Total Pageviews

Friday 14 October 2011

Bencana Nepotism

Jadi mak bapak zaman sekarang ni senang kan? Kasi pendidikan lebih kurang kat anak, kalau anak tu bengap, kasi masuk kolej berbayar lebih kurang, dah tu lepas habis belajar dengan result haprak & sijil tak laku, cari sedara-mara yang ada kedudukan atau pangkat, mintak masukkan anak bekerja.. Dah tu, anak yang bengap tadi, akan jadi punca bala pulak kat sedara-mara yang masukkan dia bekerja tadi..

Daya saing sekarang ni semakin lemah.. Orang yang berkelayakan, berpotensi, berbakat banyak menganggur takde kerja.. Sedangkan banyak "lembu2" dimasukkan bekerja oleh sedara-mara kat jabatan atau syarikat2 besar.. Jangan pelik la kalau ada multi-milion Ringgit company yang pekerjanya ramai bebal2.. Semua ni kesan fenomena nepotism..

Orang kita ni mudah terasa & suka menggunakan hukum Islam ikut kemana dia nak pakai.. Atas alasan siraturrahim, nepotism dijadikan amalan.. Pantang ada adik beradik jadi manager atau ketua jabatan, mesti nak mintak tumpangkan anak dia bekerja.. Tak sadar pulak tu potensi anak dia tu tahap mana.. Kalau betul2 berpotensi & boleh kerja, takpe juga.. Ini standard kambing tapi mintak masukkan jadi eksekutif..

Mak bapak macam ni, langsung tak pikir kesusahan orang lain.. Asal anak dia dapat kerja elok, kira konon lepaslah tanggungjawab dia dalam membesarkan anak.. Mudah betul meletakkan tanggungjawab jadi beban galas orang lain.. Kalau dah tau anak takde potensi, ikut apa yang mampu dia buat lah.. Suruh dia cari kerja sendiri.. Kilang, ladang & industri kecil berlambak2 kat Malaysia ni.. Biarlah anak tu start dari kerja tukang angkat taik lembu.. Dah kemampuan dia cuma layak ke situ.. Rezeki pun halal & tak membebankan sedara-mara.. Bila kemasukan pekerja asing dah banyak, mak bapak ni pulak konon bersuara, pekerja asing ni meningkatkan kadar jenayah.. You got what you've paid.. Dah anak korang tu berlagak tak nak kerja kasar, so nak bising2 pulak bila pekerja asing masuk?

Selain anak sedara, ada jugak kategori bapak sedara yang menyusahkan.. Jenis ni selalunya dalam family business.. Umur dah 70, tapi tak nak berenti kerja.. Tauke anak sedara sendiri.. Kalau dibuang, mula la jaja cerita satu Malaya kononnya anak sedara ni tak sadar diri & tak hormat orang tua.. Orang macam ni memang jenis tamak haloba tak kira beban yang perlu ditanggung orang lain.. Umur dah lanjut, duduk rumah je la tambahkan amal ibadat.. Lain cerita la kalau bisnes tu dia sendiri punya.. Ni bisnes orang lain tapi dia nak menyemak.. Bapak sedara tamak ni punya pasal, bisnes anak sedara tadi tak berkembang.. Kalau umur lanjut tapi jenis otak produktif macam Dr. M tu takpe la.. Ini kadang2 selipar pun pakai sebelah lain2..

Nepotism ni perosak produktiviti.. Tapi macam mana nak terangkan pada orang2 ni (terutama Malays), yang nepotism tu takde kena-mengena dengan siraturrahim? Tak ambik anak sedara bekerja bukan bererti sombong.. Buang bapak sedara dari kompeni tak bererti lupa daratan.. Ada banyak cara nak eratkan siraturrahim.. Family day, kunjung mengunjung, kenduri.. Tapi kenapa orang suka sangat pilih jalan nepotism? Apakah hubungan siraturrahim ni cuma batu loncatan untuk menyelam sambil minum air?

No comments:

Post a Comment