Total Pageviews

Thursday 18 August 2011

Saya Tidak Akan Maafkan 'Mereka'

"Saya Tidak Akan Maafkan Mereka" - nampak macam tajuk yang kurang sesuai untuk bulan Ramadhan al Mubarak ni.. Macam ada berbau2 dendam pulak.. Pada aku, sesetengah perkara memang 'layak' untuk didendami, lebih2 lagi bila melibatkan akidah kita.. Aku ni sebenarnya bukanlah keras hati sangat.. Aku mudah melupakan banyak benda menyakitkan yang pernah terjadi.. Kadang2 memerlukan masa.. Kadang2 tidak.. Tapi ada beberapa perkara berat yang terlalu lemah jiwa aku untuk memaafkan 'mereka' ni.. Walaupun kesalahan mereka nampak kecik di mata ramai orang, tapi bagi aku diorang ni pengkhianat & punca bala kerosakan..

1. Aku Tidak Akan Memaafkan Tempat2 Makan Yang Pernah Masukkan Unsur2 Babi

Baru2 ni aku dengan Kluang Rail Coffee dah 'menyamak' premis2 diorang & meminta maaf konon selama ni diorang tak tau yang kopi diorang yang famous serata Tanah Melayu ni bercampur dengan lemak babi.. So, tiba2 je, kopitiam2 diorang yang kosong sejak kes kantoi DNA babi dalam serbuk kopi hari tu, menjadi penuh semula dengan berita murahan ni.. Aku memang pelik dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ni.. Sudah orang kasi kita makan najis, sejak zaman mak bapak kita diperbodoh, kepala kita dipijak2, agama kita tidak dihormati langsung, tapi kita masih nak maafkan diorang? Kononnya, makanan diorang sedap.. Hello.. Barang haram laknatullah memang sedap..


Satu masa dulu aku penah buat satu eksperimen tak bertauliah.. Aku makan dua kali di kedai yang sama, sekali dengan duit halal, sekali dengan duit hasil menang nombor ekor (please don't try this).. Entah kenapa, masa aku makan dengan duit halal, rasa masakan diorang taklah sesedap mana.. Tapi bila makan dibayar dengan duit haram, terasa sedap sampai ke tekak.. Well, mungkin masa yang tak berapa sedap tu, si tukang masak tengah demam atau takde mood.. Tapi aku lebih percaya, bila kita membeli sesuatu dengan wang hasil haram, setan iblis akan mengubah deria rasa menjadikannya lebih sedap..

Sebab tu lah serbuk kopi yang bercampur DNA babi ni menjadi kegilaan orang2 kita.. Kesedapan yang bercampur barang haram & sedikit bantuan dari setan iblis.. Voila! Lupa segala halal haram.. Sesedap manapun masakan diorang, takkan mampu menandingi sedapnya hidangan dalam syurga.. Tapi syurga tu terlalu jauh.. Babi juga yang kita cari..

Aku tak peduli walau dengan tanah dari tujuh lapis bumi pun dia samak, walau ulamak mana pun dia panggil untuk membuktikan status halal dia, aku takkan sesekali menjejakkan kaki ke tempat yang pernah memperbodohkan aku & menghina2 agama aku.. Andai dunia ni sudah kehabisan sumber makanan, & satu2nya tempat yang masih ada makanan ialah kopitiam2 yang dah mengaku halal tapi pernah served campuran babi, aku lebih rela mati tak makan.. Aku takkan membiarkan mana2 kafirun bertepuk tangan tengok muka aku sambil cakap "bodoh2.. dah terkena sekali pun masih datang lagi.. kalau dah dasar anjing, tetap cari najis".. Never will I let that happen!!!!

2. Aku Tidak Akan Memaafkan Para Murtadin Yang Menghina Rasulullah

Aku cukup heran bila kita kutuk laknat para murtadin yang menghina Rasulullah, ada suara2 orang Islam yang berkata "tak baik kita kutuk laknat, elok kita doakan supaya dibuka pintu hatinya untuk bertaubat".. Tidak akan sesekali aku membazirkan doa2 aku untuk golongan najis hina macam tu.. Aku boleh buat tak peduli dengan golongan murtadin, tapi golongan yang hina Rasulullah, perlu dilaknat walaupun dia seorang Islam..



