Total Pageviews

Sunday 18 September 2011

Jekyll & Hyde

Kalau ada satu hari dalam hidup kita boleh jadi 'invisible man', apa agaknya kita nak buat? Jadi hero atau jadi crook ala2 "Hollow Man"? Aku tak tau jawapan orang lain, tapi kalau aku ada "superpower" tersembunyi, of course aku akan pilih untuk jadi orang jahat.. Dalam diri setiap orang, khususnya orang jahil macam aku la, mesti ada 'dark side' yang selalu teringin nak buat jahat.. Antara boleh kawal atau tak je.. Macam cerita zaman dulu2 Dr. Jekyll & Mr. Hyde.. Kisahnya, Jekyll & Hyde ialah orang yang sama tapi ada 'split identity'.. Masa jadi Jekyll, dia baik & generous.. Masa jadi Hyde, dia jahat & monstrous..


Topik sebenar aku, nak menyentuh pasal social website.. Dari zaman MIRC chat, ke zaman YM, Friendster, Myspace, Facebook & Twitter.. Layan orang2 yang tak dikenali di alam nyata memang 'menyeronokkan'.. Tanpa kita sedari, laman web social ni sebenarnya medium penyebaran berbagai jenis Mental Illness.. Dalam post yang lepas, aku pernah bukak tajuk tentang Narcissistic Personality Disorder (NPD).. Hari ni, aku nak kupas satu lagi penyakit mental yang menular melalui laman web social iaitu Dissacosiative Identity Disorder (DID) atau dulunya dikenali dengan nama Multiple Personality Disorder (MPD) atau panggilan lain yang lebih ringkas "Split Personality"..

Kalau ikut medical terms, mungkin susah nak faham tapi aku boleh kasi contoh situasi.. Seorang budak nama Minah, takde keyakinan diri dengan rupa parasnya yang sering jadi bahan kutukan.. So, si Minah ni, buat satu identity dalam laman web social dengan nama Alya & letak gambar artis cantik dekat avatar dia.. Dengan menggunakan identity Alya, Minah berjaya goda ramai lelaki di laman web social.. Lama kelamaan, Minah kian ketagih menjadi Alya.. Walaupun hanya di alam cyber, kepuasan yang minah cari (tapi tak dapat) di alam nyata semuanya ada..

Walaupun kesan 'split personality' ni tidaklah seberat yang kita nampak dalam filem2 Hollywood, tapi pembawakan negatifnya tetap ada.. Paling lazim di Malaysia ni, 'split identity' sering digunakan untuk tujuan2 maksiat & penipuan seperti:
  • Melayari laman web lucah
  • Menyebar fitnah
  • Mempromosi bisnes2 scam
  • Mengintai aktiviti orang lain
  • Mencari pasangan seks cyber
  • Sabotaj
  • Hacking
  • Menubuhkan community yang bertentangan dengan prinsip undang2
  • Memalukan & menghina orang lain

Overflowing usage of social networking mengakibatkan ramai orang terjerumus kepada 'split personality'.. Seorang ustaz yang kita kenal di alam nyata, rupa2nya seorang kaki surf laman web porno.. Seorang budak sekolah yang nampak masih muda & naive, rupanya kaki hack website kerajaan.. Seorang perempuan yang nampak sopan & berbudi bahasa, rupanya ahli group anti Islam.. Semua dilakukan menggunakan personality lain yang tidak diketahui orang di sekeliling mereka.. Menjadikan kegiatan penipuan & maksiat semakin mudah, tetapi semakin susah pulak kita nak menilai manusia.. Di luar nampak lain tapi di dalam sebenarnya lain..

Sama seperti kebanyakan penyakit mental yang lain DID ni boleh dikatakan tak ada jugak ubatnya.. Tapi kalau dah terasa ada sindrom2 DID yang melampau tu, cepatlah2 cari jalan untuk 'berubat'.. Mintaklah bantuan kawan2, pakar psychology, ustaz atau sesapa saja yang boleh dipercayai.. Penyakit yang tak nampak ni sebenarnya lebih mudarat dari penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Pada apa yang aku boleh nampak, kebaikan 'split personality' ni sangat sedikit.. Mungkin jika digunakan dengan baik, boleh membawa kebaikan.. Tapi selalunya, lebih ramai yang hanyut dari yang membawa manfaat..

No comments:

Post a Comment