Total Pageviews

Thursday 29 September 2011

Hudud - Persediaan Sebelum Perlaksanaan

At the moment, aku perhatikan banyak betul isu tentang Hudud.. Dari bicara ahli politik yang ada mandat, sampailah komen2 ahli politik kedai kopi kat Facebook & Twitter, semua sekarang sibuk berdebat pasal isu Hudud.. Semua nak sangat kerajaan melaksanakan Hudud.. Anyway, aku ni bukanlah penyokong current government pun.. Nak kata sokong pembangkang pun tidak.. Bagi aku mana2 parti politik sama saja.. Tetap takde ketelusan & kejujuran..

Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah tentulah aku tidak akan sesekali menolak atau mempertikaikan Hudud.. Hudud itu hak Allah, datang dari Allah & setiap yang datang dari Allah itu tidak ada pertikaiannya.. Tapi kadang2 ada orang terlalu mudah menilai seseorang itu sebagai "menolak Hudud" bila mengkaji perlaksanaannya.. Tidak mengamalkan dengan menolak adalah dua perkara yang berbeza.. Menolak atau menafikan kebaikan Hudud boleh mengkufurkan jiwa seseorang kerana Hudud itu hukum yang datang dari Allah.. Tapi tidak melaksanakannya (dan tidak juga menafikannya) mungkin mempunyai sebab2 yang perlu diambil kira sebelum kita cepat menilai seseorang itu "kafir"..

Bagi ulama Islam, tentunya mereka mahu Hudud dilaksanakan atas dasar mentaati hukum Allah.. Bagi pengikut tegar politik pula, mereka mahu Hudud dilaksanakan kerana mahu parti yang sebelah sana tumbang.. Kemahuan kita terhadap Hudud berbeza2 tapi apakah kita benar2 bersedia? Pada dasarnya, seorang Islam tidak perlu tunggu nak bersedia terhadap hukum yang telah ditetapkan Allah.. Tapi dalam konteks perlaksanaan Hudud di Malaysia, pada pendapat aku, kita perlu membuat beberapa persediaan lain.. Perlukan huraian?

Hukum Hudud ialah hukum undang2 jenayah.. Mungkin kerana melihatkan kadar jenayah yang terlalu tinggi di Malaysia ni, semakin kita berkobar2 mengharap Hudud dilaksanakan.. Tapi pernah tak kita kaji pulak punca terjadinya jenayah yang melampau2 ni?

Contoh jenayah rambang; mencuri, menyamun, merompak, merampas.. Kenapa jenayah2 ni terjadi? Kerana Hudud tak dilaksanakan? Memang betul tapi itu adalah alasan kedua.. Alasan utamanya ialah kerana sistem kewangan cara Islam tak dilaksanakan.. Institusi kewangan yang mengenakan riba yang tinggi bebas berleluasa.. Sistem jual beli dipenuhi dengan riba.. Wang zakat tidak diagihkan seadilnya.. Banyak pula yang lolos & lari dari dari membayar zakat.. Rakyat disogokkan dengan kemudahan pinjaman bank & kad kredit yang kemudiannya bakal jadi punca muflis.. Dasar capitalism semakin kuat.. Yang kaya semakin kaya & yang miskin terus merana.. Harga barangan keperluan semakin naik.. Memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah sehingga manusia sanggup memperoleh wang dengan apa cara sekalipun tanpa mengira halal & haram..

Lagi satu contoh perkara yang sering disebutkan tentang Hudud ialah hukuman bagi penzina.. Kenapa terjadi banyak kes zina? Tiada perlaksanaan Hudud masih lagi sebab kedua.. Sebab pertamanya, tentulah kerana "zina lebih mudah dari bernikah secara sah".. Zina tak perlukan kursus, tak perlukan hantaran puluhan ribu, tak perlukan dokumen setebal Yellow Pages, tak perlukan tandatangan ketua kampung & tak perlu kenduri yang menghabiskan duit simpanan bertahun2 sampai bakal pengantin terjerat dalam pinjaman peribadi yang dipenuhi riba.. Itu baru kes orang bujang yang nak menikah.. Belum masuk kes orang yang nak berpoligami.. Lagi macam2 dokumen kena mintak.. Bayar lawyer syariah, prepare dokumen itu & ini.. Siap ada orang dari pejabat kadi yang mintak duit undertable lagi.. Pokok pangkalnya, sebelum Hudud dilaksanakan, undang2 remeh yang menghalang proses pernikahan ni perlu dirombak dulu..

Bila kita memilih cara Islam & undang2 Islam, kita tak boleh ambik sekerat2 & abaikan sebahagian yang lain.. Sebab dalam Hudud pun ada pengadilan & ada rayuan sebelum dijatuhkan hukum.. Dalam keadaan sekarang, maksiat bebas berleluasa.. Arak dijual di merata tempat.. Setiap kedai 24 jam & stesen minyak semua ada jual arak.. Kedai2 judi pun bebas berleluasa.. Begitu jugak pusat2 hiburan & rumah2 pelacuran.. Kebanyakannya berlesen.. Siaran2 TV banyak yang jenis berbau sex.. Majalah hiburan tempatan dah macam majalah porno.. Orang boleh murtad keluar masuk Islam sesuka hati.. Tak masuk lagi golongan yang terang-terangan mengaku gay atau lesbian.. Semua diberi kebebasan hak.. Sedangkan pendidikan agama, cumalah satu paper yang nak melengkapkan sijil SPM atau jam kredit di IPT..

Dengan keadaan gaya hidup yang penuh maksiat & kurang didikan agama ni, adakah kita rasa kita benar2 bersedia untuk melaksanakan Hudud? Seorang pemimpin yang tidak melaksanakan Hudud akan disoal di akhirat nanti.. Bagaimana pula seorang pemimpin yang melaksanakan Hudud, tapi membiarkan rakyatnya berhadapan dengan kemaksiatan tanpa didikan agama yang cukup?

Undang2 Hudud yang datang dari Allah tentulah yang terbaik untuk manusia khususnya umat Islam.. Cuma banyak tatacara hidup sekarang yang perlu dirombak terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.. Kita telah terlalu lama terikat dengan undang2 sekular.. Sistem pendidikan perlu diubah, sistem perlesenan perniagaan, sistem kewangan & media massa pun perlu diubah.. Penyebaran fitnah perlu dibanteras.. Tempat2 maksiat perlu 'dibersihkan'.. Institusi kekeluargaan perlu dibimbing & diberi pendekatan cara Islam.. By then, Insya Allah hukum Hudud boleh dijalankan tanpa sebarang keraguan..

Bunyinya macam mudah, tapi susah nak buat kan? Bukan nak melaksanakan Hudud yang susah.. Tapi nak membanteras punca2 jenayah itu yang susah sebenarnya..

A scene from "The Stoning of Soraya M."

3 comments:

  1. easier said than done! terutamanya di Malaysia, hukum Hudud perlu diperjelas & diperincikan terlebih dahulu supaya non-muslim dapat the whole picture secara lebih jelas.....tu tanggungjawab seorang pemerintah yg adil.

    kebanyakan orang kalau bercakap pasal Hudud akan kaitkan dengan curi=potong tangan, zina=rejam, murtad=bunuh....but Hudud is far more than that, termasuklah sistem ekonomi & pentadbiran. nampak je macam senang nak melaksanakan, tapi it's more complicated that we thought it is.

    aku setuju ttg perlaksanaan Hudud tapi for the time being, nampak macam isu nie lebih kepada permainan politik. nanti Hudud ntah ke mana, Islam dipermain2kan pulak @_@

    ReplyDelete
  2. terbaikkkk...........

    ReplyDelete
  3. betul tu Hampehs Sungguh.. benda nampak mcm senang tapi persediaan menerima tu yg susah..

    ReplyDelete