Kepada orang yang membela sangat golongan murtadin tu (aku heran kenapa si pembela tak ikut murtad sama), apa agaknya reaksi diorang kalau rumah diorang kena rompak, pastu diorang pegi report polis, dia siap kasi nombor kereta perompak tapi polis tu jawab "kami akan doakan supaya perompak tadi bertaubat & pulangkan semula harta anda yang dirompak".. Apa agaknya reaksi dia? Mesti dia maki hamun polis tu kan? Mesti dia kata polis tak buat kerja, pemalas, takkan tangkap perompak hanya dengan doa?

Itulah kesilapan orang kita ni.. Hanya penjenayah yang merompak, mencuri, merogol & membunuh saja yang dilihat sebagai orang jahat.. Sebenarnya, para murtadin yang menghina Allah, Islam & Rasulullah ni jauh lebih jahat dari sekalian makhluk dalam dunia ni.. Bahkan lebih jahat dari Iblis Laknatullah sekalipun.. Tapi kita mintak doa untuk dia? Ada otak ke tak orang yang cakap tu? Baik doakan mak bapak korang.. Doakan diri korang, adik beradik korang, sahabat2 korang dari doakan najis2 macam tu.. Takkan korang tak tau harga sebuah doa? Ingat semurah kata2 manusia pada manusia? Harga sebuah doa terlalu mahal.. Masih ramai manusia di dunia ni yang memerlukan doa2 kita.. Pejuang2 Islam Chechen & Palestin, Para Mujahideen, orang2 Islam yang tertindas, mangsa2 bencana alam, anak2 yatim piatu, golongan fakir miskin.. Sekurang2nya kalau kita tak dapat bantu dengan wang ringgit & tenaga, kita bantu dengan doa.. Ini nak suruh orang doakan si celaka yang menghina Allah & Rasul..

Aku setuju kalau ada orang kafir yang berhati mulia & baik budi kita doakan supaya terbuka hatinya memeluk Islam.. Ini golongan penghina Nabi nak disuruh doa supaya bertaubat.. Sudahlah murtad satu hal, dihina2 pulak agama Islam.. Kalau sekadar murtad tapi tak menghina Islam boleh tahan lagi nak disuruh bertaubat.. Ni dah terang2 tak boleh diselamatkan.. Andai kata Allah masih bukakan pintu hati diorang untuk bertaubat, aku akan mengucapkan tanda kesyukuran.. Tapi kalau aku nak doakan diorang bertaubat.. Tidak sesekali.. Kalau orang hina mak bapak kita pun kita dah melenting, apa lagi kalau orang hina Tuhan kita, Nabi kita, agama kita.. Takkan nak berdoa untuk dia pulak?

Islam memang menganjurkan sikap saling memaafi.. Tapi tidak untuk dua perkara yang aku mentioned kat atas ni.. Tidak untuk memaafkan, tidak untuk mendoakan & tidak untuk melupakan.. Dalam sesetengah perkara, aku percaya kita tidak perlu menjadi terlalu lembut.. Para Nabi & Rasul turun ke medan perang memerangi musuh2 Allah.. Nabi Muhammad memerangi kafir Quraisy, Nabi Musa memerangi Firaun, Nabi Ibrahim memerangi penyembah berhala.. Sedangkan kita melindungi & mendoakan orang2 yang menghina Allah? Para sahabat memecahkan semua bekas2 menyimpan arak sebaik saja jatuhnya hukum najis & haram pada arak.. Tapi kita sanggup makan semula di tempat yang menghidangkan babi sedangkan najis babi itu lebih berat dari arak? Terlalu murah harga akidah kita sehingga kita menggadaikannya untuk makanan yang sedap? Atau ini hanyalah satu petanda bahawa kiamat sudah terlalu dekat? Fikir2 kan lah..


No comments:

Post a Comment