Total Pageviews

Thursday 18 August 2011

Jack of All Trades

Sapa penah dengar peribahasa Inggeris "Jack of All Trades, Master of None"? To define, peribahasa ni bermaksud seseorang mempunyai sedikit kebolehan dalam hampir semua bidang tapi tak dapat menguasai secara mendalam walau satu pun dari bidangnya.. Dalam bahasa yang lebih mudah, orang ni boleh buat macam2 tapi tak pakar.. It's almost impossible to be Jack of All Trades & A Master of All, tapi jika anda diberi pilihan, adakah anda akan memilih menjadi Jack of All Trades, atau memilih jadi Master of One?

Kalau tanya aku, aku lebih suka jadi Jack of All Trades walaupun Master of None.. Terus terang aku katakan, propaganda orang putih ni terlalu banyak beri pengaruh pada kita.. Bila orang putih kata sesuatu benda tu tak bagus, orang Me-layu ni pun turut sama kata tak bagus.. Sebab tu sistem pendidikan kita banyak dipengaruhi oleh pendapat2 yang salah.. Kita diajar untuk menjurus dalam satu bidang sahaja.. Sejak dibangku sekolah lagi, kita telah dipisahkan kepada cabang2 pendidikan seawal umur 12 tahun lagi.. Mana yang lulus UPSR dengan cemerlang, dapatlah masuk ke sekolah Sains.. Sedangkan pada umur macam ni, seorang kanak2 masih belum nampak lagi potensi dirinya.. Dia hanya menurut perintah mak bapak je..

Daripada kesilapan2 sistem pendidikan, lahirlah insan2 yang 'serba kekurangan'.. Seorang doktor yang pakar dalam bidang perubatan tetapi buta IT, seorang wanita eksekutif yang disegani tapi tak tahu jaga kecantikan, seorang engineer yang tak tau apa2 langsung pasal ekonomi, seorang ahli perniagaan yang tak faham politik, seorang sasterawan yang jahil tentang ilmu2 kesihatan.. Macam2 jenis orang yang menjurus pada satu bidang sahaja tetapi langsung tiada pengetahuan tentang sesuatu yang luar dari bidangnya..

Dalam sejarah, ramai tokoh2 yang berjaya menjadi Jack of Trades & Master of All His Trades.. Nabi Muhammad S.A.W. ialah seorang Rasul yang menyampaikan ajaran Islam, juga seorang peniaga & seorang pemimpin.. Begitu juga dengan para sahabat2 Baginda.. Ramai juga tokoh2 lain yang menjurus dalam pelbagai bidang & mengusai hampir kesemuanya.. Ibnu Sina, seorang doktor, ahli fizik, ahli matematik & ahli muzik pada masa yang sama.. Begitu juga dengan Leonardo DaVinci.. Dalam sejarah, banyak tokoh2 yang kita ketahui mempunyai pelbagai pengetahuan & kepakaran dalam bidang berbeza.. Sebab tu lah kalau kita tengok balik peninggalan sejarah orang dulu2 jauh lebih kreatif & mempesonakan berbanding hasil kerja orang sekarang.. Walaupun dulu2 diorang takde mesin2 canggih & sistem komputer, tapi hasil kerja diorang sangat bermutu.. Sebabnya, diorang ni bukan jenis yang menjurus dalam satu bidang macam kita sekarang.. Diorang lebih banyak berfikir secara kritikal & bukan melihat pada satu perspektif sahaja..

Prinsip Jack of All Trades sebenarnya sangat membantu dalam mengurangkan kos sara hidup di zaman moden ni.. Sapa yang tahu memasak, boleh save cost makan di kedai.. Sapa yang tahu bertukang, boleh save cost renovate rumah.. Sapa yang tahu menjahit, boleh save cost beli baju atau langsir.. Untuk menguasai pelbagai ilmu, hasilnya tidak perlu sempurna.. Tapi jika diteruskan secara praktikal, Insya Allah semuanya akan jadi sempurna..

Nak mempelajari ilmu 'kemahiran hidup' ni bukanlah susah pun.. Mana yang banyak masa lapang, boleh mengikuti kursus2 pendek di institusi swasta atau kolej2 komuniti.. Mana yang kurang masa lapang, boleh cari website2 tertentu dari internet atau beli buku2 berkaitan.. Zaman sekarang ni, banyak ilmu2 yang dilupakan.. Membuka satu ruang mudah bagi sesiapa yang masih menyimpan ilmu2 tertentu untuk membuat duit je.. Bukan aku nak sabotaj bisnes orang lain, tapi sebenarnya, lebih seronok kalau kita dapat merasa hasil buatan tangan kita sendiri.. Masa aku kecik2 dulu, baju raya mak jahit sendiri.. Walaupun adakalanya tak kemas & tak dihiasi manik2 macam yang berlambak jual kat kedai sekarang ni, tapi pakai hasil buatan tangan mak cukup membanggakan..

Ilmu2 sampingan yang nampak kecik ni besar manfaat sebenarnya.. Yang penting berani mencuba & tak mengalah kalau apa yang kita buat tu tak jadi..



No comments:

Post a Comment