Total Pageviews

Saturday 15 October 2011

Takde Bajet Untuk Saya


Video ni uploaded in Youtube by Malaysiakini.. Apa pandangan anda? Memang geleng kepala aku tengok video ni.. Bukan nak kritik apa.. Bajet 2012 ni pun tak dinafikan banyak sangkaknya.. Golongan pertengahan banyak yang tak dapat apa2 imbuhan.. Tapi dengan bertanya soalan2 tentang bajet negara pada orang2 biasa memang tak mendatangkan jawapan yang bernas.. Especially students..

Pakcik peniaga merungut katanya tak dapat apa2 'keuntungan' dari belanjawan negara.. Sebagai peniaga, tak seharusnya dia mengaharapkan subsidi kerajaan.. Dah tu apa hasil perniagaan dia? Orang asing datang ke Malaysia, meniaga tepi kaki lima, lepas 10 tahun kedai ada 2-3 cawangan.. Takkan orang Malaysia meniaga dah 30 tahun masih lagi mengharapkan subsidi bantuan kerajaan? Kalau meniaga tak ada hasil, buat apa meniaga? Baik berenti meniaga & kerja makan gaji je..

Buat malu ke Cina dengan India je.. Diorang lagi susah nak dapat bantuan atau subsidi.. Kemudahan kewangan pun susah.. Kadang2 nak mulakan perniagaan, berhutang dengan along.. Tapi diorang boleh je hidup.. Diorang sanggup bermula sebagai kuli batak, cari pengalaman, bukak bisnes kecik & kemudian bila dah pulang modal, besarkan perniagaan.. Pokok pangkalnya, kena kuat semangat & rajin berusaha.. Bukan duduk mengharap subsidi kerajaan..

Pakcik kedai makan, merungut saman parking motor mahal.. Sapa suruh dia langgar undang2? Orang Thailand datang Malaysia bukak kedai tomyam boleh pakai BMW 5 Series, orang Malaysia bukak kedai makan 10 tahun masih pakai motor ke? Kenapa? Mesti sebab kedai tak berapa laku.. Salah kerajaan jugak ke kalau kedai tak laku? Atau salah sendiri masak tak sedap? Selagi tahap kualiti niaga tu sama, tak kira kalau kerajaan kasi subsidi RM10 juta sorang pun, duit tu akan habis macam tu je..

Paling temberang sekali part student pompuan yang 2 orang tu.. Fuyyyooo..!!! Cakap bergegar macam la diorang tu student cemerlang.. Kalau dia belajar bagus sangat, kenapa masuk kolej swasta berbayar? Ikut logik akal la, diorang tak dapat masuk IPTA agak2 sebab takde kuota atau sebab result diorang tak bagus? RM200 peruntukan tak cukup beli buku? Kalau nak langgan majalah hiburan memang la tak cukup.. Nak beli buku lebih dari cukup.. Aku pun student jugak dulu.. Buku2 ni bukan pakai mana sangat pun.. Kalau terlalu mahal, pinjam kat library pastu fotostat page2 yang perlu.. Benda macam tu punya senang pun tak boleh ikhtiar ke? Takkan setiap sen dalam hidup kita kerajaan yang nak kena tentukan?

Tengok dressing student2 tu, semua all out.. Takde nampak macam orang susah pun.. Peruntukan RM200 tu sebagai tambahan.. Yang selebihnya, kena la ada ikhtiar.. Aku sendiri dulu nak belajar pun buat kerja part time untuk tanggung yuran.. Banyak orang buat macam tu.. Cakap2 student yang macam ni, bagi aku tak boleh pakai.. Diorang ni kalau boleh, duit topap dia nak SMS dengan boipren pun mintak kerajaan tanggung..

Kadang2 naik penat jugak orang cakap kerajaan tak tunaikan hak rakyat.. Hak apa yang dimaksudkan? Adakah diorang ni mengharapkan supaya diorang semua tak perlu bekerja & kerajaan kasi duit tiap2 bulan? Rasulullah pun melarang kita hidup meminta2 selagi ada kekuatan fizikal & rohani.. Tapi kita pulak, sikit komplen mintak subsidi.. Semua nak harapkan barang free..

Orang Jepun sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran asalkan boleh secure kerja.. Orang Indon sanggup berenang seludup masuk Malaysia sebab nak cari duit.. Di Amerika, ada pelajar2 sanggup jadi prostitute sebab nak tampung yuran pengajian.. & kita kat sini, asyik nak mengharap kerajaan hulurkan duit tanpa perlu usaha apa2?

Belajarlah jadi manusia yang realistik & jangan terlalu mengharapkan bantuan.. Selagi kita terus jadi bangsa pemalas & dibuai mimpi, hidup takkan berubah walau berapa billion pun subsidi yang kerajaan bagi..

No comments:

Post a Comment