tak sedih, tapi cuba buat2 sedih, dia akan ambik beberapa saat untuk ubah riak muka dia.. Berbeza dengan reaksi serta-merta jika dia tak menipu.. 
  • Ada timing-off antara kata2 si penipu dengan riak muka.. Contoh bila si penipu kata "cantiknya baju awak" & kemudian dia tersenyum beberapa saat selepas dia cakap.. Berbeza dengan orang yang tak tipu, yang akan senyum & bercakap serentak.. 
  • Kata2 & riak muka tak sepadan.. Contoh bila si penipu cakap "saya sayang kamu" tapi dahinya berkerut macam orang nak marah.. So, sayang ialah situasi gembira tapi muka dia menunjukkan sebaliknya.. Contoh ni selalu terjadi bila gelpren paksa boipren cakap "I love you".. 
  • Cuma mulut kita boleh menipu bila face to face.. Anggota badan yang lain tak boleh.. Sebab tu la dalam kubur nanti mulut kita dikunci & anggota badan lain yang bercakap.. Dalam dunia pun lebih kurang juga.. Bezanya mulut kita ni tak dikunci je.. Contoh, orang yang menipu gembira dengan tersenyum, akan menampakkan perasaan sebenarnya pada keseluruhan muka yang lain kecuali mulut.. Senyuman yang dibuat2 hanya melibatkan pergerakan bahagian mulut sahaja tapi senyuman sebenar, melibatkan pergerakan tulang pipi & mata..

Tengok kedudukan anak mata:

Juga dikenali sebagai Visual Accessing Cues adalah experiment yang dijalankan oleh Richard Bandler & John Grinder dan dibincang dalam buku bertajuk "Frogs into Princes: Neuro Linguistic Programming (NLP)".. 




  • Vc  ialah Visually Consructed Image - keadaan seseorang membayangkan sesuatu yang dia tak pernah tengok.. Anak mata target akan berada pada kedudukan sebelah kanannya (sebelah kiri penyoal) & menghala ke atas.. 
  • Vr ialah Visually Remembered Image - keadaan seseorang mengingati kembali sesuatu yang dia pernah nampak.. Anak mata target akan berada pada kedudukan sebelah kirinya (sebelah kanan penyoal) & menghala ke atas..
  • Ac ialah Auditory Constructed - tindakbalas seseorang pada membayangkan atau menangkap bunyi sesuatu yang dia tak pernah dengar.. Anak mata target menghala vertical ke kanan (kiri penyoal)..
  • Ar ialah Auditory Remembered - tindakbalas seseorang menangkap bunyi yang dia pernah dengar.. Anak mata target menghala vertical ke kiri (kanan penyoal)..
  • F ialah Feelings - melibatkan sesuatu yang dialami atau dirasai seseorang secara perasaan ataupun kinestetic (bau, suhu, sakit dll).. Anak mata target berada pada sebelah kanan (kiri penyoal) & menghala ke bawah..
  • Ai ialah Internal Dialog - seseorang itu sedang bercakap dengan dirinya sendiri.. Anak mata target berada pada sebelah kiri (kanan penyoal) & menghala ke bawah.. 

Cara gunakan kaedah ni, kita tanya satu soalan pada seseorang contohnya "awak nampak beg saya?".. Kalau anak mata dia menghala ke kiri & keatas, maknanya dia pernah nampak.. Kalau yang disoal jawab "tak ada" maknanya dia menipu.. Kalau orang yang disoal tu kidal, gunakan pada arah bertentangan..


Jika si penipu bukan Face to Face???

Kaedah2 tadi boleh apply bila orang yang disyaki menipu berdepan dengan kita.. Tapi macam mana pulak nak kenal orang2 yang menipu tapi jauh dari kita? Orang boleh menipu melalui surat, telefon & internet chat.. Lazimnya, menipu dengan cara tak bersua muka lebih digemari sebab kadar keberanian seseorang menipu lebih tinggi jika yang ditipu tak tengok muka dia.. Untuk keadaan macam ni, kena baca cara2 conversation si penipu dengan susunan ayat2 dia..

  • Penipu suka mengulangi ayat orang yang ditipu bila menafikan sesuatu soalan.. Contoh bila disoal "kamu ada masuk kedai tu semalam?", si penipu akan jawab "tidak, saya takde masuk ke kedai tu semalam".. 
  • Penipu tak suka memandang tepat pada orang yang ditipu.. Sama juga dalam kes jika si penipu tu berbual dalam internet chat atau SMS.. Secara spontan, bila dia menipu, mata dia akan elak dari tengok keyboard.. So, boleh detect jika terlalu banyak typing error.. 
  • Dalam conversation face to face, si penipu selalunya akan letak object antara dia dengan yang ditipu.. Contonya letak beg atau buku atas meja antara pada kedudukan tengah2 antara dia & yang ditipu.. Dalam indirect conversation pun sama, orang yang menipu dalam telefon atau internet akan guna 'bantuan' object lain contohnya makan sambil berbual di telefon atau merokok semasa menaip..
  • Penipu bersikap defensive.. Orang yang jujur lebih bersikap offensive.. Contoh, penipu akan cakap "betul, bisnes ni kasi aku income tinggi".. Dia cuba meletakkan dirinya pada keadaan meyakinkan & tak diragui.. 
  • Penipu suka guna ayat yang panjang.. Contoh, "aku tak pandang benda tu semua" instead of ayat pendek macam "peduli apa aku"..
  • Penipu selalu jawab soalan dengan soalan.. Contoh bila ditanya "kamu ada ambik duit saya?", dia akan tanya balik "kenapa kamu cakap begitu?".. Orang yang jujur akan directly cakap "tak ada"..
  • Penipu suka bercakap dengan extra detail untuk meyakinkan yang dia tak menipu.. Contoh bila ditanya "kamu ada main nombor ekor?", dia akan jawab "mana ada, semua tu membazirkan duit".. Orang jujur akan simply cakap "tak ada"..
  • Penipu selalu bersikap nak meyakinkan.. ayat2 penipu selalu ditambah 'extra-vowel' yang memanjangkan satu perkataan.. Contoh bila ditanya "kamu sorang je ke?", dia akan jawab "iyaaaaaa.. saya soraaaaang je"..

Well, bukan senang nak jadi "Lie Detector" mengesan orang2 yang menipu.. Tapi ianya taklah susah mana jugak.. Tambah lagi, selalu berdoa ke hadrat Ilahi, mintak dijauhkan dari tipu daya manusia & mohon ditunjukkan kebenaran.. Insya Allah, takkan mudah terjerat dengan kata2 puak2 penipu.. To ladies, jika pasangan anda ialah seorang ahli politik, tolong hafal semua kaedah2 mengesan penipuan ni.. It's compulsory in your situation..



Sources:
http://www.blifaloo.com/info/lies.php
http://face-and-emotion.com/dataface/facets/deception.jsp
http://www.wikihow.com/Cheat-a-Polygraph-Test-(Lie-Detector)

1 comment: