Total Pageviews

Friday 26 August 2011

Perempuan & Kucing

Haiwan diciptakan sebagai "pembantu" dalam kehidupan manusia dengan bermacam2 cara.. Ada yang membantu dari segi tenaga & kekuatan, menjadi sumber makanan halal, menjadi teman & peliharaan jinak, menjadi sumber inspirasi & idea.. Pendek kata, setiap makhluk ciptaan Allah ni ada kegunaannya pada kita.. Tidak dinafikan haiwan2 ini juga menjadi "resemblance" pada sifat2 manusia.. Sebab tu selalu diumpamakan orang yang garang macam singa, yang rajin macam semut, yang jahat macam monyet & berbagai2 lagi perumpaan yang aku tak larat nak sebut..

Kucing diciptakan Allah sebagai haiwan peliharaan manja yang juga menjadi teman bagi manusia yang sukakannya.. Sifat2 kucing banyak menyerupai sifat2 perempuan.. Garang tetapi lemah, manja & suka dilayan, cerewet & perlukan penjagaan.. Seperti perempuan, kucing juga terdiri dari berbagai2 baka & setiap baka berlainan ciri2 fizikal & sifat2 dalamannya.. Kalau kita masuk ke mana2 pet shop, setiap baka kucing dijual dengan harga berlainan.. Sebenarnya ada berpuluh2 jenis baka kucing termasuk baka kacukan tapi hanya sedikit saja yang popular.. Sama juga seperti perempuan, ada bermacam2 sifat & perangai tapi kebanyakan yang biasa dilihat cuma sebahagian sahaja..

Sifat2 Perempuan & Baka Kucing

1. Baka Kucing Parsi


Sifat2 kucing - rupanya menjengkelkan tetapi diminati, harganya agak mahal, selalu dipertandingkan dalam pertandingan kucing cantik (& selalunya menang walaupun tak cantik), selalunya pemilik ialah orang yang agak berduit & suka glamour, makanan perlu gred yang baik, perlu dijaga & dimandikan, kurang aktif..

Sifat2 perempuan - buruk rupa tapi ramai boipren, harga hantaran kawin agak tinggi, selalu menonjolkan diri, selalunya mak bapak golongan agak berada & suka promote anak sendiri, tak pandai berdikari & lembab..

2. Baka Kucing Siam


Sifat2 kucing - rupanya tidaklah cantik tetapi unik, manja & tak takut orang, aktif & boleh diajak bermain, harganya sederhana mahal, bijak & senang masuk ajar, pandai mengemaskan & membersihkan diri..

Sifat2 perempuan - tidaklah cantik mana sangat tapi sedap mata memandang, mudah mesra & pandai menyesuaikan diri dengan keadaan, boleh dijadikan kawan yang baik, hantaran kawin tak berapa tinggi, agak berilmu & pantas berfikir, boleh berdikari..

3. Baka Kucing Sphynx 


Sifat2 kucing - rupanya sangat2 buruk tapi harganya sangat2 mahal, selalu dikaitkan dengan watak2 jahat dalam filem, perlu penjagaan banyak walaupun takde bulu, pemilik selalunya orang kaya yang bercitarasa pelik, tak manja, tak ikut cakap & susah diajar..

Sifat2 perempuan - buruk rupa tapi hantaran kawin tinggi nak mampus, perangai sama buruk dengan rupa, suka jaga kecantikan tapi tetap tak cantik2 jugak, selalunya anak orang kaya & boipren pun selalunya jenis2 jantan yang harap dapat tumpang harta, queen control & bodoh sombong..

4. Baka Kucing Bengal


Sifat2 kucing - rupanya unik, bulunya cantik & harganya mahal tapi cepat membiak sampai tuannya bagi2 kat orang sebab tak larat nak bela banyak sangat, sangat bijak & aktif tapi tak manja, ada masa2 tertentu boleh diajak bermain, suka kejar haiwan2 kecik, senang dijaga & pandai bersihkan diri tapi susah diajar terima arahan..

Sifat2 perempuan - rupa cantik & hantaran mahal tapi boleh runding bila dah mula nak jadi anak dara tua, berpendidikan tinggi & berkerjaya tapi kurang sifat kewanitaan, selalu ikut mood, kuat cemburu, pandai berdikari tapi degil..

5. Baka Kucing Maine Coon


Sifat2 kucing - manja & suka diajak bermain sampai kadang2 tuannya naik rimas, tak pandai jaga diri & cepat kotor, kalau terlepas dari tuannya, ada harapan mati tak makan sebab tak pandai cari makan sendiri, rupanya cantik tapi biasa dilihat, tak berapa bijak & susah masuk ajar, harganya  mahal sampai kadang2 orang tak nak beli..

Sifat2 perempuan - mentel & suka menggedik, tak pandai berdikari & tak komited dalam kerja, rupa agak cantik tapi takde keistimewaan, bengap tapi degil, hantaran tinggi & tak berbaloi..

6. Baka Kucing Lorong (Kucing Kampung)


Sifat2 kucing - jangan takut pasal harga sebab boleh kutip kat mana2, kadang2 kalau nasib baik dapat yang cantik tapi selalunya banyak yang berkurap, pandai cari makan sendiri, pandai bertarung, kalau dibela dari kecik selalunya manja & pandai kenal tuan, tak cerewet tentang makan & tak perlu penjagaan rapi..

Sifat2 perempuan - hantaran kawin rendah tapi kena pandai memilih & kenal betul2 hati budi baru boleh buat bini, boleh berdikari, pandai mempertahankan diri & kalau dididik dengan baik akan jadi isteri yang solehah & taat, tak banyak kerenah, pandai berjimat cermat & tak memeningkan kepala..

7. Baka Kucing Hutan


Sifat2 kucing - liar, perlu dikurung dalam kandang, pandai cari makan sendiri, pandai memburu & menangkap haiwan2 kecik, harga mahal, kos maintenance pun mahal, tak boleh berkawan dengan kucing2 biasa, rupa cantik & unik tapi pandangannya menakutkan macam nak terkam orang, tak boleh diajar & diarah..

Sifat2 perempuan - jenis suka merayap, suka adventure & tak suka dikongkong, pandai berdikari tapi tak senang didekati & tak peramah, kos hantaran tinggi, jenis suka perabis duit, perasan diri sendiri yang paling bagus, rupa cantik tapi perangai buruk, degil, keras kepala & panas baran..

Banyak kan persamaan sifat2 perempuan & sifat2 kucing.. Dari itu, orang perempuan kalau nak pilih calon suami, pilihlah lelaki yang sukakan kucing.. Jika dia boleh bersabar dengan kerenah kucing2nya, Insya Allah dia boleh bersabar dengan kerenah isterinya juga.. Meooowww.....!!!



4 comments:

  1. Y penulis ni pula perangan mcm babi hutan

    ReplyDelete
  2. Y penulis ni pula perangan mcm babi hutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... ni sifat2 babi hutan pd lelaki:
      -bajet hensem tp tetaplah muke huduh mcm babi
      -bajet suci tp kenajisan plg berat
      -gemar menggomol bajet nk cun2 je tp baka huduh mcm babinya diwarisi ank2; ank2 rs sial akibat mwarisi khuduhan drp bpknya
      -gemar mengutok pompuan lain huduh tp spesis2 jntn huduh mcm babi ni lah kbyknnya faktor penyumbang tbesar kehuduhan ank2

      Delete